2014 - CIK MIL MILA

Friday, December 5, 2014

Recycle: Air Basuhan Ikan dan Air Beras
5:14 PM0 Comments
Dulu-dulu kan, arwah mak saya selalu  simpan  air basuhan  ikan, ayam dan juga air beras. Katanya  untuk menyiram  pokok-pokok yang ditanamnya supaya subur dan sihat. Memang  benar, pokok-pokok  yang arwah mak tanam memang  segar bugar. Sejuk air tangan  arwah  mak. Tanam apa  je mesti hidup  dan  mendatangkan  hasil. Alhamdulillah, atas izinNya juga.
Saya dah lama lupa petua arwah  mak ni. Selalunya  saya buang air basuhan  begitu sahaja. Sejak saya pergi  Forum Perdana  Ehwal  Islam  di Masjid Besi oleh Ustaz Badlishah, Ustaz Kazim Elias dan juga Us. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Ustaz Kazim mengingatkan  kami tentang usaha mengguna semula  bahan buangan ini. Syukur saya pun mula insaf dan mulakan  usaha  murni ini. Hehe!

Mari kita kitar semula  kawan-kawan!

Mentang-mentang tengah sibuk dengan hobi gardening kan? weeee

Tadi, saya masak Kari Ikan Merah, permintaan anakanda Nurin. Saya baru aje mula ni. Basuh-basuh ikan, terus simpan dalam botol plastik air mineral dan label. Oleh kerana dah tengahari, saya simpan lah ini untuk petang nanti, kalau terlupa boleh buat untuk esok. Tu yang sibuk dok label-label. Arwah mak cakap, siram pokok bunga atau pokok-pokok yang kita tanam ketika cuaca redup. Kalau panas-panas nanti pokok melecur. Betul atau tidak saya pun tak pasti la. Saya ikut aje cakap arwah mak. 

Saya dan Nurin tenga berkobar-kobar ni nak bercucuk tanam. Nak mulakan semula taman herba. Nak educate anak-anak tentang berkebun, herba dan sayur-sayuran. Aktiviti cuti sekolah la katakan. Selari dengan moto Shaklee, Always Safe, Always Work, and are Always Green.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Reading Time:
 Sakit dan Gusi Berdarah Semasa Mengandung
4:59 PM0 Comments
Agak-agak selain perut wanita mengandung, ada lagi tak bahagian lain yang membengkak? Hehe.... jangan jiwa membengkak sudahlah!

Jom kita renung-renung, memang banyak bahagian wanita yang berubah ketika kehamilan. Memang ketara tetapi paling dibimbangi bila gusi membengkak dan berdarah. Darah-darah ni memang mengerikan. Loya tekak terus nak muntah.

Ketika hamil, gusi ibu menjadi sangat lembut, fragile, bengkak, merah, sensitif dan terdedah kepada pendarahan terutama ketika memberus gigi apatah lagi ketika flossing. Saya memang tak berani sangat nak flossing memang berdarah!

Apa yang menyebabkan gusi sakit dan berdarah semasa hamil?

Hormon-hormon kehamilan menyebabkan membran mukus ibu hamil membengkak (dan sinus juga tersumbat) menjadikan gusi membengkak dan cenderung untuk mudah berdarah. Hormon juga membuatkan mulut ibu hamil lebih terdedah kepada bakteria dan plak, dan boleh menyebabkan radang gusi dan kerosakan gigi pada beberapa wanita jika tidak ditangani dengan baik.Jadi, ibu hamil sebelum tidur pastikan memberus gigi.

Seperti yang kita sedia maklum, air liur dalam mulut kita merupakan antibodi kepada tubuh badan manusia yang dirembeskan ketika tidur. Tak tahulah macam mana saya nak terangkan, yang pasti sebelum tidur, gosoklah gigi, tidur dan bila bangun tidur, minumlah air masak (seolah-olah berkumur dan telan air masak itu) sebelum menggosok gigi pada waktu pagi itu. Bukan sahaja sebagai antibodi, ia juga menyegarkan pagi kita dan baik sangat untuk percernaan!

Sebenarnya, bengkak sikit adalah perkara biasa, tetapi jika gusi berwarna merah menyala, sangat sakit dan mudah berdarah (berus gigi berubah kepada warna merah jambu, atau anda meludah darah keluar apabila anda membilasnya), anda mungkin mempunyai gingivitis - radang gusi itu ringan dan tidak berbahaya. Tetapi gingivitis boleh menjadi lebih serius dipanggil periodontitis, itulah sebabnya penjagaan gigi yang baik adalah sangat penting (kajian juga telah menunjukkan bahawa periodontitis semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan anak berat badan yang terlalu awal atau kelahiran yang rendah atau bahkan boleh membawa kepada preeklampsia).

Apa yang patut kita buat jika ini terjadi?
  • Buat pemeriksaan doktor. Cuba untuk melawat doktor gigi anda sekurang-kurangnya sekali selama kehamilan anda untuk pemeriksaan dan pembersihan - tetapi pastikan untuk memberitahu doktor gigi anda hamil, elakkan X-ray.
  • Jaga gigi anda. Berus dan flos seperti anda bermakna ia (cuba untuk melakukan kedua-duanya dua kali sehari) secara tetap. Gunakan berus yang lembut dan selesa.
  • Berus lidah anda. Bukan hanya gigi  yang memerlukan penjagaan - memberus lidah  juga membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria di dalam mulu.
  • Makan makanan yang seimbang. Pastikan pengambilan vitamin C yang cukup dalam diet anda, yang menguatkan gusi dan mengurangkan gusi berdarah. Penuhi keperluan kalsium setiap hari untuk menjaga gigi anda (dan tulang) yang kuat.
Saya sendiri mengalami gusi berdarah sekali sekala tetapi tidaklah kerap berbanding dulu-dulu. Apa saya buat? Saya cuma pastikan saya makan Vita-C 500mg sekurang-kurang sebiji sehari. Kadangkala lebih dari itu. Ostematrix juga saya tidak berani langkau. Haha.. kerana saya tahu diri saya. Jika saya termiss makan Vita-C ataupun Ostematrix memang akan terjadilah episod gusi berdarah! Yewwwwwwwwww... saya tak suka!!



Ibu hamil semua, jom consume dua-dua vitamin ini. Kalau anda dah consume set hamil, tak payah dah nak tambah-tambah lagi. Best kan??

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kemaruk Meroti !
4:07 PM0 Comments
Serius!

Suka sangat mencuba sesuatu yang baru di dapur. Kali ini suka nak meroti pula walaupun tanpa Bread Maker. Gigih ibu mengandung ni nak buat roti. Suami layankan sahaja. Dia bawa saya ke bakery shop untuk menggembirakan saya! Haha... Menggembirakan isteri juga adalah nafkah batin. Ye betul!! Suami saya memang hebat bab-bab ini. 

Roti pertama yang saya cuba ialah roti pizza ( saya yang panggik roti pizza, tapi kalau ikut resepi mereka panggil roti sosej. Resepi ini saya merujuk kepada blog otai masakan iaitu Che Mat Gebu. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih CMG!


ROTI SOSEJ "BSN" DAN SOSEJ BLOSSOM

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
10 batang sosej Ayamas, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos tomato, untuk hiasan
Mix vege (karot, kacang pis, jagung), untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH ROTI :- Masukkan yeast dalam bekas bersama 10 gram gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu, gaul tepung, baki gula halus, bread improver, bread softerner, garam halus dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah2 bancuhan tepung. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan2 hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa berhenti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap (selalunya BM akan mengadun selama 30 minit tanpa henti, dan memerap selama 1 jam),
  2. UNTUK ROTI SOSEJ "BSN DAN BLOSSOM :- Tabur sedikit tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (mat timbang 50 gram sebiji). Bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1 bahagian, leperkan sedikit dan canai memanjang sehingga mendapat ukuran sama dengan panjang sosej (seperti gambar di atas). Balutkan sosej tadi dengan doh roti.
  3. Kelar sosej hingga putus pada 8 bahagian, seperti dalam gambar. Kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 keratan ke kiri, buat hingga siap, itu untuk gaya BSN. Untuk gaya blossom pula, cuma perlu tolak keluar keratan sosej tadi dan pusingkan hingga membentuk bunga. Keratan terakhir anda letak di bahagian tengah. Kemaskan dan alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap dan perap 30 minit.
  4. Sapu dengan kuning telur (baki dari 30 gram tadi), kemudian paipkan sos tomato dan diikuti mayonnaise. Tabur dengan mix vege, rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!...
Lepas menguli. Lenguh jugak ler

Selepas diperam selama sejam

Sebelum dihias-peram selama 8 minit

Bahan tambahan

Selepas dihias

Bakar sampai masak

Assistan yang Berdedikasi
Dah siap!!
Ini merupakan aktiviti bersama anak-anak. Mereka memang suka menolong saya di dapur. Cuma kena bersabar dengan rumah yang berselerak selepas itu. 
Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Keputihan Ketika Hamil
3:14 PM0 Comments
Dulu saya memang alami masalah keputihan ketika hamil. Kedua-dua pregnancy saya memang banyak discharge yang keluar. Terpaksa pakai panty liner dan kadangkala membawa bekalan seluar dalam dalam handbag. Sangat annoying. Ia berlanjutan selepas hamil. Bila hendak bersama suami  suami terpaksa lah saya usahakan sesuatu supaya selesa, berkeyakinan dan berbau harum.


Sekarang saya tiada masalah itu, saya amalkan vitamin Shaklee sepenuhnya. walaupun dulu saya makan ubat doktor, suppository.... semua nya hanya sementara. Tidak bertahan lama dan berulang kembali tapi dengan vitamin, saya rasa sangat selesa. Tiada bau yang tidak menyenangkan.Saya lebih selesa dan berkeyakinan. Memang benarlah pepatah kata Inggeris 'beauty from within'. Vitamin bukan sahaja untuk kesihatan secara khusus, ia juga sangat baik untuk penyelesaian masalah kewanitaaan.

Kehamilan kali ini pun saya saya tiada masalah itu. Tahap kesihatan lebih membanggakan. Saya lebih bertenaga dan menggila di dapur dan mencuba pelbagai resepi. Layanan untuk suami tetap first class. Rindu sentiasa membuak-buak. Tak cukup dengan call 2 atau 3 sehari, whatapss pula tanpa henti jika suami tidak sibuk.

Vitamin apa yang saya amalkan ketika hamil? Hanya set kehamilan yang terdiri daripada

1. Vita-Lea
2. B-Complex
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. OmegaGuard
5. Ostematrix
6. ESP

Kombinasi ini bukan sahaja untuk kehamilan, tetapi sangat membantu mengatasi masalah keputihan dan masalah letih lesu sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma sila hubungi saya ye. Salam sayang.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Reading Time:
Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka Gardening: Part 2
2:57 PM0 Comments
Bahagian depan rumah memang semak sebenarnya. Lupa pula nak ambil sebelum aktiviti penebasan. Heheh. Saya bertanggungjawab mencantas dahan-dahan pokok yang kecil-kecil. Bab-bab menogelkan pokok memang favourite saya. Jom tengok apa yang saya dah buat dengan pokok mulberry, pokok limau purut, pokok buah ajaib (ni encik suami bagitahu) dan anggur (sikit-sikit je).

Pokok Ajaib (tak tahulah apa yang ajaibnya)

Pokok Limau Purut

Pokok Mangga

Pokok Mulberry

Yang paling best, waktu kami melakukan aktiviti ini, hujan lebat betul. Sempatlah suami saya mandi hujan tu. Saya berteduh bawah porch sambil memotong dahan-dahan pokok mulberry. Lepas tu saya tanam balik semula. Seronok.
Selepas 12 hari

Berpasu-pasu saya tanam

Hari Isnin baru ni ( saya tanam Isnin minggu lepas , kira dah seminggu) dahan kecil yang saya cucuk tu dah mula bercambah! Subhanallah...seronok sangat.

Kalau menjadi pokok mulberry ni, saya nak sedekahkan sebahagiannya kepada yang mahu.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, December 4, 2014

Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka 'Gardening' Part 1
4:21 PM0 Comments
Saya suka bercucuk tanam. Dari kecil saya memang suka 'kacau' pokok-pokok bunga atau pokok sayur arwah mak saya. Ingat lagi saya kena cubit sebab memetik bunga ros kesayangannya. Aduhai, pedih betul, sampai sekarang saya ingat. Arwah mak suka juga tanam sayur, bila dia meninggal, kami adik beradik masih sempat merasa bendi yang ditanamnya sebelum dia pergi. Hmm.. rindu betul padanya.

Penyakit bercucuk tanam ni, berjangkit pula kepada suami saya. Macam-macam pokok dia tanam. Padahal kawasan cuma sekangkang kera je. Merasa juga air tangan dia, pokok jambu air, mangga, mulberry, kedondong, anggur, delima, limau purut, kari, pandan dan pelbagai lagi. Itu tak masuk pokok-pokok yang dah jadi arwah seperti serai, serai wangi, lemon, mas cotek etc. Banyak kalau saya nak list kan. 

Saya akan join dia bila dia mula menjalankan aktivitinya. Kalau dia tak ada, tidaklah saya buat sorang-sorang. Saya ni penakut. Kot-kot keluar katak ke, siput ke, cacing ke...errr... 

Sejak dia sibuk dengan kerja dan aktiviti lain, pokok-pokok yang ditanam dia biar macam tu aje. Dah seperti hutan rumah kami. Kadang-kadang saya tegur juga sebab bila keluar rumah, bangla yang potong rumput tu mesti hon saya untuk ambil dia potong rumput. Rimas betul! Suami kata dia akan uruskan. Jangan risau. Tapi saya tetap juga bebel. Heheh.

Suatu hari tu, entah mengapa, datang pula rajin suami saya. Dia tebang pokok jambu yang sudah merimbun, dan segala pokok di belakang rumah. Saya pun excited, join sekali lah! Saya ambil cangkul dan cangkul serba sedikit pokok-pokok kecil yang tumbuh. Kebanyakannnya anak pokok kari. Sambil-sambil tu saya mencantas pokok limau purut yang sangat meriah. Terkejut suami tengok saya kuat menyangkul. Jangan terkejut ye mak yong bukanlah manja sangat orangnya. Berkat kuasa Allah, semangat gardening dan vitamin-vitamin Shaklee yang saya makanlah ni. Kalau tidak, tak kuasa juga! Habis gondol pokok kari dan pokok limau purut saya kerjakan. Semoga tumbuhlah daun-daun yang lebih meriah dan segar selepas ini. 

Gondol Pokok Jambu Air

Kiri - Pokok Limau Purut, Kanan-Pokok Kari

Part 2 nanti saya cerita bahagian depan pula. Heheh.


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Reading Time:
Kelebihan Vitamin C Shaklee
3:19 PM0 Comments
Bulan ni bulan promosi Sustained Release Vita-C Plus. Jangan lepaskan peluang berharga ini. Memang 'rare' lah promosi vitamin C ni. 

Sumber: Google


Vitamin C dikenali sebagai the 'do-everything' nutrien, merupakan antioksidan yang sangat baik yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia. Badan kita memerlukan vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit, kolagen, tulang, gigi, gusi, otot, tulang rawan, kulit dan saluran darah. Selain daripada itu, vitamin C juga boleh membantu melindungi sel-sel terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, tekanan, asap dan tabiat makan yang buruk.

Tubuh kita tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C, dan oleh kerana ia hilang semasa beraktiviti setiap hari, ia memerlukan pengisian semula yang berterusan. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis buah-buahan sitrus yang kita makan sehari-hari sebenarnya membekalkan hanya sedikit vitamin C. Buah oren sederhana misalnya, hanya mengandungi 66mg vitamin C, separuh grapefruit (limau gedang) mengandungi hanya kira-kira 37mg. Sustained Release Vita-C Plus membantu untuk menyediakan vitamin C yang diperlukan secara semulajadi.

Dalam banyak-banyak vitamin C di pasaran, mengapa kita perlu memilih Shaklee?
  • Semua sumber semulajadi, potensi tinggi 500mg vitamin C. Shaklee menggunakan vitamin C yang diperolehi daripada kanji jagung (semula jadi-sumber vitamin C) untuk menyediakan sebahagian besar tuntutan label vitamin C. Vitamin C yang dihasilkan dengan cara ini adalah sama  dengan molekul yang berlaku dalam buah-buahan sitrus.
  • Sistem pelepasan masa vitamin C ke dalam badan kita selama 5 jam, memastikan tubuh kita mendapat vitamin C apabila badan kita memerlukannya. Ianya setaraf dengan memakan 1.5 biji oren, setiap jam, selama 5 jam.
  • Shaklee meniru 'Mother Nature' dengan menambah kepada  tablet bahan-bahan semulajadi lain yang mengandungi vitamin C dan sebatian yang berkait rapat dengan vitamin. Ianya diperkaya dengan120mg Citrus Bioflavonoids Complex. Fungsi bioflavonoid ialah untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dan memanjangkan keberkesanannya. 
 Dapatkan harga promosi Vitamin C 500mg. Beli 6 percuma 1 @ beli twin pack dengan harga 5% diskaun.



Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Reading Time:
Pantang Larang Minum Susu untuk Ibu Mengandung
2:05 PM0 Comments
Entry ini khas untuk ibu mengandung yang ada GDM ye. Ini adalah khidmat nasihat dari dietitian atau pakar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh kerana saya sendiri GDM jadi saya 'layak' untuk di konsultasi. Hehe. 
Sumber: Google


Ibu mengandung yang ada GDM tidak boleh atau tidak digalakkan minum apa jua susu khas ibu mengandung. Menurut kata puan dietitian tu kerana susu untuk ibu mengandung diperkayakan dengan kandungan zat besi yang tinggi. Apabila zat besi tinggi rasa susu agak pahit dan tidak sedap. Untuk menyedapkan rasa susu, pengeluar menambah kandungan gula yang banyak. Haaa... sebab tu la susu ibu mengandung manis.

Ibu-ibu yang tiada masalah GDM atau diabetik jangan risau. Teruskan minum jika anda suka. Nasihat saya, jika anda ingin kalsium , magnesium , vitamin D yang cukup untuk keperluan diri dan bayi dalam kandungan tanpa mengambil risiko ambillah supplement dari Shaklee iaitu Ostematrix. Yang pasti tiada gula dan satu hidangan sehari mencukupi tanpa perlu minum susu lagi.

Saya dah rasa bezanya. Kaki saya tidak kejang lagi. Tidur lena dan pagi yang segar. Nak rasa pengalaman yang sama? Jom hubungi saya!
Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, November 30, 2014

Annual Concert and Annual Awards Tadika Restu 2014
8:32 AM0 Comments
Unbelievable but she did it again! Nurin Alya Fatihah berjaya merangkul anugerah Excellent Student for Year 2014. Rasa nak hug dia masa event tu tapi sebab dia sibuk menjadi Mistress of Ceremony. Anyway, I feel bad sebab underestimate dia yang bijak ini. Sorry girl. I love you...

Curi-curi snap!

Bersama owner of the tadika Restu, Puan Sapiah
Best Student 2014
Mistresses of Ceremony

MC

Tahun lepas Kakak Nurin dapat award yang sama, both of them dapat nombor satu. This year giliran Alya pula. Alhamdulillah. Syukur kepada Illahi. Semoga kecemerlangan ini berkekalan sampai bila-bila. Menjadi anak-anak yang solehah, selamat dunia akhirat.

Big gal!


I am amazed bila tengok persembahan anak-anak tadika ini. Sangat berbakat. Lebih hebat koreografer mereka iaitu cikgu-cikgu Tadika Restu. Hats off to the teachers. Congratulations!

Photo Credit: FB Teacher Ida

We will miss Tadika Restu surrounding. Sapa-sapa yang duduk berdekatan Taman Putra Perdana ni, digalakkan anda mendaftar tadika anak-anak di sini. In shaa Allah, berbaloi-baloi. They can read in 2-3 weeks time! Even the parents were thought how to train the kids at home.

Ada 24 persembahan oleh kanak-kanak dari 2 buah Tadika Restu ini. Alya menyertai 3 persembahan. Antaranya:

Malay Traditional Dance: Joget Senyum Memikat

Story Telling: Si Ayah Katak yang Sombong




English Dance: Bara-Bara Bere-Bere

Semoga anak-anak kita meneruskan kecemerlangan di dunia dan akhirat!

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, November 19, 2014

Sakit!
4:36 PM 2 Comments
Tadi saya dengar IKIM FM bersama Prof. Dr.Abdul Latiff Mohamad, Dekan CUCMS. Tajuknya "Halalkah Ubat Anda?- Kesan Memilih Produk Farmaseutikal Secara Tidak Berhemah". Seronok dan sangat bermanfaat mendengarnya. Rasa menusuk jiwa raga sebab terkena betul-betul ke batang hidung sendiri.

Pendekatan Prof ni lebih kepada holistik. Kenapa kita sakit? Tak tahu macamana nak explain sebab tak boleh nak note down kerana saya tengah drive tadi. Yang saya faham, sakit itu adalah anugerah dari Allah, penawarnya juga ialah dari Allah.

Ada terselit sedikit cerita, dari Ibnu Abbas tentang seorang wanita yang sakit epilepsi datang bertemu Rasulullah mohon Rasulullah mendoakan kesembuhan untuknya kerana apabila sakit epilepsi itu datang menyerang, maka auratnya akan terdedah. Maka Nabi Muhammad (SAW) berkata, ‘Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia berkata lagi, ‘Tatkala penyakit epilepsi itu menyerangku, auratku akan terbuka, maka doakanlah agar auratku tidak terdedah.’
Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sebenarnya sakit itu adalah laluan mudah untuk kita meraih keampunan Allah, dengan syarat kita bersabar. Mudahnya berkata sabar, tapi untuk melaksanakannya sangat sukar. Semoga saya tetap istiqamah bersabar. Tidak mengeluh dan tetap taat mengabdikan diri kepada yang Esa.

Dan lagi, apa yang saya faham, bila kita ditimpa sakit hendaklah kita redha dan sabar. Tetap beramal soleh dan berusaha untuk sembuh mengikut syariat. Janganlah kerana terlalu mahukan sembuh sehingga kita sanggup mensyirikkan Allah, mengambil ubat-ubatan yang haram dan terlarang. Sedangkan ketika kita sakit, kita sedang dalam proses untuk mendekatkan diri kepada Allah. Untuk sembuh memerlukan proses. Jangan tergopoh gapah mencari ubat magik, sakit hari ini sembuh keesokkan harinya. Sedangkan sakit itu datang pun memakan masa.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:

Tuesday, November 18, 2014

Birthday Party: Frozen Theme
12:25 AM0 Comments
Ini bukan birthday party anak-anak saya yer. Tak mampu lah kami nak buat begini. Selalunya birthday party anak-anak (Read: more to doa selamat keluarga aje) secara kecil-kecilan untuk keluarga terdekat.

Ini party class mate Nurin, kembar Natasha & Alayna dengan adik bongsu mereka Dinara. Tiga orang birthday girls!. Kebetulan saya dan nenda mereka sering bertemu sewaktu mengambil Nurin pulang dari sekolah. Kagum dengan kesungguhan mommy mereka. Rasanya sudah dirancang sejak 4 @ 5 bulan lepas lagi. Kalau saya tak silap!

Inilah birthday girls nya... Beautiful!

M



Candy buffet Frozen



Our favourite. Its kambing bakar!


Some of the candy buffet items








Save for the kids yang sibuk dengan magic show and games


MB pun sibuk!!!


 Tumpang sekaki

Magic show




Its Olaf!


This is what we brought back to our house. Dah macam mini Frozen party pulak




Thank you for inviting us Soosan, Datin and family! We had fun and the food was awesome!




Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: