Bangkit dari Sakit Gigi - CIK MIL MILA

Sunday, November 10, 2013

Bangkit dari Sakit Gigi

Allah…nyamannya pagi ini. Walaupun terlewat seketika melaporkan diri padaMu tapi nikmat berpagi-pagi ini tetap dapat kunikmati. Syukur Alhamdulillah.

Baru pagi ini saya dapat membuka laptop gara-gara sakit gigi dan gusi bengkak malam tadi. Nikmat makan ditarik sedikit malam tadi apabila saya makan jemput-jemput buatan tangan sendiri terkena gigi yang rapuh. Sebenarnya saya sudah lama menangguhkan untuk mencabut gigi itu. Ia sudah pecah dua tiga bulan lepas, oleh kerana tidak sakit, jadi saya menangguh untuk mencabutnya. Inilah kesannya.

Malam tadi sedang asyik makan jemput-jemput ikan bilis, kononnya mengidam, entah macam mana gigi saya jadi sakit sangat dan gusi mula membengkak. Jangan kata hendak mengunyah, hendak mengatup mulut pun terasa sangat sakitnya.

Jadi saya pun mengambil keputusan untuk berehat sepanjang malam tanpa alat komunikasi. Suami dan anak-anak keluar bersama adik –adik ipar. Memang saya tidak bercadang untuk mengikut mereka kerana ada urusan bisnes yang perlu saya selesaikan. Malangnya urusan itu pun tertangguh. Saya gagahkan diri bersolat Isyak.

Sempat juga saya melihat pesanan whatapps yang berjela-jela dari pelbagai penghantar. Oh! Saya dapat tips dari group bisnes Kita Jutawan Shaklee. Sebelum tidur makan Ostematrix dan B complex, untuk tidur yang sangat lena dan bangun pagi keesokannya dengan segar bugar.

Saya pun makan 2 biji b complex dan 4 biji ostematrix. Minum air yang banyak dan terus tidur.

Biarpun bangun lewat sekitar 6:30 pagi, saya bersyukur kerana masih bernyawa dan gigi yang sakit sudah pulih. Alhamdulillah…B complex memang sangat berkesan untuk urat saraf dan Ostematrix 4 biji sudah memenuhi keperluan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk sehari.

Terima kasih rakan bisnes Erna, Azizah, pengasas Kita Jutawan Shaklee-Janet dan pastinya buat sifu Kak Norita Idris atas tips ini. You guys are awesome!

No comments: