Wordless Wednesday - yang tak berapa wordless lah

11:44 PM

Hari -hari di pejabat tidak sama seperti beberapa bulan lepas. Sejak September, suasana pejabat saya sudah berubah secara keseluruhannya. Saya mula masuk bekerja di sini sejak Disember 2009. Saya suka suasananya. Pejabat kecil punya pekerja lebih kurang 30 orang. Kami seperti keluarga. Suka membuat acara ringkas sebagai 'gathering'. Kebetulan saya agak berusia berbanding mereka. Ketika itu saya satu-satunya seorang pekerja perempuan yang sudah bekeluarga dan mempunyai anak.

Pekerja datang dan pergi. Selama 4 tahun di situ, banyak kenangan terindah, tak kurang juga kenangan pahit. Yang indahnya, kami sangat rapat. Kami makan bersama, keluar bercuti bersama, bantu-membantu malah hal peribadi juga kami kongsikan. Menjadi aktiviti wajib untuk beraktiviti setiap 2-3 bulan sekali.

Semuanya tinggal kenangan. Pejabat kami dilanda tsunami. 

Hidup ini umpama roda. Tidak selamanya kita berada di atas dan tidak selamanya kita berada di bawah. Bagaimana yang datang pada kita, terima takdir dengan redha. Yang penting bagaimana kita respon terhadap situasi itu.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aturan Allah yang terbaik buat semua. Teruskan perjuangan sahabat-sahabatku. Marilah kita mencari keredhaan Allah setiap waktu. Betulkan niat dan tujuan bekerja kita. Jangan tersasar. Semoga kita  dapat kembali kepangkal jalan.

Tanpa sedar, air mata sudah pun membasahi pipi.

Berapa banyak kepahitan masa lampau yang berubah menjadi kemanisan masa kini. Ingat itu wahai diri, ketika kau sedang dihimpit kepahitan dunia. Tiada kepahitan yang abadi kecuali NERAKA!-Ustaz Pahrol Juoi

You Might Also Like

2 comments

  1. sabar ya... harap 'tsunami' yang melanda tu taklah berapa teruk...

    ReplyDelete
  2. teruk lah juga mia liana. hidup ini macam roda. dulu saya sensorang je dlm dept tu. lepas tu staff bertambah-tambah. jadi la boss pulak. pastu lepas tsunami, tinggal saya je. back to square

    ReplyDelete