October 2013 - CIK MIL MILA

Thursday, October 31, 2013

Pulau Perhentian Day 2 - Part 2
11:29 PM 2 Comments
Entri yang sudah lama tertangguh. (Jumpa dalam draf)

Kami buka mata dan kelam kabut bersiap untuk pergi lunch. Anak-anak merengek tak mahu bangun. Selesa betul tidur atas katil empuk. Ye la malam tadi tidur duduk dalam bas.

Coffee house terletak di kawasan yang sama. Sampai di coffee house ,geng sudah siap makan. Mereka sibuk mengambil gambar. Argh..jelesnya.  Padan muka kami sebab ter over slept.

Lunch kami dihidangkan ala buffet. Menunya berkonsepkan makanan tempatan. Nasi putih, 2 jenis lauk, 1 jenis sayur, sup tomyam, salad, dessert, ulam-ulaman, ikan masin, keropok dan minuman sejuk dan panas. Agak puas hati dengan menu yang dihidangkan. Berbaloi-baloi dengan harga pakej.

Anak-anak tidak berselera makan memandangkan baru terjaga dari tidur. Saya makan pun sedikit sahaja. 

Selepas menjamu selera, kami menikmati keindahan alam sekitar sekitar coffee house. Sungguh menenangkan. Saat saya menaip ni, rasa rindu ingin kembali ke situ. Anak-anak berulangkali sebut mahu ke Pulau Perhentian. Argh...mereka ingat 1 jam dah boleh sampai kah? Huhu

View dari coffee house. 

 

Selesai makan, ketua rombongan , Herryx ajak snorkelling di tepi pantai memandangkan hari pertama adalah free aktiviti. Di sebabkan hanya di tepi pantai, makanya saya pun memberanikan diri. Saya ni ada masalah water fear sikit. Dalam usaha nak belajar beranikan diri. Anak-anak excited nak mandi dan main pasir. Pasirnya putih dan lembut. Saya tak dapat nak snap gambar sebab mahu berendam dalam air puas-puas.
Yang ada ni pun koleksi our professional photographer variform photography.

Seronok bersnorkelling di sini. Airnya jernih. Subhanallah. Anak anak ikan, mak ikan, bapak ikan semua ada, colourful. Bukan tu je, sea cucumber banyak sangat. Errr..geli dan takut pun ada. Di sebelah kami ada satu group divers sedang berlatih. Terasa macam kitaorg pula belajar sekali. Enjoy this moment soo much.  Tapi knowing me, saya belum pandai nak guna gear tu. tak pandai bernafas dengan mulut. Hahahaha

Nanti sambung lagi ya..


Reading Time:
Kisah Rumah Besar
11:14 PM0 Comments
Setiap kali saya menghantar anakanda2 ke sekolah, saya pasti akan 'pass by' sebuah rumah yang besar dan cantik. Pagi ini:-

Nurin: Bestnya kalau duduk rumah besar macam ni kan mama. (Tangannya menunjuk ke arah rumah itu)

Mama: Rumah kita pun ok apa kak. Bersyukur la ada rumah. Kakak tahu tak ada orang yang tak de rumah. Kesian.

Nurin: Ha ah mama. Akak tahu sapa. Orang putih yang kat pulau (perhentian) tu kan takde rumah. Diaorg duduk kat hotel je.

Mama: Err.

Ni baru think out of the box!
Reading Time:

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday -  yang tak berapa wordless lah
11:44 PM 2 Comments
Hari -hari di pejabat tidak sama seperti beberapa bulan lepas. Sejak September, suasana pejabat saya sudah berubah secara keseluruhannya. Saya mula masuk bekerja di sini sejak Disember 2009. Saya suka suasananya. Pejabat kecil punya pekerja lebih kurang 30 orang. Kami seperti keluarga. Suka membuat acara ringkas sebagai 'gathering'. Kebetulan saya agak berusia berbanding mereka. Ketika itu saya satu-satunya seorang pekerja perempuan yang sudah bekeluarga dan mempunyai anak.

Pekerja datang dan pergi. Selama 4 tahun di situ, banyak kenangan terindah, tak kurang juga kenangan pahit. Yang indahnya, kami sangat rapat. Kami makan bersama, keluar bercuti bersama, bantu-membantu malah hal peribadi juga kami kongsikan. Menjadi aktiviti wajib untuk beraktiviti setiap 2-3 bulan sekali.

Semuanya tinggal kenangan. Pejabat kami dilanda tsunami. 

Hidup ini umpama roda. Tidak selamanya kita berada di atas dan tidak selamanya kita berada di bawah. Bagaimana yang datang pada kita, terima takdir dengan redha. Yang penting bagaimana kita respon terhadap situasi itu.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aturan Allah yang terbaik buat semua. Teruskan perjuangan sahabat-sahabatku. Marilah kita mencari keredhaan Allah setiap waktu. Betulkan niat dan tujuan bekerja kita. Jangan tersasar. Semoga kita  dapat kembali kepangkal jalan.

Tanpa sedar, air mata sudah pun membasahi pipi.

Berapa banyak kepahitan masa lampau yang berubah menjadi kemanisan masa kini. Ingat itu wahai diri, ketika kau sedang dihimpit kepahitan dunia. Tiada kepahitan yang abadi kecuali NERAKA!-Ustaz Pahrol Juoi
Reading Time:
Teruja!!
3:06 PM 3 Comments
Saya seronok sangat. Teruja. Bila bertalu-talu handphone berbunyi. Semata-mata hendak mengucapkan terima kasih kerana mereka sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang saya berikan.

Opss...bukan itu sahaja, ramai juga yang bukan pelanggan saya, tapi mahu tips dari saya.

Maaf ye, bukan tak mahu berkongsi, tapi ia menyalahi etika perniagaan kami. Hak eksklusif milik pelanggan saya sahaja. Sebab tu anda kena beli dengan saya.

Perasan tak mengapa tiada iklan Shaklee di mana-mana? Walau billboard sekali pun? Sebab wang untuk promosi telah diagihkan kepada pengedar seperti kami. Bonus tunai tu lah!

Pelan perniagaan yang adil, produk yang bagus, mudah pula sekarang ini kerana ada sistem online. Mentor yang hebat. Seorang millionaire. Malah upline saya seorang surirumah berpendapatan 5 angka!

Teruja kan? Jom sertai saya dalam group Kita Kaya & Berjaya
Reading Time:
Collagen Drink dengan Susu Strawberi. Nyummm
2:19 PM0 Comments
Dulu, kawan cakap marine collagen ni hanyir. Kena campur sanquick baru tak bau. Yang saya ni , tak pernah rasa. Tak berani mahu mencuba sebab tak tahu asal usulnya. Selamat atau tidak. Saya memang sangat memilih produk kecantikan dan produk kesihatan ini.

Bila join Shaklee, geng biz cakap Collagen Powder Shaklee terbaik di pasaran. Dihasilkan dari sisik ikan merah kerana khasiatnya yang hebat. Molekulnya yang sangat ringan dan rendah iaitu 1, 000 Dalton membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Bila tengok geng biz ramai yang dah cantik (awwww) saya pun cuba nak sharing dengan kawan-kawan, tapi jadi tak best sebab bila bakal customers tanya, apa rasanya saya tak boleh nak jawab dan tak dapat bercerita dengan berkesan sebab....saya belum cuba lagi.

Jadi, sebagai peniaga yang jujur, saya pun beli dan rasai sendiri. Beriya lah saya campur Collagen Powder ini dengan susu strawberi. Sedappp yang amat! Tak ada lah rasa pelik.

Dah 3 hari saya ambil. Rasa beza sangat. Kulit lebih halus dari sebelum ini.

Harga?

Subjektif. Sebab ada yang kata ok. Ada yang kata mahal. Berkotak-kotak terjual walaupun ada yang kata mahal. Produk yang berkualiti mestilah mahal. Bahan mentahnya yang berkualiti dan perlu melalui pelbagai ujian saringan. Kalau harganya murah, saya agak sangsi apakah bahannya berkualiti. Anda fikir lah sendiri ya.

Apa bezanya Collagen Powder Shaklee berbanding collagen lain di pasaran?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Jom cuba. Sedapnyaaa


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Reading Time:

Tuesday, October 29, 2013

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
Promosi Collagen Powder. Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi!
10:00 AM0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Teruja betul dengan testimoni seorang sahabat. Baru makan Collagen Powder untuk beberapa hari sudah menampakkan hasil.

Disebabkan itu....jeng jeng...saya pun tak sabar mahu mencuba. Saya lebih suka rasa dan mencuba sendiri. Barulah boleh saya ajak sahabat-sahabat semua sama-sama mencuba. Tak adalah keluar urat biru hendak bercerita!




Jangan tengok sahaja. Jom lah rasa apa yang dia rasa.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Reading Time:

Monday, October 28, 2013

SR Vita-C Plus: Nak Dengar Cerita Kelakar Tak?
11:36 PM 2 Comments
Memandangkan Sustained Release Vita-C Plus (SR Vita-C Plus) baru sahaja kembali di pasaran pada 21hb Oktober, maka kelam kabut kami pengedar Shaklee membuat pesanan. Tak menang tangan. Banyak sangat pesanan. Baru dua hari keluar, stok satu Malaysia sudah pun habis dijual.

Aik...saya dengar beratus ribu botol sudah tersedia untuk dijual. Takkan lah secepat itu habisnya. Subhanallah...

Cerita di atas tu tak kelakar, yang kelakarnya cerita di bawah ini.

Buat pertama kali saya memberi suami makan SR Vita-C Plus. Tahu apa reaksi dia. Dengan muka berkerut ini.

"Kenapa vitamin C ni rasa macam oren busuk?"

"Huh?"

Lepas itu saya pula makan. Saya ambil sebiji. Letak dalam mulut, ambil air secawan, minum dan telan  vitamin tu. Suami saya, reaksi dia macam, eh! Tak pandai lah saya nak terangkan.

Kemudian saya tanya. 

"Kenapa bang?"

"Abang ingatkan kena hisap!"

"Hahahahhahahahahahhahaa" 

Saya tidak terkata. Penat saya gelakkan dia. Astagfirullahalazim. 

Boleh bayangkan tak SR Vita-C Plus ini sebiji bersamaan berapa biji oren? 7 biji tau! Mestilah masam.

Saya lupa hendak mengajar 'customer' saya ini makan vitamin. Melampau betul SID Normila ini. Sebenarnya, selama ini saya beri suami saya makan Chewable Vita-C Plus. Hisap dan kunyah kerana SR Vita-C Plus kehabisan di pasaran selama setahun.

Maaf ye abang.

Bila teringat peristiwa ini rasa mahu gelak sakan.

Nak order vitamin Shaklee? Jom hubungi saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Reading Time:
Hepatitis B dan Interferon. Drug vs Natural.
1:22 AM0 Comments
Setelah saya disahkan positif  Hepatitis B, saya giat mencari supplemen yang boleh membantu meningkatkan antibodi saya. Menurut perbincangan dengan dokor pakar gastro, sistem imun saya terlalu rendah yang menyebabkan saya dijangkiti. Punca virus tidak diketahui asal usulnya.

Menurutnya, jika antibodi badan seseorang itu melebihi 100 mIU/mL , kemungkinan besar ianya dijangkiti, sangat rendah. Bermakna suami tidak perlu gusar kerana ia antibodi dia sangat kuat dan boleh melawan serangann virus.

Alhamdulillah.

Saya dijadualkan untuk  mendapat suntikan Interferon tahun hadapan. Bergantung kepada stok. 

Saya berdoa supaya saya tidak perlu mengambil Interferon ini. 

Mengapa?

Sebab saya mahu merawat secara natural. Bukan dengan 'drug' yang sudah pastinya punya kesan sampingan. Berpandukan sumber 'google' dan bahan bacaan lain, penerima ubat ini mungkin menghadapi kesan sampingan seperti kelesuan melampau, sakit kepala, demam berulang, loya, cirit  birit, tekanan, 'imsomnia', kegatalan, masalah kulit, keguguran rambut dan banyak lagi.

Apa pilihan yang saya ada.

Sudah pasti lah saya merujuk kepada vitamin yang saya percaya iaitu Shaklee.

Shaklee juga punya interferon. Malah ianya semulajadi dan berkesan. Ianya dinamakan dengan NutriFeron.

NutriFeron.

Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi. 

Mari kita imbas kembali sejarah interferon. Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

http://content.time.com/time/covers/0,16641,19800331,00.html
 
Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (NutriFeron). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.



Perlu diingat!!

NutriFeron adalah satu Formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikeadai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berksan untuk melindungi kita dari jankita influenza dan berbagai jenis penyakit.





Reading Time:

Sunday, October 27, 2013

Mama Sudah Merajuk
8:43 AM 2 Comments
Malam tadi saya berusaha keras mengemaskini SOHO saya. Serabut betul keadaannya. Dua orang anak dara ini pun sibuk sama.

Saya lipat flyers mereka pun mahu lipat sama.


Saya kira UV untuk transfer kepada anak- anak Shaklee,  si adik pun sibuk meniru cara saya.

Pendek kata bilik tidur aka SOHO saya jadi bersepah betul. Bila saya membebel mereka buat tak faham saja. Sudahnya saya malas nak fikir. Bila si kakak tanya saya macam-macam saya merajuk tak mahu jawab.

Kemudian,  dia beri saya surat cinta.



Alahai Nurin. Awak ni memang manis lah!
Reading Time:

Saturday, October 26, 2013

Salam Pagi Sabtu
8:54 AM1 Comments
Salam pagi Sabtu yang indah dan ceria.

Alhamdulillah...masih diberikan kesempatan dan ruang untuk bernafas dan mengabdikan diri kepada yang Esa. Seperti biasa, marilah kita panjatkan kesyukuran dengan bacaan al-Fatihah untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda, buat ibu bapa kita, saudara muslimin muslimat yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Al-Fatihah


Jadual saya agak penuh hari ini. Gembira sangat sebab semakin lama perniagaan MLM Shaklee semakin berkembang. Bercucu-cicit. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Semoga Allah mengurniakan kita ombak rezeki bertali arus dan sentiasa dekat dengan Allah.

Salam kasih sayang.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, October 23, 2013

Hadiah Dari Suami
11:56 PM0 Comments
En suami seorang yang pemurah hati. Sukaaaa sangat buat suprise dan bagi hadiah yang tak terfikir difikiran. 
Isteri dia, tak suka bagi hadiah (yang sebenarnya tak tahu nak bagi apa)

Jadinya saya cuma belanja makan kat tempat yang suami suka; yang best dan sedap atau pergi bercuti.

Untuk bulan ini, ini mungkin yang kedua. Hadiah istimewa dari suami.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Surprise!!!!!!!!!!!!


.

.

.

.

.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Alkisahnya, suatu hari..saya sedang membasuh pinggan mangkuk. Tanpa disengajakan, lesung yg panjang tu, atau 'alu' (betul ke) jatuh bergolek-golek dari sinki ke lantai.

Patah dan pecah!

Rasanya hampir 6 bulan kot peristiwa itu. Sejak tu la kami guna chopper dengan blender sahaja. Saya kalau buat nasi goreng memang cari lesung batu ni. Tak de lesung tak de mood nak masak nasi goreng.Tragis tak??

Oleh kerana saya dah jarang sangat masuk dapur, rasa-rasa hadiah ini untuk siapa ye?

Tentulah untuk si tuan punya badan

Hadiah dari suami untuk dirinya sendiri.

Hahahahahaa...

Eh eh..jom Shaklee

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
HKL: Pertemuan Ketiga, Keempat, Kelima dan ...
1:19 AM0 Comments
Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak diceritakan. Terlalu banyak sampai tak tertulis. Semuanya bermain di minda. Kadangkala hati berbolak balik. Itu lah sifat hati.

Saya mahu menyambung episod episode sebelum ini, tentang kisah virus yang menyerang saya. Alhamdulillah syukur, kerana saya masih bernafas dan masih hidup. Peluang untuk menambah amal bakti masih terbuka luas, dan peluang untuk bertaubat menyucikan dosa-dosa masih ada.

Begini, saya tidak boleh menceritakan secara detail kerana ada butiran yang saya terlupa kerana sudah terlalu lama. Lama? Lebih kurang sebulan dua. Tetapi terlalu banyak perkara berlaku antara waktu itu, maka maaflah, saya ambil isi yang penting sahaja. Semoga pembaca dapat manfaatnya.

10/9 Temujanji yang ke 3. Saya dan suami perlu bersedia untuk ujian darah lagi. Ini untuk memastikan keadaan darah suami saya. Alhamdulillah, suami setuju untuk menjalani ujian itu.

Minggu seterusnya…19/9 saya ada temujanji lagi, kali ini bukan bertemu doktor, tapi hanya mengambil sampel darah buat sekian kalinya. Saya lupa buat kali yang ke berapa. Saya akur menepati setiap konsultasi dan prosedur yang diarahkan. Rasa sakit pula kali ini, cuma seketika. Suami masih setia menemani setiap temujanji. Alhamdulillah. Terharu dan bersyukur.

Kemudian temujanji ditetapkan pada 24/9 untuk mengetahui keputusan darah suami dan perkembangan diri saya. Allahuakbar. Kami diberitahu suami bebas dari virus. Kerana suami punya anti-HBs levels melebihi 100 mIU/mL. Malah dia tidak memerlukan vaksin. Tiada berita yang lebih baik dari ini. Sejak saya dipanggil PDN, saya tidak pernah rasa gembira yang amat sehingga lah saya menerima berita ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Ya Wahhab. Hanya Allah yang Maha Memberi.

Setelah itu saya dan suami dibawa berjumpa dengan orang penting di situ. Doktor lelaki dan berusia. Suami dipanggil masuk. Sangat mendebarkan kerana kami perlu menjalani konsultasi. Panjang lebar penerangan Doktor. Saya dinasihatkan untuk mengambil rawatan seterusnya.

Pernah kah saya cerita tentang ALT reading saya?

Inilah bacaan nya

184-422-421-380-180.
Ya, agak kritikal dipermulaannya. Ianya naik mendadak dan turun kemudiannya. Syukur semakin baik bacaannya.

Owh yaaa…Sebenarnya saya tidak dibenarkan mengambil apa-apa vitamin atau supplemen. Saya masih berdegil. Saya setia mengambil Vivix dan Nutriferon sebagai makanan harian saya. Semestinya produk Shaklee. Mengapa saya masih berdegil?
Kerana produk Shaklee dhasilkan dari hanya bahan-bahan semulajadi!!

Rawatan yang dicadangkan oleh doktor ialah interferon yang disediakan oleh pihak hospital keluaran USA. Tahukah kawan-kawan sekalian kosnya ?

Setiap suntikan interferon perlu diambil seminggu sekali selama setahun. Harga rawatan untuk setahun adalah RM100,000.00

Menurut doktor, hanya 5% kemungkinan untuk sembuh dan sangat wajar saya ambil 5% potensi itu.

Interferon itu adalah protein buatan manusia yang dihasilkan oleh badan untuk bertindak balas kepada jangkitan. Ia membantu sistem imun melawan penyakit dan boleh memperlahankan atau menghentikan pertumbuhan virus Hepatitis B di dalam badan.

Malangnya, saya difahamkan yang ia adalah sejenis drugs.

Kemudian, saya diarahkan untuk ke unit Ultrasound & X-Ray untuk membuat temujanji. Temujanji ditetapkan pada 10/10/2013. Mereka akan membuat ujian ke atas hati saya, sama ada ada radang atau mempunyai saiz yang luar biasa.

Untuk seisi kali ini, ia mengambil masa yang sangat panjang. Kami pulang sekitar jam 4. Letih hanya Allah yang tahu. Tapi saya sangat bersyukur kerana suami bebas dari jangkitan.


Reading Time:

Saturday, October 19, 2013

Sakitnya Bila Terseliuh Kaki
5:00 PM0 Comments
Kawan saya ni puan Julieana Mohd Tusin selalu terliuh kaki. Dah 4 kali katanya. Paling teruk baru-baru ni bila tengah sakan beraerobik, kaki nya terseliuh lagi. Doktor kata ligamennya hilang. Tragis sungguh! Lepas makan Advanced Joint Tablet (AJHT) seminggu je dah baik. Siap boleh berlari lahh..Dengan izin Allah pastinya !

Jom baca cerita dia.

Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama, meh PM saya jom. Manalah tahu berkat kita bersungguh-sungguh mencari penawar, Allah beri kesembuhan.

Tips eksklusif untuk pelanggan saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein
1:30 PM0 Comments
Adakah anda mengalami simptom2 berikut
  • Kulit wajah yang kusam?
  • Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  • Rambut sering gugur?
  • Lemah dan tidak bertenaga?

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
Boleh cuba protein Shaklee...


Gunakan ID saya : 885213 untuk membuat sebarang pembelian di cawangan Shaklee berdekatan anda.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian daripada saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com 
Reading Time:
Kisah Benar: You dah Kurus Lah!
9:22 AM0 Comments
Segan pula bila ada orang puji saya dah kurus. Mungkin dulu saya memang kembang sangat kot. Sekarang ni pun bukannya kurus sangat. Masih berisi juga. Tanya apa yang saya buat boleh jadi kurus. Lajuuuu je saya cakap saya makan Shaklee.

Pada suatu pagi Jumaat yang berkat

Puan S : You dah kurus la. You makan apa?

Me :  I  makan Shaklee- Omega + Alfalfa

Puan S: I nak jugak la. Ada katalog ke?

Me: Ada dalam kereta . Jap I amik

Zassssssssssss...lari amik flyers dalam kereta. Lepas tu saya tunjuk apa yang saya makan.

Puan S: Berapa semua ini.

Me: RM xxxxxx.

Puan S: Nah (hulur duit). Petang nanti hantar sini ye. Seronok la tengok You makin lama makin kurus.

Saya tak terkata dah. Rasa macam tak percaya pula. Sebab bila saya timbang macam tak turun dan tak naik setelah turun 5kg lepas puasa hari tu. Hampir tak percaya juga bila Puan S terus bayar tanpa cakap banyak. Rezeki adalah rahsia Allah.

********************************************************************************
Balik rumah semalam petang

Hubby : Ma, Puan S nak kalsium

Me: Alhamdulillah

Seronok ber'Shaklee bila dapat membantu orang sihat. 

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
Usaha untuk Sihat
8:25 AM0 Comments
Alhamdulillah.

Keluarga kakak sulung saya telah di Shaklee kan.



Ini sebahagian.

Kat dalam bilik pun ada lagi. Hehe.

Syukurlah keluarga saya sedar tentang kepentingan mengambil supplemen.

Jom kita ber'Shaklee. Usaha untuk menjadi lebih sihat!

Keluarga ada sudah di Shaklee kan?

Jom roger roger saya. Saya ada punya banyak sebab kenapa kita mesti pilih Shaklee.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:

Thursday, October 17, 2013

Penawar Tekanan Darah Tinggi
11:38 AM0 Comments
Alhamdulillah. Selesai sudah ibadah korban. Semoga ibadah korban kita diterima Allah.

Lepas korban, mulalah mabuk daging. Sup tulang, sup gearbox, BBQ dan pelbagai hidangan bertemakan daging di sediakan. Bagi yang ada masalah darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung tuberhati-hati memilih menu.

Ada juga yang bertanya jika Shaklee ada vitamin yang sesuai untuk masalah darah tinggi. Eh...mestilah ada...

1. Omega Guard-Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah. Mengurangkan radang sendi

2. Garlic Complex- Mencairkan darah. Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol. PM saya untuk maklumat lanjut. Tips terbaekkkk eksklusif untuk customer saya.



Call / whatapps / sms : 019 2250752
Reading Time:

Wednesday, October 16, 2013

Performance Drink-Minuman Pilihan Ahli Sukan dan Angkasawan
8:00 PM0 Comments
Dulu kalau mahu pulang ke kampung, perlu beli minuman tenaga seperti xxx, sekarang stand by Performance Drink sahaja. Minuman untuk atlet dan angkasawan!!




Apa yang saya pelajari dari kelas nutrisi, ada banyak jenis minuman elektrolit di pasaran. Pasti ramai yang tahu. Rasanya sedap dan berkarbonat pula. Walhal air tu cuma mengandungi gula dan garam sahaja. Berbanding Performance Drink ia mengandungi OptiCarb (sudah dipatenkan)

OptiCarb ini meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) san menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Keunikan Performance: Elektrolit + Mineral

Komponen Elektrolit Yang Penting

Na+ Sodium
Cl+ Chloride
Mg+ Magnesium
Ca2+ Kalsium
K+ Potasium


Jangan tak tahu minuman ini merupakan pilihan atlet olimpik juga!

Tips eksklusif dari saya

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
Salam Aidil Adha 1434
4:00 PM0 Comments
Balik kampung...ooooo balik kampung. Hati girang.

Seronoknya rasa hati nak balik kampung kan? Kali terakhir saya pulang ke kampung halaman saya adalah pada hari raya Aidilfitri yang lalu. Walaupun kedua ibu bapa saya sudah tiada, saya masih punya kakak, abang-abang, abang ipar, kakak ipar, adik-adik dan adik ipar. Macam ramai je kan? Saya punya 8 adik beradik dan saya adalah anak yang ke - 6!

Pulangnya ke kampung kali ini adalah untuk ibadah korban. Pertama kali menggunakan duit sendiri untuk ibadah ini. Sebelum ini semuanya ditaja oleh arwah emak dan arwah ayah mertua. Lain perasaannya.

Seperti biasa saya mengambil masa yang agak lama untuk mengemas baju. Itu kelemahan saya. 3-4 jam baru siap. Suami pula sibuk menguruskan 'bunting' di hadapan rumah saya. Hehe...seronok pula rasanya. Saya mahu semua orang tahu saya adalah Pengedar Shaklee di kawasan saya.

Saya adalah Pengedar Shaklee di Taman Amanputra, Puchong dan kawasan sekitarnya

Wahai jiran-jiran yang membaca blog saya ini, jom la singgah-singgah rumah saya untuk self collect vitamin anda. 

Dapatkan produk Shaklee dari saya dan tips eksklusif milik anda.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
Adakah Supplemen Selamat untuk Ibu Mengandung?
1:30 PM0 Comments
Ibu mengandung perlukan nutrisi yang cukup di sepanjang tempoh mengandung. Ada kalanya ibu mengandung sukar mendapat nutrisi dari makanan yang dimakan. Maka, ibu mengandung perlu mengambil nutrisi tambahan dari supplemen.

Adakah supplemen di pasaran selamat untuk ibu mengandung?

Shaklee merupakan pengeluar vitamin terunggul di dunia. Diakui selamat, berkesan dan mesra alam. Kami menyediakan pilihan vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung. 


Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin anda.

Tips eksklusif untuk pelanggan saya

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com 
Reading Time:
Kasihannya Kalau Terlalu Kurus
9:14 AM0 Comments
Rimasnya bila kawan-kawan mengejek badan terlalu kurus dan ringan.

Sudah mencuba pelbagai produk untuk menambah berat badan tapi tiada perubahan?

Bahagianya Yatie bila berat badan naik 4kg dalam masa kurang sebulan. Yatie consume Meal Shakes dan B-Complex.








 PM saya untuk maklumat lanjut.

Tips eksklusif untuk pelanggan saya

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:

Sunday, October 13, 2013

Musim Hujan
9:51 AM0 Comments
Saya suka musim hujan sebab sejuk. Perasan ala ala winter gitu. Suasana begini agak romantik dan kadangkala muram.

Cabarannya bila baju berbakul bakul tidak kering dan kami tiada dryer di rumah. Nak beli dryer pun belum mampu lagi. Mahal.

Syukur sekarang ada self service laundry shop berdekatan dengan rumah. Mudahnya kerja kami. Alhamdulillah.

RM4 untuk satu load. 25 minit. Cepat dan murah!


Reading Time:

Thursday, October 10, 2013

Anda Seorang yang Sensitif?
6:34 PM0 Comments
Tahukah anda orang yang mudah marah atau sensitif mereka kekurangan vitamin B complex dalam badan mereka?

Bila kekurangan B complex sistem saraf mereka tidak dapat berfungsi dengan cemerlang maka ia menganggu emosi secara berterusan. Itu yang membuatkan mereka hilang kawalan diri dan mudah melepaskan marah.

Adakah anda antaranya? B complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress dan painkiller yang berkesan.

Dapatkan B complex Shaklee. Semulajadi. Selamat dan Berkesan. Harga sehari kurang dari 50sen. 

I love Shaklee!

Tips eksklusif dari saya

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
HKL-Ultrasound & X-Ray
9:13 AM0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.  Alhamdulillah Allah bagi saya keizinan untuk saya bangun awal pagi ni. Saya sedar sekitar jam 5 pagi. Menyiapkan diri untuk melapor diri kepada Allah. 
Kemudian sepantas kilat menyiapkan keperluan suami dan anak-anak kerana saya perlu ke HKL sendirian. Suami ada kursus pagi ini. Huhu.  Pertama kali ke HKL seorang diri. Tawakkal sajalah. Seperti biasa suami sudi menghantar puteri-puteriku ke sekolah. 
Keluar rumah lebih kurang jam 6:40 pagi. Memecut menyusuri Lingkaran Putrajaya seterusnya masuk ke Maju Expressway kemudian ke Jalan Tun Razak dan opsss...dah sampai rupanya.  Kemudian saya jalan perlahan kerana tidak tahu mahu parking di mana. Selama ini saya hanta merempit dengan encik suami atau suami drive dan dia tunggu saya di mana mana. Saya mohon Allah permudahkan. Tetiba saya tiba di bangunan baru Kompleks Pakar dan nampak pula sign 'P'. Oh...Alhamdulillah.  Boleh la parking di sini.
Cabaran juga apabila parking tu di tingkat 4 dan jalannya sangat narrow err..sempit yang teramat. Menggunakan kemahiran yang dianugerakanNya akhirnya saya selamat tiba dan parking dengan tenang.

Kemudian turun ke lobi klinik pakar, berjalan ke luar bangunan untuk ke bangunan lama tempat di mana jabatan X ray berada.

Ingatkan saya yang paling awal. Rupanya sudah ramai menunggu.  Nombor saya 4009. Saya yang kesembilan.


Perut sudah pun minta diisi. Saya diarah untuk tidak makan selama 6 jam sebelum prosedur dijalankan. Hanya minum air masak sahaja.
Ketika ini saya masih sedang menunggu.  

Bersambung kemudian ya. 
Reading Time:

Wednesday, October 9, 2013

Kenapa Saya Pilih Shaklee
1:58 PM0 Comments

Soalan yang sama yang selalu ditanya. Kenapa tidak produk-produk lain.

Ini jawapan saya. Baca betul-betul ya.

Sentiasa Berkesan - Kajian Unggul.

Satu Kajian unggul terhadap pengguna supplemen menunjukkan, mereka yang mengambil supplemen Shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau tidak mengambil sebarang vitamin



http://www.nutritionj.com/content/12/1/135/abstract
http://sph.berkeley.edu/


Kenapa saya masih melakukan perniagaan MLM Shaklee walaupun berjuta juta orang telah melakukannya di Malaysia?

Kerana rezeki itu aturan Allah dan seperti ikan di laut ianya bukan milik siapa-siapa dan takkan pernah habis dengan izinNya. Siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Man jadda wa jadda.

The more the merrier isnt it? We don't call it competition, we call it cooperation.

I love Shaklee!

Tips eksklusif dari saya

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time: