Saya Bahagia dengan Ujian Ini - CIK MIL MILA

Thursday, September 19, 2013

Saya Bahagia dengan Ujian Ini

Saya berkongsi rasa untuk sama-sama mengambil manfaat.

Saya berkongsi cerita supaya saya boleh membantu, sesiapa jua  yang mengalami masalah yang sama.

Pernah saya utarakan di FB saya;

Disebalik musibah itu ada jannah. Kadang2 musibah itu lebih baik dari nikmat.

Bila ditimpa musibah katakan: Innalillahiwainnailaihirajoiun.

Jujurnya saya bahagia dengan ujian ini. Masha Allah, ramainya yang prihatin tentang saya. Banyak doa dititipkan. Syukurnya saya kepada Illahi kerana ikatan ukhuwah kekeluargaan kian erat. Tali persahabatan pula semakin kuat.

Banyak nama ingin saya sebutkan. Tak tersebut rasanya. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Doa untuk kalian tidak akan putus juga. Semoga kita semua dalam zon Allah, dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya sepanjang masa.




No comments: