Resepi -Chicken Stew

11:13 PM

Rentetan banyak permintaan dari teman-teman Facebook,  saya dengan ini nak 'up' resepi Chicken Stew. Ingatkan senang je sekali encik suami bagi tau aduhai, mencabar kewanitaan saya juga ni. Ok, kita mulakan ya.



Bahan-bahan untuk perapan.

500gm ayam yang sudah dicuci. Preferable ayam yang bertulang seperti rusuk, peha atau kepak
7 ulas bawang putih dicincang
1cm halia dicincang
Satu sudu teh minyak zaitun
Bahan perasa seperti garam dan mixed spice (boleh didapati di pasaraya)
Perap kesemua bahan selama satu malam di dalam peti sejuk bahagian 'Chiller'. Biasanya suami buat lepas makan malam untuk masakan esoknya.

Yang sebenarnya encik suami nak perap ayam ni untuk buat ayam bakar.  Bila tiba masa nak masak tukar cara pulak.

Bahan-bahan tumis

Sebiji kentang dipotong 6
Sebiji lobak merah dipotong 6
1 biji tomato
2 helai dried Bay leaves
Satu sudu teh Thyme
Satu sudu teh dried parsley
Setengah sudu teh minyak habbatus sauda (optional)
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
3 biji cili padi-ikut citarasa
Daun sup untuk hiasan
Sedikit tepung jagung

Cara-caranya

Panaskan kuali. Kemudian masukkan ayam yand diperap sehingga naik bau. Masukkan kentang dan lobak merah. Campurkan air sehingga menutupi paras ayam. Reneh beberapa. Apabila mendidih masukkan  cili padi, thyme, bay leaves dan dried parsley.
Reneh sekitar setengah jam sehingga kuah pekat. Pastikan api perlahan. Tutup periuk.
Setelah itu masukkan bahan perasa seperti garam dan lada hitam. Seimbangkan rasa masin, pedas dan manis. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Biar seketika.  Rasa dan hias dengan daun sup. Angkat.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Tips masakan
1. Untuk menjadikan masakan menarik main dengan warna. Bukan kaler luna ye. Tapi bahan-bahan mesti berwarna untuk nampak menyelerakan.
2. Main dengan rasa supaya seimbang masin, manis, masam dan pedas.
3. Gunakan perasa semulajadi seperti daun-daun herba untuk rasa yang sedap dan menyihatkan.

You Might Also Like

4 comments

  1. agk2 kalau ai gaul2 je smua msuk dlm microwave jd x? hehe..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh terer dah tuhhh.... siap bole bg tips lagi.... Well done dear.....

    ReplyDelete
  3. Kalau nak gaul2 sume tuh, pastu nk masuk microwave.......eeerrrrrr itu x pernah buat lagi.... tapi klu nk try ape salahnyer..... agak2 x jadi tukar plan jadi sup ayam pulak......

    ReplyDelete