HKL: Pertemuan Ketiga, Keempat, Kelima dan ...

1:19 AM

Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak diceritakan. Terlalu banyak sampai tak tertulis. Semuanya bermain di minda. Kadangkala hati berbolak balik. Itu lah sifat hati.

Saya mahu menyambung episod episode sebelum ini, tentang kisah virus yang menyerang saya. Alhamdulillah syukur, kerana saya masih bernafas dan masih hidup. Peluang untuk menambah amal bakti masih terbuka luas, dan peluang untuk bertaubat menyucikan dosa-dosa masih ada.

Begini, saya tidak boleh menceritakan secara detail kerana ada butiran yang saya terlupa kerana sudah terlalu lama. Lama? Lebih kurang sebulan dua. Tetapi terlalu banyak perkara berlaku antara waktu itu, maka maaflah, saya ambil isi yang penting sahaja. Semoga pembaca dapat manfaatnya.

10/9 Temujanji yang ke 3. Saya dan suami perlu bersedia untuk ujian darah lagi. Ini untuk memastikan keadaan darah suami saya. Alhamdulillah, suami setuju untuk menjalani ujian itu.

Minggu seterusnya…19/9 saya ada temujanji lagi, kali ini bukan bertemu doktor, tapi hanya mengambil sampel darah buat sekian kalinya. Saya lupa buat kali yang ke berapa. Saya akur menepati setiap konsultasi dan prosedur yang diarahkan. Rasa sakit pula kali ini, cuma seketika. Suami masih setia menemani setiap temujanji. Alhamdulillah. Terharu dan bersyukur.

Kemudian temujanji ditetapkan pada 24/9 untuk mengetahui keputusan darah suami dan perkembangan diri saya. Allahuakbar. Kami diberitahu suami bebas dari virus. Kerana suami punya anti-HBs levels melebihi 100 mIU/mL. Malah dia tidak memerlukan vaksin. Tiada berita yang lebih baik dari ini. Sejak saya dipanggil PDN, saya tidak pernah rasa gembira yang amat sehingga lah saya menerima berita ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Ya Wahhab. Hanya Allah yang Maha Memberi.

Setelah itu saya dan suami dibawa berjumpa dengan orang penting di situ. Doktor lelaki dan berusia. Suami dipanggil masuk. Sangat mendebarkan kerana kami perlu menjalani konsultasi. Panjang lebar penerangan Doktor. Saya dinasihatkan untuk mengambil rawatan seterusnya.

Pernah kah saya cerita tentang ALT reading saya?

Inilah bacaan nya

184-422-421-380-180.
 
Ya, agak kritikal dipermulaannya. Ianya naik mendadak dan turun kemudiannya. Syukur semakin baik bacaannya.

Owh yaaa…Sebenarnya saya tidak dibenarkan mengambil apa-apa vitamin atau supplemen. Saya masih berdegil. Saya setia mengambil Vivix dan Nutriferon sebagai makanan harian saya. Semestinya produk Shaklee. Mengapa saya masih berdegil?
 
 
 
 
Kerana produk Shaklee dhasilkan dari hanya bahan-bahan semulajadi!!

Rawatan yang dicadangkan oleh doktor ialah interferon yang disediakan oleh pihak hospital keluaran USA. Tahukah kawan-kawan sekalian kosnya ?

Setiap suntikan interferon perlu diambil seminggu sekali selama setahun. Harga rawatan untuk setahun adalah RM100,000.00

Menurut doktor, hanya 5% kemungkinan untuk sembuh dan sangat wajar saya ambil 5% potensi itu.

Interferon itu adalah protein buatan manusia yang dihasilkan oleh badan untuk bertindak balas kepada jangkitan. Ia membantu sistem imun melawan penyakit dan boleh memperlahankan atau menghentikan pertumbuhan virus Hepatitis B di dalam badan.

Malangnya, saya difahamkan yang ia adalah sejenis drugs.

Kemudian, saya diarahkan untuk ke unit Ultrasound & X-Ray untuk membuat temujanji. Temujanji ditetapkan pada 10/10/2013. Mereka akan membuat ujian ke atas hati saya, sama ada ada radang atau mempunyai saiz yang luar biasa.

Untuk seisi kali ini, ia mengambil masa yang sangat panjang. Kami pulang sekitar jam 4. Letih hanya Allah yang tahu. Tapi saya sangat bersyukur kerana suami bebas dari jangkitan.


You Might Also Like

0 comments