November 2013 - CIK MIL MILA

Thursday, November 28, 2013

Resepi -Chicken Stew
11:13 PM 4 Comments
Rentetan banyak permintaan dari teman-teman Facebook,  saya dengan ini nak 'up' resepi Chicken Stew. Ingatkan senang je sekali encik suami bagi tau aduhai, mencabar kewanitaan saya juga ni. Ok, kita mulakan ya.



Bahan-bahan untuk perapan.

500gm ayam yang sudah dicuci. Preferable ayam yang bertulang seperti rusuk, peha atau kepak
7 ulas bawang putih dicincang
1cm halia dicincang
Satu sudu teh minyak zaitun
Bahan perasa seperti garam dan mixed spice (boleh didapati di pasaraya)
Perap kesemua bahan selama satu malam di dalam peti sejuk bahagian 'Chiller'. Biasanya suami buat lepas makan malam untuk masakan esoknya.

Yang sebenarnya encik suami nak perap ayam ni untuk buat ayam bakar.  Bila tiba masa nak masak tukar cara pulak.

Bahan-bahan tumis

Sebiji kentang dipotong 6
Sebiji lobak merah dipotong 6
1 biji tomato
2 helai dried Bay leaves
Satu sudu teh Thyme
Satu sudu teh dried parsley
Setengah sudu teh minyak habbatus sauda (optional)
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
3 biji cili padi-ikut citarasa
Daun sup untuk hiasan
Sedikit tepung jagung

Cara-caranya

Panaskan kuali. Kemudian masukkan ayam yand diperap sehingga naik bau. Masukkan kentang dan lobak merah. Campurkan air sehingga menutupi paras ayam. Reneh beberapa. Apabila mendidih masukkan  cili padi, thyme, bay leaves dan dried parsley.
Reneh sekitar setengah jam sehingga kuah pekat. Pastikan api perlahan. Tutup periuk.
Setelah itu masukkan bahan perasa seperti garam dan lada hitam. Seimbangkan rasa masin, pedas dan manis. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Biar seketika.  Rasa dan hias dengan daun sup. Angkat.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Tips masakan
1. Untuk menjadikan masakan menarik main dengan warna. Bukan kaler luna ye. Tapi bahan-bahan mesti berwarna untuk nampak menyelerakan.
2. Main dengan rasa supaya seimbang masin, manis, masam dan pedas.
3. Gunakan perasa semulajadi seperti daun-daun herba untuk rasa yang sedap dan menyihatkan.
Reading Time:

Wednesday, November 27, 2013

Apa hadiah yang paling berharga untuk ibu bapa?
4:31 PM0 Comments
Apa hadiah yang paling berharga untuk ibu bapa? Branded stuff? Belanja makan atau percutian?

Semua tu pon best. Tapi semua tu jadi tak best kalau mereka tidak boleh menikmati kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Solution: beri apa yang mereka perlu. Di usia emasini, mereka sangat perlukan nikmat kesihatan. Dulu mereka penat bekerja menyara keluarga sehingga kadang-kadang mereka terpaksa mengabaikan kesihatan.Tiba masanya kita pula membalas jasa mereka. Besar ganjarannya berbakti kepada ibu bapa kita.

Customer saya aka downline saya, Shuada, ibunya selalu sakit-sakit. Batuk, lelah dan darah tinggi. Tindakan bijak Shuada memberikan supplement Shaklee yang saya cadangkan merubah kesihatan ibunya menjadi lebih baik, dengan izin Allah.

Vitamin yang diamalkan
1. CoQ Health Plus
2. Omega guard
3. Alfalfa
4. Vitamin E



Syukurlah, ibunya bertambah sihat dan ceria. Semoga Allah merahmati Shuada sekeluarga.

#Makan supplement tanpa ilmu seperti orang buta tanpa tongkat.

Tips dan konsultasi percuma untuk pelanggan saya.019 2250752

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Saturday, November 23, 2013

Cinch inch loss plan. Apa bezanya dengan plan-plan lose weight yang lain?
5:31 PM0 Comments
Kenapa ia berkesan?

1. Kekalkan jisim otot tanpa lemak
2. Hilang berat dari lemak
3. Terbukti secara klinikal
4. Diperkaya dengan Leucine







Secara ringkasnya, ia dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet, jadi anda boleh kekalkan otot, bakar lemak jahat dan kurangkn inci yang tak perlu.

Jom ber'Cinch untuk berat yang ideal

Pm 019 2250752


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Apa beza Vitamin C Shaklee dengan vitamin C lain yang berlambak di pasaran?
5:25 PM0 Comments
Setiap tablet vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C b buah tersebut ke dalam tubuh kitasetiap jam.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg flavonoid (25% dari flavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menetang infeksi bakteria dan radikal bebas

Amaran!!!

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C

Keresahan mempercepatkan penyusutan vitamin C

Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak

Tips dan konsultasi percuma istimewa untuk customer saya.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
 Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Friday, November 22, 2013

Tazkirah Jumaat - 22 November, 2013
2:31 PM0 Comments
Mahu dengar metafora pasal ujian tak? Mungkin ada yang pernah dengar. Ini kira tazkirah jumaat ya.

Macam seorang penternak ayam. Dia hendak sembelih ayam. Ayam dia banyak. Dia ada kuasa nak pilih mana-mana ayam yang dia nak sembelih. Sebab ayam-ayam itu miliknya. Ikut logiknya mestilah dia akan pilih ayam yang paling baik dan hebat. Takkan dia nak amik yang tidak elok kualitinya? 

Macam itu la juga Allah hendak menguji hamba Nnya. Kita ini hak milik mutlak Allah. Bila kita terpilih untuk diuji maknanya kita ini layak diuji. Kita hebat. Jika kita berjaya melalui ujian ini martabat kita naik satu tahap.

Umpama air limau dan jari yg luka.

Air limau itu umpama ujian. Jari yg luka umpama hati. Air limau jika terkena jari yang sihat, tiada rasa apa tapi jika air limau jika terkena jari yang luka terasa pedihnya Jari yang luka itu lah hati. Hati yang rosak kalau diuji sakit jadinya. Macam manusia lah. Hati yg bersih bila diuji tidak memberi kesan. Malah bertambah lagi imannya
 Orang-orang dahulu para sahabat nabi bila diuji mereka gembira kerana Allah mahu menaikkan martabat mereka. 

"Syukur lah aku yang terpilih"

Malah jika ada yang buruk berlaku kepada mereka seperti kuda tunggangan tidak bekerjasama seperti sedia kala mereka selalu muhasabah. 

"Apakah dosa yang telah kulakukan hari ini??? Astagfirullahalaazim"

Ya Allah, aku tidak minta hidup yang mudah, kerana ku tahu ujian itu sukar, tapi ku pinta hati yang kuat, supaya aku boleh melalui hidup dan ujian ini dengan tabah. Aamiin ya rabb.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, November 18, 2013

Surat Cinta Lagi...
1:30 PM0 Comments
Nurin memang suka menulis.

Ejaan banyak salah pula tu.

Dia eja ikut sebutan dia. Hmm...  budak 6 tahun. Perlu membaca banyak lagi.



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Sustained Release Vita - C Plus
9:00 AM0 Comments
Mengandungi hanya 100% bahan semulajadi.

Vitamin C ekstrak daripada kanji jagung ("sumber semulajadi vitamin C")

Vitamin C yang dihasilkan menyerupai molekul yang sama dalam buah sitrus.

Shaklee mengandungi bahan semulajadi dalam vitamin C di dalam badan.

Mengurangkan kesakitan otot

Mengawal paras kolestrol sihat




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: Normila Muhamad 
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop 
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, November 17, 2013

Mulberry Berbuah Lebat
8:54 PM0 Comments
Rasanya banyak kali saya update tentang buah mulberry ini.


Pantang berbuah lebat, saya mesti rakamkan fotonya dalam telefon. Anak- anak pula pantang nampak. Suka rasanya yang manis. Kami juga.

Saya dan suami bercadang untuk 'make over' taman kecil di halaman rumah. Tunggu saya bekerja dari rumah nanti. Semoga Allah mempermudahkan niat dan usaha saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Vitamin untuk Penyakit Gout
6:39 PM0 Comments
Penyakit gout memang mudah menyerang mangsanya. Bukan warga emas sahaja malah orang muda juga tidak terlepas dari penyakit ini jika tidak mengambil langkah pencegahan.

Apakah vitamin yang sesuai untuk melegakan penyakit gout ini? Shaklee bukan ubat jadi ia perlu diambil seperti mana makanan tambahan lain bukan ketika waktu penyakit itu menyerang!

SR Vita-C Plus

Untuk mengurangkan urik asid di dalam badan, sekurang-kurangnya 3 biji sehari bersamaan 1500mg. Banyak sangat ke? Tidak...kerana vitamin C bersifat larut air dan mudah hilang. Pastikan ianya dari Shaklee kerana ia bersifat Sustainable Release!

Alfalfa
Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ia dapat mengurangkan pembentukan baru urik asid

Omega Guard
Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (radang/bengkak) pada anggota yang terkena serangan gout.

Performance Drink
Memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehidrate.

Selain itu, elakkan pengambilan makanan berprotein seperti daging, makanan laut, kambing. Kurangkan pengambilan minuman manis dan bergas. Aiskrim, mentega dan keju perlu dielakkan.

Minum banyak air kosong yang dicampurkan lemon secara berterusan boleh mengurangkan kadar urik asid di dalam tubuh.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 Email : normila.muhamad@gmail.com Add FB: Normila Muhamad Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop Blog: www.mamanurins.blogspot.com *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:

Saturday, November 16, 2013

Apa yang membuatkan CoQHealth Plus Unggul?
1:40 AM0 Comments
Ia merupakan kombinasi Coenzyme Q10 untuk jantung dan juga bahan lain seperti Vitamin E dan Green Tea


Coenzyme Q10
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
dalam darah

Vitamin E
• Menguatkan kuasa antikoksida dan salur darah yang sihat

Green Tea
• Meningkatkan pengaliran darah

Ia mempunyai sistem penyerapan yang dipatenkan dan tidak terdapat dalam mana-mana vitamin yang seangkatan dengannya. Kapsul bioavailable dengan sistem penyerapan kacang soya. Mempunyai penyerapan optimum yang efektif.




Jika anda membuat belian vitamin Shaklee berjumlah RM950 ke atas, anda layak untuk mendapatkan sebotol CoQHealth Plus bernilai RM1xx. xx secara percuma!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Reading Time:

Friday, November 15, 2013

FAQ- Shaklee
11:46 PM0 Comments
Daftar Ahli

Yuran keahlian seumur hidup ialah sebanyak RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member starter kit atau anda boleh membuat belian produk bernilai lebih kurang RM680 untuk keahlian secara percuma bernilai RM65.

Modal

Secara amnya anda tidak memerlukan modal. Semuanya hanya dihujung jari. Apabila customer membuat pesanan, mereka perlu bayar dulu . Ini adalah norma untuk perniagaan online. Setelah dapat bayaran customer, kita pula boleh terus membuat pesanan dan pembayaran ke Shaklee melalui Shaklee2u (online). Shaklee pula akan uruskan urusan pengeposan. Mudah bukan?

Perlu diingat, jika mahu bergerak pantas , anda perlukan stok ditangan.

Terpulang kepada anda!

Pendapatan/Bonus

Anda BUAT, anda DAPAT. Bonus yang anda dapat setimpal dengan usaha anda.

Soalan Biasa

Boleh bertahan ke dengan berniaga Shaklee ini?

Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen dan produk keperluan rumah yang mesra alam . Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung.

Produk yang tidak berkesan, tidak boleh bertahan sejauh ini.

Vitamin dan supplemen sudah menjadi keperluan hidup masa kini, ianya akan menjadi permintaan sepanjang zaman dan peluang untuk ‘reapeatition order’ sangat cerah. Maka jangan risau, masa depan kita sangat gemilang bersama Shaklee dengan izinNya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, November 14, 2013

Gila
10:07 PM0 Comments
Kegilaan saya bertandang kembali.

Gila untuk muat naik status di Facebook gambar masakan air tangan suami (pastinya) tapi malangnya saya belum berkesempatan pula hendak muat naik di sini. Apalah ertinya muat naik gambar makanan tanpa resepinya. Betul tak. Ada baiknya saya minta encik suami yang muat naik semua itu di sini.

Tunggu sedikit masa nanti. Semua gambar di bawah ini akan disertakan dengan resepinya sekali. Hingga ke saat itu jom lah cuci mata dulu.





Bila sudah makan yang tinggi kalori ni jangan lupa singkir lemak-lemak jahat tu ye.

Boleh ambil lecitihin dan alfalfa. Selamat tinggal kolesterol jahat

Boleh hubungi saya seperti biasa ya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, November 10, 2013

Bangkit dari Sakit Gigi
8:25 AM0 Comments
Allah…nyamannya pagi ini. Walaupun terlewat seketika melaporkan diri padaMu tapi nikmat berpagi-pagi ini tetap dapat kunikmati. Syukur Alhamdulillah.

