Pulau Perhentian Day 2 - Part 2

11:29 PM

Entri yang sudah lama tertangguh. (Jumpa dalam draf)

Kami buka mata dan kelam kabut bersiap untuk pergi lunch. Anak-anak merengek tak mahu bangun. Selesa betul tidur atas katil empuk. Ye la malam tadi tidur duduk dalam bas.

Coffee house terletak di kawasan yang sama. Sampai di coffee house ,geng sudah siap makan. Mereka sibuk mengambil gambar. Argh..jelesnya.  Padan muka kami sebab ter over slept.

Lunch kami dihidangkan ala buffet. Menunya berkonsepkan makanan tempatan. Nasi putih, 2 jenis lauk, 1 jenis sayur, sup tomyam, salad, dessert, ulam-ulaman, ikan masin, keropok dan minuman sejuk dan panas. Agak puas hati dengan menu yang dihidangkan. Berbaloi-baloi dengan harga pakej.

Anak-anak tidak berselera makan memandangkan baru terjaga dari tidur. Saya makan pun sedikit sahaja. 

Selepas menjamu selera, kami menikmati keindahan alam sekitar sekitar coffee house. Sungguh menenangkan. Saat saya menaip ni, rasa rindu ingin kembali ke situ. Anak-anak berulangkali sebut mahu ke Pulau Perhentian. Argh...mereka ingat 1 jam dah boleh sampai kah? Huhu

View dari coffee house. 

 

Selesai makan, ketua rombongan , Herryx ajak snorkelling di tepi pantai memandangkan hari pertama adalah free aktiviti. Di sebabkan hanya di tepi pantai, makanya saya pun memberanikan diri. Saya ni ada masalah water fear sikit. Dalam usaha nak belajar beranikan diri. Anak-anak excited nak mandi dan main pasir. Pasirnya putih dan lembut. Saya tak dapat nak snap gambar sebab mahu berendam dalam air puas-puas.
Yang ada ni pun koleksi our professional photographer variform photography.

Seronok bersnorkelling di sini. Airnya jernih. Subhanallah. Anak anak ikan, mak ikan, bapak ikan semua ada, colourful. Bukan tu je, sea cucumber banyak sangat. Errr..geli dan takut pun ada. Di sebelah kami ada satu group divers sedang berlatih. Terasa macam kitaorg pula belajar sekali. Enjoy this moment soo much.  Tapi knowing me, saya belum pandai nak guna gear tu. tak pandai bernafas dengan mulut. Hahahaha

Nanti sambung lagi ya..


You Might Also Like

2 comments

  1. best dpt jenjalan bersama kluarga =) xbest la kalau xde gmbar..psti bnyak kenangan kt sna

    ReplyDelete
  2. Gambarnya banyak...tapi belum sempat nak upload

    ReplyDelete