Nasi Ayam Penyet, Cirit Birit, Nutriferon dengan Performance Drink

10:26 PM

Semalam kami sekeluarga makan di sebuah restoran ayam penyet. Sedap. Alya makan bertambah-tambah. Saya juga. 

Pagi ini saya bangun seperti biasa jam 5 pagi. Biological clock saya memang tepat setiap hari. Sejuk pagi ini. Sakit perut tidak terkata. Semacam memulasnya. Lama saya bertapa di bilik mandi. Aduhai,  ini pasti gara-gara terlebih makan cili ayam penyet.  Lebih setengah jam saya di situ.

Bila keluar bilik air saya rasa sakit yang amat. Rasa hendak menangis. Pukul 6 baru dapat solat Subuh. Suami terjaga bila tengok saya bergulung tarik selimut kembali. Terkejut tengok saya begitu. Saya minta dia uruskan anak-anak ke sekolah.

Anak-anak seperti faham. Kalau mama masih di atas katil waktu pagi begini memang mama kurang sihat. Ini jarang berlaku.  Cuma suami minta saya siapkan baju transit mereka sahaja.

Rasa tak bermaya. Sakit memulas macam nak bersalin.  Selepas anak ke sekolah saya buat 'remedy'  saya sendiri. Satu sachet Nutriferon dengan 250ml air sejuk dan 3 sudu Performance Drink. Kemudian sambung baring tunggu suami pulang bawa sarapan.  Sempat juga pesan roti canai. Hehe.



Beberapa ketika perut yang memulas tadi semakin kurang sakitnya. Lega rasanya.  Tapi tak mampu lagi untuk memandu ke pejabat.  Saya hantar pesanan ke HR dan 'team mate' , mengatakan saya lewat. Suami suruh saya pergi klinik ambil cuti sakit tapi saya tak boleh.  Banyak urusan penyerahan tugas perlu dilakukan hari ini. Yeay...22 hari lagi!

Bila suami pulang kami bersarapan bersama.  Alhamdulillah,  keadaan saya semakin baik.
Untuk semua,  saya cadangkan simpan stok Nutriferon dan Performance Drink untuk situasi kecemasan seperti ini. Tak perlu ambil ubat doktor.

You Might Also Like

2 comments

  1. Nutriferon utk apa je mil..rasa oren ke?sorry mil aku ni asik tanye je..bli x jugk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nutriferon ni mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan sistem imun badan secara semulajadi. jadi tak yah la amik panadol atau yg ada drugs. klu demam ke selesema ke elok amik ni. cepat berkesan. yang rasa oren tu performance drink. mcm air isotonik lain tapi dlm bentuk serbuk, bancuh dgn air sendiri. bagusnya performance ini dia bg tenaga karbohidrat dlm badan. sesuai utk anak2 yang sekolah, yang aktif bersukan .

      Delete