Baru pagi ini saya dapat membuka laptop gara-gara sakit gigi dan gusi bengkak malam tadi. Nikmat makan ditarik sedikit malam tadi apabila saya makan jemput-jemput buatan tangan sendiri terkena gigi yang rapuh. Sebenarnya saya sudah lama menangguhkan untuk mencabut gigi itu. Ia sudah pecah dua tiga bulan lepas, oleh kerana tidak sakit, jadi saya menangguh untuk mencabutnya. Inilah kesannya.

Malam tadi sedang asyik makan jemput-jemput ikan bilis, kononnya mengidam, entah macam mana gigi saya jadi sakit sangat dan gusi mula membengkak. Jangan kata hendak mengunyah, hendak mengatup mulut pun terasa sangat sakitnya.

Jadi saya pun mengambil keputusan untuk berehat sepanjang malam tanpa alat komunikasi. Suami dan anak-anak keluar bersama adik –adik ipar. Memang saya tidak bercadang untuk mengikut mereka kerana ada urusan bisnes yang perlu saya selesaikan. Malangnya urusan itu pun tertangguh. Saya gagahkan diri bersolat Isyak.

Sempat juga saya melihat pesanan whatapps yang berjela-jela dari pelbagai penghantar. Oh! Saya dapat tips dari group bisnes Kita Jutawan Shaklee. Sebelum tidur makan Ostematrix dan B complex, untuk tidur yang sangat lena dan bangun pagi keesokannya dengan segar bugar.

Saya pun makan 2 biji b complex dan 4 biji ostematrix. Minum air yang banyak dan terus tidur.

Biarpun bangun lewat sekitar 6:30 pagi, saya bersyukur kerana masih bernyawa dan gigi yang sakit sudah pulih. Alhamdulillah…B complex memang sangat berkesan untuk urat saraf dan Ostematrix 4 biji sudah memenuhi keperluan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk sehari.

Terima kasih rakan bisnes Erna, Azizah, pengasas Kita Jutawan Shaklee-Janet dan pastinya buat sifu Kak Norita Idris atas tips ini. You guys are awesome!

Reading Time:

Friday, November 8, 2013

Nasi Ayam Penyet, Cirit Birit, Nutriferon dengan Performance Drink
10:26 PM 2 Comments
Semalam kami sekeluarga makan di sebuah restoran ayam penyet. Sedap. Alya makan bertambah-tambah. Saya juga. 

Pagi ini saya bangun seperti biasa jam 5 pagi. Biological clock saya memang tepat setiap hari. Sejuk pagi ini. Sakit perut tidak terkata. Semacam memulasnya. Lama saya bertapa di bilik mandi. Aduhai,  ini pasti gara-gara terlebih makan cili ayam penyet.  Lebih setengah jam saya di situ.

Bila keluar bilik air saya rasa sakit yang amat. Rasa hendak menangis. Pukul 6 baru dapat solat Subuh. Suami terjaga bila tengok saya bergulung tarik selimut kembali. Terkejut tengok saya begitu. Saya minta dia uruskan anak-anak ke sekolah.

Anak-anak seperti faham. Kalau mama masih di atas katil waktu pagi begini memang mama kurang sihat. Ini jarang berlaku.  Cuma suami minta saya siapkan baju transit mereka sahaja.

Rasa tak bermaya. Sakit memulas macam nak bersalin.  Selepas anak ke sekolah saya buat 'remedy'  saya sendiri. Satu sachet Nutriferon dengan 250ml air sejuk dan 3 sudu Performance Drink. Kemudian sambung baring tunggu suami pulang bawa sarapan.  Sempat juga pesan roti canai. Hehe.



Beberapa ketika perut yang memulas tadi semakin kurang sakitnya. Lega rasanya.  Tapi tak mampu lagi untuk memandu ke pejabat.  Saya hantar pesanan ke HR dan 'team mate' , mengatakan saya lewat. Suami suruh saya pergi klinik ambil cuti sakit tapi saya tak boleh.  Banyak urusan penyerahan tugas perlu dilakukan hari ini. Yeay...22 hari lagi!

Bila suami pulang kami bersarapan bersama.  Alhamdulillah,  keadaan saya semakin baik.
Untuk semua,  saya cadangkan simpan stok Nutriferon dan Performance Drink untuk situasi kecemasan seperti ini. Tak perlu ambil ubat doktor.
Reading Time:

Monday, November 4, 2013

 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory
8:32 AM 4 Comments
http://atienstory.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Atien

Selamat ulang tahun yang ke 33

Semoga dengan pertambahan usia ini, makin bertambah ilmu, iman dan amalmu. Aku doakan dirimu cepat sembuh, dan tabah menghadapi dugaan hidup kerana Allah mengujimu kerana kasih sayang Nya yang tidak terhitung. 

Semoga Allah memeliharamu seperti mana Allah memelihara orang-orang yang soleh. 

Love,
Normila Muhamad

Reading Time:
Annual Concert & Excellent Awards
8:23 AM0 Comments
Alhamdulillah dengan izin Allah anak-anak saya cemerlang dalam peperiksaan mereka untuk semester terakhir 6 dan 5 tahun. Bangga dengan pencapaian mereka. Sob sob. Sebak rasa mahu menangis, terharu dan gembira. Walaupun mereka masih tadika tapi bagi saya ia memberikan impak yang sangat besar dalam hidup kami suami isteri.
Sebagai seorang ibu yang bekerja pastinya saya kurang memberikan masa dan perhatian kepada mereka. Menghantar mereka ke tadika seawal 8 pagi, kemudian pulang ke rumah untuk menyelesaikan sebahagian kerja di rumah sebelum berdesup ke pejabat tepat jam 9:15pagi.
Kemudian lewat jam 6:40 petang kadangkala jam 7 petang baru mengambil mereka. Bilakah waktu berkualiti kami?
Seingat saya, saya cuma berkesempatan melihat kerja rumah mereka setiap malam. Biasanya mereka sudah menyiapkan nya ketika petang hari di kelas transit. Itu pun kadangkala saya tidak berdaya melihatnya. Letih seharian di pejabat buat saya sedikit culas.
Ada kalanya cikgu kelas mengadu tentang kerja rumah yang tidak siap. Astagfirullah...cuainya saya.
Tentulah saya terkejut bila mengetahui keputusan mereka hari ini. Kedua-duanya mendapat tempat yang pertama dalam kelas. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.  Semuanya di atas kuasa Nya.  Mungkin juga berkat saya mengamalkan surah-surah terpilih dalam al Quran seperti yang disarankan guru/mentor Shaklee saya, iaitu surah yasin, -waqiah dan al mulk setiap pagi usai solat Subuh. Juga zikir-zikir Ya Wahhab, Selawat atas nabi dan istiqamah melakukannya sepanjang hari. Suami juga mengamalkan yang sama. Ilham dari arwah ayahandanya.
Saya percaya juga amalan rohani sebelum tidur sangat membantu. Setiap malam saya dan anak-anak akan membaca surah Fatihah,  4 kul, doa tidur, ayat kursi, ayat baqarah dan minta maaf sesama sendiri.
Memandangkan saya bekerja,  saya kurang menitikberatkan pemakanan sihat kepada mereka. Mereka cuma bersarapan minuman susu atau milo yang dicampurkan dengan meal shakes setiap pagi. Kadang-kadang saya bekalkan sedikit roti atau biskut atau  sekali sekala nasi lemak yang dibeli di kedai (teruknya saya). Mereka makan tengahari di sekolah dan minum petang juga di situ. Makan malam Alhamdulillah suami yang sediakan. Kalau kami lewat, suami akan bawa kami makan di luar sahaja.
Disebabkan itu, saya memilih untuk memberikan anak-anak saya supplement Shaklee.  Pilihan yang terbaik saya kira. Mereka jarang sakit berbanding sebelum ini. Cergas dan cerdas. Supplement sangat penting untuk kanak - kanak seusia mereka kerana perlu tenaga untuk belajar.
Saya berikan mereka Meal Shakes,  Chewable Vita- C,  Omega guard, Performance Drink dan ESP setiap hari.
Percaya doa ibu akan dimakbulkan maka kita cakaplah yang baik-baik, fikir yang baik-baik untuk mereka. Apa yang kita fikir in shaa Allah adalah doa.
Jika anda perlukan supplement untuk anak-anak hubungi saya untuk mendapatjannya. Tips dan konsultasi percuma untuk pelanggan saya.
Reading Time: