HKL: Pertemuan Pertama

12:25 AM

Ingat lagi rentetan kisah saya yang lalu. Kalau tak ingat mari saya ingatkan kembali.

Jom refer entri yang ini ye..

Cerita yang lepas, saya pergi ke Jabatan Patologi untuk membuat ujian darah. Seminggu kemudian saya dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Temujanji sepatutnya jam 8 pagi. Oleh kerana saya perlu menyiapkan anakanda dua orang tu, maka haruslah lewat sedikit. Tak sampai hati pula mahu hantar anak-anak ke sekolah awal sangat. Ding dong ding dong, pukul 7 setengah juga kami menghantarnya. Mula-mula kami mahu naik kereta tapi bila melihat trafik di kawasan rumah saya tu, kami terpaksa lah batalkan niat itu. Yang seronoknya kami merempit dengan motor en suami.
 
Vrooommm ...

Walaupun hati berdebar-debar kerana menunggu keputusan darah minggu yang lalu, tapi saya buat-buat tak faham saja. Buat apa nak fikir sangat. Nanti lagi down dan stress.

Sampai di hospital agak lewat. Pukul 8 lebih macam tu. Ingatkan bila naik motor, sampai awal, rupanya tidak. Jalan sangat sesak. Saya sangat salute dengan mana-mana manusia yang kerja di Kuala Lumpur kerana sanggup bersesak-sesak untuk bekerja. Bukan lah saya yang penyabar itu.

Inilah nombor saya. 
 
 
Masih ramai yang menunggu. Mula-mula ambil nombor untuk buka fail memandangkan saya pertama kali hadir untuk temujanji. Untuk tunggu giliran itu juga mengambil masa. Tak mengapalah. Sambil-sambil menunggu tu, saya ber whatapps dengan customers Shaklee ku. Adalah juga hikmahnya. Jangan tak percaya, masa menunggu tu banyak juga order yang masuk. Seronok ber’Shaklee online ni, tak kira waktu dan di mana sahaja. Alhamdulillah.

Setelah membuka fail, saya diminta mengambil nombor yang lain untuk bertemu dengan doktor pula. Menunggu lagi…

Oh lupa, sementara menunggu, suami saya sempat ke pejabat pos untuk renew lesennya yang dah mati. Selamba je bawa motor tak de lesen kan?

Bosan menunggu, saya zikir banyak-banyak dalam hati. Saya perhati macam-macam orang ada di sini dan saya adalah antara yang termuda. Huhuhu.

Bila nombor dipanggil saya bertemu dengan Dr. Pang. Agaknya lah. Tak pasti nama penuhnya. Kalau tahu pun tak mungkin saya boleh disclose di sini ye tak?

Ayat pertama doktor – ALT awak ni sangat tinggi. Kene admit ni!

Saya – Kenapa nak admit Dr. Saya sihat je ni.

Doktor- Tinggi sangat. Nanti kita monitor sampai ALT tu turun.

Dan banyak lagi perbincangan yang agak ‘tegang di situ’ 
 
Doktor - Saya nak cek mata-mata awak tak kuning. Ada penat penat tak?
 
Saya - Tak de

Doktor - Jom kita cek abdomen. 

Lepas tekan-tekan perut dia kata perut saya normal.

Kemudian dia keluar membawa file saya dengan alasan mahu berbincang dengan boss besar dia.

Untuk pengetahuan minggu lepas, semasa di PDN, bacaan ALT saya 138 dan hari ini (29th August, 2013) 421.

Lama juga menunggu, sempat juga saya perhati patient di hadapan saya, setiap bilik rawatan/perundingan ada 2 doktor dan 2 pesakit pada satu satu masa, dengan file sakit yang menimbun-nimbun. Auntie tu ada batu dalam hempedunya.

Beberapa minit kemudian dia masuk, dan beritahu

Doktor- Oklah. Tak perlu admit. Tapi minggu depan datang lagi. Sekarang pergi ambil darah. Awak ada ambil apa-apa ubat herba tak, tradisional ke ?

Saya – Tak de. Saya ambil vitamin saja.

Doktor – Vitamin apa?

Saya – Shaklee.

Doktor – Apa tu? (sambil buat muka )

Saya – Saya ambil vitamin C, B complex, multi vitamin bla bla bla. 
 
Saya nak je bagi flyers dalam beg saya. Hehe. Banyak yang saya makan sebenarnya. Kata Shaklee Independent Distributor

Doktor – Ok, lepas ini jangan makan semua vitamin ini. Stop dulu saya nak tengok result darah awak without vitamin.

Saya – (Buat muka jugak) ok.

Then keluar dari bilik doktor. Kene tunggu lagi sebab perlu ambil surat cuti sakit dan time slip untuk encik suami.

10 minit kemudian baru dipanggil dan diberi borang untuk mengambil darah pula. Untuk ke bahagian Patologi kami perlu berjalan ke bangunan lain. Saya risau juga masa tu dengan keputusan darah. Saya menangis kerana agak terkejut bila dikhabarkan keputusan itu agak serius, sebab badan dan diri saya tidak merasa apa-apa. Terfikir tentang suami dan anak-anak. Apakah masanya sudah tiba untuk saya. Hanya Allah yang tahu. Suami saya tenang sangat. Dia kata tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia kata jangan fikir pasal mati bila amalan di dunia ini tidak sebanyak mana. Dia kata, buat apa yang perlu dibuat, setiap orang pasti akan mati, tapi biarlah mati itu dalam keadaan kita bersedia. Jangan risau dengan apa yang ditinggalkan, risaulah bagaimana kita hendak jumpa dengan pencipta kita. Huwaaa..lagi laju air mata saya.

Sesampainya di patologi, saya perlu ambil lagi nombor untuk mengambil darah. Waaaa…tiga kali ambil nombor. Ramai juga. Tapi nombor laju je.  Tak dapat nak sertakan nombor kerana nombor saya diambil untuk di-clip kan bersama darah saya.
 


Ketika mengambil darah, pembantu perubatan tu beritahu darah saya diperlukan untuk 6 jenis ujian yang berbeza. Banyak yang perlu diambil. Phew….mula-mula tu terkejut juga. Tapi tak pe la. Macam kene gigit semut je. Sempat saya minta izin untuk mengambil gambar walaupun kecut perut dan rungsing dengan segala kemungkinan.


Syukurlah suami saya sentiasa di sisi dalam keadaan susah dan senang. Sungguhpun suami selalu provoke saya, tapi apa yang diprovoke-kan itu lebih banyak benar dari yang tidak. Sedih..tak terkata.

Lepas selesai semua, saya dan suami pun pulang. Makan tengahari dulu di tempat favourite saya dan vrooommmm lagi.

Alhamdulillah, selesai itu minggu itu.

Walaupun menunggu lama, saya agak bangga dengan pengurusan HKL yang cekap walaupun begitu ramai pesakitnya.

Sementara itu, jika anda perlukan vitamin Shaklee jom roger roger.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com 

You Might Also Like

0 comments