Mencipta Anak Soleh - CIK MIL MILA

Sunday, December 15, 2013

Mencipta Anak Soleh

Teks: Diari Islamiah 1434-1435/Normila Muhamad
Foto: Carian Google

Berikut ialah amalan-amalan soleh yang boleh kita lakukan ke atas anak-anak kita. Mudah-mudahan berkat usaha dan doa yang sering kita hadratkan kepada Allah SWT dimakbulkan olehNya

1. Setiap malam apabila anak-anak sedang tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100kali

2. Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


Ya, saya sudah mengamalkan sebahagian dari itu, Alhamdulillah nampak bezanya. Mereka lebih berlemah lembut berbanding sebelum ini. Anak-anak adalah amanah dari yang Esa, sudah pasti bukan milik kita, mereka adalah pinjaman semata-mata. Semoga kita berjaya melaksanakan amanah ini sebaik-baik mengikut syariat yang ditetapkan oleh agama Islam. Saya mengharapkan kami suami isteri istiqamah dalam melakukan amalan-amalan soleh ini. Aamiin Ya Rabb.

Sebagai tambahan, marilah kita berikan makanan yang halal dan toiyiban malah berkhasiat buat anak-anak kita. Mungkin pembaca boleh mempertimbangkan vitamin tambahan untuk anak-anak. Saya sangat menggalakkan vitamin Shaklee. Ianya bukanlah semata-mata kerana untuk meningkatkan jualan saya, tetapi kerana tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat. Selain mengharapkan kesihatan kepada anak-anak generasi kita, saya amat mendambakan keredhaan Allah Taala.

Vitamin apa yang terbaik buat anak-anak

1. Omega Guard –Membantu tumbesaran dan perkembangan otak serta perkembangan memori anak-anak. DHA adalah nutrient utama untuk otak, system saraf dan retina. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran. Memelihara penglihatan dan pendengaran. Meningkatkan system imun.

2. Meal Shakes-Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Membantu tumbesaran anak-anak. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar. Rasanya yang lazat menambah selera makan anak-anak. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

3. Chewable Vita-C Plus-Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat. Meningkatkan sistem imun tubuh. Sangat sesuai untuk orang kanak-kanak kerana tablet mudah dikunyah seperti gula-gula.sukar atau tidak suka makan pil atau tablet. Rasa oren yang semulajadi, selamat dan tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg.

Lebih banyak tips akan dikongsikan. Selamat membaca entri saya yang seterusnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments: