January 2014 - CIK MIL MILA

Thursday, January 16, 2014

Tips Memilih Pusat Jagaan Kanak-Kanak
5:00 PM0 Comments
Baca tajuk tu macam serius je kan? Memang kali ini saya mahu kongsi isu yang serius.

Seringkali kita dengar berita yang kurang enak tentang kemalangan di pusat jagaan kanak-kanak. Membuatkan saya sedih sangat. Saya membayangkan anak-anak saya. Syukurlah setakat ini tiada yang buruk berlaku. Oh! Ada juga, tapi tidaklah serius. Bukan ambil remeh tentang perkara sebegini, adakalanya kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan kepada pengasuh. Perlu ada toleransi, walaupun begitu ada hadnya. Saya selalu ingat pesan seorang ustazah, sebaik-baik penjaga ialah Allah Taala. Kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita. Jika Allah dah takdirkan ianya berlaku, ia akan berlaku. Yang penting ialah bagaimana kita memberi reaksi ke atas situasi itu. Kalaupun kita yang menjaga mereka sendiri, tidak ada jaminan anak-anak kita selamat. Pokok pangkal, kembali kepada yang asas. Ambil langkah-langkah keselamatan dan saya ingin kongsi sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan.

Apabila memilih pusat penjagaan kanak-kanak

1. Pilih dengan bijak.
Saya yakin seorang ibu ada ‘instinct’ atau gerak rasa. Percaya rasa hati anda wahai ibu. Sungguhpun begitu, pastikan pusat jagaan yang telah dipilih atau disenaraipendek adalah berlesen. Ini bermakna penyedia penjagaan dilatih sepenuhnya dan kelulusan yang disahkan telah diperolehi. Jangan gusar untuk bertanya. Biasanya pusat jagaan akan memaparkan lesen mereka di situ.

Tips: Pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar pastinya tersenarai di laman web JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat ) atau anda boleh juga layari www.babycenter.com.my

2. Buat Kejutan!
Beranikan diri untuk melakukan pemeriksaan atau ‘spot check’ di pusat jagaan itu. Bukanlah maksud saya datang ke situ semata-mata untuk memeriksa. Sebaiknya buatlah seolah-olah anda terlupa membawakan baju atau botol susu pada waktu yang ‘pelik’. Perhatikan pengasuh dan keadaan sekeliling. Mungkin jam 10 pagi atau waktu makan tengahari. Ia tidaklah pelik atau menakutkan apabila ia melibatkan keselamatan anak anda

3. Buat kira-kira
Bukan kira duit ye.Hehe. Di pusat penjagaan kanak-kanak , nisbah kanak-kanak kepada penjaga adalah seperti berikut

1:5 ( untuk bayi kurang daripada tiga tahun )
1:10 (untuk kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun)
1:4 ( untuk kanak-kanak kurang upaya berusia kurang daripada empat tahun )

Kalau terlalu ramai kanak-kanak tapi sedikit pengasuh, anda tahu apa anda perlu buat.

4. Memeriksa Kakitangan
Bukanlah mahu selidik seperti temuduga (boleh juga kalau anda mahu), tapi lebih baik perbualan secara santai untuk memastikan mereka sedar prosedur kecemasan dan menyediakan mereka dengan nombor telefon alternatif (nombor telefon kawan-kawan rapat/jiran) sekiranya mereka tidak dapat menghubungi anda

Tahukan anda bahawa 52% daripada pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang terkenal adalah tidak berlesen atau tidak berdaftar dengan JKM

Ketika saya masih bekerja, saya memang memilih pusat jagaan yang dekat dengan rumah dan kos yang rendah. Ketika itu hanya RM250 untuk seorang bayi. Sekarang saya pasti lebih tinggi dari itu. Alhamdulillah...dengan rahmatNya, anak-anak saya selesa di situ dan punya ramai kawan. Walaupun masing-masing sudah tidak tinggal di situ, mereka masih berjumpa di Sekolah Kebangsaan dan masih bertegur sapa!

Bukan saya sahaja, saya pasti memang lebih mudah bagi ibu bapa untuk memilih pusat jagaan yang dekat dengan yuran yang rendah. Samada ianya didaftarkan atau tidak, bukanlah menjadi kebimbangan mereka. Walau bagaimanapun ingatlah! Pusat jagaan yang tidak didaftarkan atau tidak berlesen tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu berlaku. Walaupun kita rasa kita boleh saman mereka, jangan terkejut jika kita pula yang dipersalahkan kerana memilih pusat jagaan yang tidak berlesen!

Lagi tips, berbaik-baiklah dengan pengasuh anak-anak kita. Mereka juga manusia seperti kita. Ada rasa letih, penat dan tertekan. Berkomunikasilah jika ada yang anda tidak puas hati. Berikan mereka hadiah, makanan atau berkawan-kawanlah dengan mereka. Saya percaya apa yang kita beri kita akan dapat kembali.

Semoga Allah memelihara keluarga kita dan kawan-kawan daripada kemalangan yang tidak diingini.

Untuk tip top kan lagi prestasi pengasuh anak-anak, dan memberikan mereka stamina dan emosi yang stabil, cadangkan kepada mereka vitamin-vitamin Shaklee terutamanya Wellness Set iaitu Vita Lea, B-Complex, Vitamin C. Untuk tambahan berikan juga Ostematrix !

Vita Lea-Multi vitamin yang kaya dengan zat besi. Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan. Menolong sungsi normal penghadaman dan selera makan. Penting untuk memberi stamina

B-Complex-Menggalakan kestabilan emosi, kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan tekanan.

SR Vita-C Plus-Antioksidan semulajadi. Mengekalkan integriti sel dan baik untuk pertumbuhan gigi, gusi, tulang, potot, salur darah yang sihat.

Ostematrix- Mengekalkan tekanan darah yang normal. Menolong pengecutan otot dan sraf, mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan. Bagus juga untuk tidur yang lebih lena, dan bangun dengan segar pada keesokan harinya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Reading Time:
Tulang Rapuh?
3:11 PM0 Comments
Adakah anda tahu?

Penyakit tulang rapuh (osteogenesis) adalah disebabkan oleh kekurangan Vitamin D, dan boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti osteoporosis. cahaya matahari membantu untuk menjana pengeluaran Vitamin D dalam badan kit, Jadi berada di bawah cahaya matahari tidaklah begitu buruk. Sungguhpun begitu, ada waktu-waktu kita tidak digalakkan berada di kawasan terbuka.
http://www.shakopeechiropractormn.com/shakopee-chiropractor-discusses-vitamin-d-and-sunlight/

Elakkan cahaya matahari secara langsung dari pukul 11:00 pagi hingga ke 4 petang

Sinaran matahari adalah kuat dalam tempoh ini, walaupun pada hari mendung. Juga, sinar UVA boleh menembusi tingkap kaca dan pakaian jadi ingat untuk menggunakan perlindungan matahari yang mencukupi

Jika ada antara kita yang mengalami masalah kekurangan vitamin D janganlah risau. Selain cahaya matahari (waktu tertentu sahaja) anda boleh dapatkan khasiat vitamin D dari Shaklee.

Yang menariknya, Ostematrix bukan sahaja kaya dengan kalsium ia juga mengandungi vitamin D, Magnesium, Boron dan banyak lagi. Maka tak perlu risau jika anda mengalami masalah kekurangan Vitamin D. Paling menarik lagi, ianya mudah ditelan. Paling diminati oleh kalangan kawan-kawan saya yang tidak minum susu! Nak tahu rupa bentuk Ostematrix ni. Kecil-kecil cili padi tau. Jangan terkejut jika kawan-kawan yang ada masalah sengal-sengal badan/letih lesu/masalah tidak boleh tidur boleh pulih dengan Ostematrix ini.
Ostematrix-Calcium, Magnesium, Vitamin D & More

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Reading Time:

Tuesday, January 14, 2014

Persiapan Persekolah 2014
1:22 PM0 Comments
Bertabahlah dengan saya kerana saya akan banyak update tentang kisah-kisah 3 atau 4 minggu lepas. Semua sudah ada drafnya tapi sengaja ditangguhkan kerana menunggu mood datang. Fuhh...alhamdulillah harinya sudah tiba.

Gambar-gambar ini diambil sempena hari sekolah yang bakal dibuka 3 minggu lepas. Anakanda dua orang ni rambutnya sudah panjang melepasi bahu dan jambulnya menutupi mata. Seksa saya melihatnya. Apatah lagi tuan badan. Nurin akan bertudung maka untuk mudah diurus dia perlu berambut pendek. Alya pula walaupun tidak bertudung dia perlu juga berambut pendek.

Seperti biasa mereka akan dibawa ke salun mamak berdekatan rumah. Mamak??? Iya. Sebab kos yang lebih murah dan perkhidmatan yang memuaskan.

Bersedia untuk memotong rambut

Serius gitu

Nurin New Hair Cut

Alya New Hair Cut

Mama sempat buat marketing Shaklee...hik hik

Sementara menunggu tu memang saya sempat cerita berkenaan vitamin Shaklee dengan seorang isteri pelanggan kedai gunting rambut. Shaklee di mana-mana.

This is what I love about Shaklee. Ia buat saya lebih peramah dan pemurah dgn senyuman.




Reading Time:

Monday, January 13, 2014

Jambu Batu Cicah Kuah Rojak dan Kacang Tumbuk
6:17 PM 2 Comments
Mama berblogging sambil layan anak-anak makan jambu batu cicah kuah rojak+kacang tumbuk kat luar rumah.

Bestnyaaaa bisnes Shaklee dari rumah. Apatah lagi harimau baru mengaum pagi tadi. Tunaikan hak bg yang berhak. Semoga Allah memberi lebih banyak lagi.

Kawan2 mahu tambah pendapatan sedia ada ? 2 3 4 5 angka bukanlah mustahil dengan Shaklee... anda BUAT anda dapat!



Call/whatapps/sms: 019 2250752
 Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Biar Gambar Berbicara
6:00 PM0 Comments
Hari tu saya update blog pasal Nurin masuk darjah 1, tapi tiada gambar kan? En suami cakap tak best. Dia kata kalau ada gambar lagi meriah. Oleh kerana gambar-gambar cuma ada kat handphone dia je, mari la kita tengok-tengok.
Masa baru sampai.

Anak-anak diminta berhimpun ikut kelas yang ditentukan

Kembar Nurin-lain-tahun. Dia yang excited tapi sedih tak dapat masuk Darjah 1 sama dengan kakak

Nampak Nurin tak?

My big girl

Nama seorang-seorang dipanggil

Nurin diapit oleh 2 jejaka. Haha

Macam tak percaya dah Darjah 1

Itu sahajalah yang ada untuk tatapan semua. 


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Keranamu Alfalfa
3:35 PM 2 Comments
Hari ni kelam kelibut saya menguruskan urusan bisnes, anak-anak sekolah dan urusan tekak dan perut sendiri. Yang tak boleh lupa, ialah bila mana saya lupa saya parking kereta kat mana. Dengan stok berat kiri kanan, dengan handbag ala mak datin pencen dengan beg Shaklee oren yang besar tu…kehulu kehilir cari parking. Sampai tahun depan pun tak jumpa kereta kalau parking B3 tapi cari kereta kat B2. Bijak tak bijak saya ni. Tahu saya buat apa? Saya pergi kat satu tiang yang saya rasakan selamat. Lepas tu tinggal semua stok Shaklee dengan beg Shaklee sekali. Yang saya bawa cuma handbag. Saya baca Fatihah banyak-banyak dengan selawat banyak pastu meronda tempat parking yang saya rasakan betul. Lepas tu barulah teringat yang sebenarnya saya parking kereta di B3 bukan B2 ye. Bukan pertama kali ke sini, tiap-tiap minggu tempat wajib saya ni. Astagfirullah. Masa ni jam menunjukkan pukul 12:10pm. Saya perlu mengambil Nurin tepat jam 12:50pm. Apa lagi merempit la saya ke Cyberjaya.

Alhamdulillah. Sempat ambil dia on time!

Dah dua kali saya re-stock set promo Alfalfa. Beli 6 Percuma 1. Kalau kawan-kawan nak tahu, Alfalfa ni banyaaaaak sangat manfaatnya.

Antaranya manfaat Alfalfa ialah:-

1. Merawat gangguan pencernaan

2. Mengawal kolestrol dalam darah

3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7. Mengurangkan simptom menopous

8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9. Merawat masalah sembelit

10. Menyahkan toksik dalam tubuh

11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13. Membantu masalah penghadaman

14. Membantu memperbanyakkan susu ibu

15. Mengurangkan masalah pundi kencing

16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17. Meningkatkan kesihatan prostat

18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19. Menghangatkan hubungan suami isteri

20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Apa istimewanya Alfalfa Shaklee ni berbanding produk alfalfa yang lain?

1. Sumber terbaik dari alfalfa yang bebas dari pesticide, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia

2. Alfalfa Shaklee-memiliki gred paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Hanya dituai apabila mencapai tahap kematangan mutlak. Hanya daun alfalfa yang matang kaya dengan klorofil.

3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji

4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7. Mencuci hati, darah dan usus.

8. Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang

http://www.legendsofamerica.com/na-herbs.html

Nota penting: Alfalfa mengandungi vitamin K maka tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit SLE. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Friday, January 10, 2014

Menu Jumaat 10.01.2014. Paprik Ayam
4:11 PM0 Comments
Saya bab-bab upload home made food memang suka sangat kat FB. Konon-konon lepas tu nak share resepi kat blog. Macam tetttt je sebab lepas upload malas lupa nak share.  Saya minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan FB terutamanya,kerana acapkali menghampakan anda dengan menaburkan janji-janji palsu.

In shaa Allah, saya akan share resepi Paprik Ayam kali ini atas permintaan seorang rakan. Saya belajar buat paprik ni dari seorang rakan serumah bernama Nora dari Kelantan. Resepi asal ini saya olah ikut citarasa saya. Hihi.

Paprik Ayam

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • Sekeping isi ayam bahagian dada (ayam yang dipotong 4)
  • 1inci halia (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (dikisar/ditumbuk halus)
  • 1 biji bawang holland (dihiris kasar)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 helai daun limau purut (buangkan tulang ditengahnya)
  • 2 biji cili padi (ikut citarasa-diketuk)
  • Kubis bunga (hari ini tiada stok)
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • 1 sudu besar Kicap Cap Kipas Udang
  • 2 sudu besar Sos Tiram Maggie
  • 1/2 sudu besar Sos Cili Life
  • Garam

Cara-cara

  1. Ayam dipotong kecil-kecil ikut citarasa. Saya lebih suka hiris nipis dan kecil-kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar halus sehingga naik bau. Setelah itu masukkan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan bawang holland, halia dan serai. Biar beberapa ketika.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dibasuh. Kacau sehingga rasa serai dan bahan tumisan 'infused' ke dalam ayam. Masukkan secawan air. Reneh sehingga mendidih
  4. Apabila mendidih masukkan kicap, sos tiram dan sos cili. Kacau.
  5. Masukkan sayur seperti kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah serta cili padi dan daun limau purut. 
  6. Biar sehingga ayam dan sayur-sayur masak. Jangan biarkan terlalu lama kerana lobak merah dan kubis bunga elok dimasak secara sederhana untuk mengekalkan kesegarannya.
  7. Saya suka campurkan sesudu teh tepung jagung dengan sedikit air untuk rasa kuah yang pekat sedikit, tapi tidak terlalu pekat. Sedang-sedang aja.
  8. Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas. Tambahkan garam jika perlu kerana sos-sos tadi sudah mempunyai rasanya tersendiri. Tambahkan sos, kicap dan garam ikut citarasa masing-masing.

Ini hasilnya untuk hari ini. Untuk masa yang terhad saya memang suka masak 'all in one' protin dan sayur dalam satu kuali/periuk sahaja. Hidangan ini siap dalam masa kurang 20 minit.



Saya mula masak jam 11 pagi dan bergegas mengambil Nurin di sekolah sekitar jam 11:30 pagi. Phew!~ Terasa macam cabaran 'Quick Fire Top Chef' pula. Berangan!!

Ok. Entri seterusnya mungkin tentang resepi nasi ayam. Tungguuuu.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Nurin Hidayatullah Sudah Bersekolah!
9:36 AM0 Comments
Bersiaran kembali di ruangan ini setelah sekian lama menyepi di sini. Di sini je sepi, tapi di FB 'pung pang pung pang'. Maklum tugas suri rumah bekerja makin mencabar. Anakanda sulung saya, Nurin sudah memulakan persekolahan darjah satu. Anakanda kedua, Alya masuk 6 tahun. Cepat sungguh masa berlalu.

Banyak dalam kepala mahu cerita ni. Saya cerita pengalaman anakanda Nurin pada hari pertama persekolahan. Seronok betul. Huru hara juga. Kami daftarkan Nurin di SK Cyberjaya memandangkan lokasi strategiknya berdekatan dengan rumah dan pejabat saya (bekas pejabat). Kita merancang Allah tentukan, mana saya nak tahu yang saya sudah pun berhenti kerja. Tak mengapalah. Memang ramai ibu bapa yang tinggal di kawasan rumah saya menghantar anak mereka ke sini. Lebih kurang 5km sahaja. Pukul 7 kami sudah keluar rumah. Agak awal bagi saya sebab selama ni menghantar mereka ke tadika sekitar 8-8:30 pagi. Suami pun ke pejabat pukul 7:30 pagi. Rutin kami memang berubah sama sekali. Saya gembira sebab Nurin bersekolah seisi pagi. Mudah untuk urusan bisnes saya. Alya kami bawa sekali kerana sekolah tadikanya belum memulakan seisi persekolahan lagi.

Sesampainya di sekolah kami menyemak kelas Nurin. Itupun bila saya perasan ramai ibu bapa berkerumun di papan kenyataan. Kedudukan kelas bergantung kepada ujian diagnostik yang mereka duduki pada bulan November lalu. Alhamdulillah, Nurin mendapat subjek elektif Bahasa Cina seperti yang kami rancangkan. Kalau ikut syarat dan terma untuk Bahasa Cina, hanya pelajar yang mendapat markah tertinggi sahaja boleh mengikuti kelas elektif ini. Hanya dua kelas terpilih kerana kekurangan tenaga pelajar. Syukurlah.

Kami berempat mencari kelas Nurin. Untungnya kelas dia di tingkat bawah sekali berhadapan dengan tempat berhimpun. Saya letak beg dia di bahagian hadapan dan di tengah-tengah supaya dia boleh fokus belajar nanti. Kemudian murid-murid dipanggil berhimpun mengikut kelas masing-masing. Ibu bapa hanya dibenarkan berdiri di tepi. Mulalah seisi perkenalan ibu bapa pula, sambil tu bertukar-tukar nombor telefon dan cerita. Bila ditanya saya kerja mana, kuat-kuat saya bagitahu saya bekerja dari rumah BUAT SHAKLEE. Bangga sangat bagitahu semua orang. Siap saya hulur pamphlet lagi. Ramai juga yang dah mengambil vitamin Shaklee tapi masih belum join member. Rugi rugi!!

Soalan famous: Boleh survive ke buat Shaklee?

Kalau tak survive saya pun tak berani nak resign kak...

Tengah borak-borak, ibu bapa kena tegur supaya tidak menungggu anak-anak di tepi kelas. Kami diarah duduk di kantin. Di kantin, sambung lagi borak sambil isi perut. Mahu tahu juga harga makanan di kantin ini. Boleh tahan la juga harganya. Saya beli nasi lemak biasa untuk Alya dan kuew tiaw goreng untuk diri saya berharga RM3. Huhu. Zaman saya sekolah rendah cuma 20sen sepinggan. Sekolah menengah 50 sen. Inflasi inflasi.

Pukul 10 anak-anak dibawa ke kantin dan mencari ibu bapa masing-masing. Rasa nak menangis saya masa ni sebab tak dapat mencari Nurin. Sesak kantin dengan ibu bapa. Tengah sibuk-sibuk mencari tiba-tiba Alya menangis meraung sambil terlompat-lompat. Terkejut betul saya. Ingatkan kenapa lah, rupanya ada kerengga merayap-rayap di kaki Alya. Tak pasal-pasal kami jadi 'centre of attention'. Malunya. Semua orang tengok dan ada juga yang bertanya kenapa, sebab nampak macam kes yang sangat serius. Huhu.

Bila tangis Alya reda, kami meneruskan misi mencari Nurin. Alhamdulillah.Rezeki saya dapat juga jumpa. Kesian Nurin cari saya. Kami duduk dan Nurin makan bekalan yang saya bekalkan. Roti bersama peanut butter. Kalau ikutkan jumlah murid-murid, memang memakan masa yang agak lama jika Nurin beratur membeli makanan di kantin. Jadi, cara terbaik ialah membekalkan makanan untuk dia.

Bila waktu rehat tamat kami menghantar anak masing-masing ke kelas mereka. Ingatkan mahu duduk tepi kelas lagi, hahaha...malang tak berbau kami kena 'halau' lagi.

Lupa nak cerita. Sesampainya ke sekolah pagi tu, saya perhati semua murid pakai kasut dan stokin hitam. Ha...macamana saya boleh tak tahu ni. Sebab saya beli sepasang kasut putih untuk Nurin. Nasib baik sepasang je, dan dia boleh pakai untuk Sekolah Rendah Agama petang nanti. Rupanya memang ada dinyatakan dalam surat pendaftaran. Haih. Cuainya kami ni.

Kembali cerita tadi. Bila kami dah 'dihalau' saya duduk dengan kawan baru saya. Beliau bekerja di HP Cyberjaya dan seorang lagi di MMU. Rupa-rupanya SK Cyberjaya ada FB dan semua pengumuman dibuat di situ. Kelas mereka pun sudah diupload di situ. Saya je yang tak tahu. Maklum, pengalaman pertama. Senarai buku tulis dan kelengkapan lain pun saya tak ada maklumat. Nasib baik kawan-kawan baru ni ajar.Pergi koperasi dan ambil senarai untuk Darjah 1. Isi form tu dan letak dalam tray nanti petugas kedai buku akan panggil nama. Ini tugas suami saya. Lama betul dia beratur.

Sehinggalah kelas tamat, suami saya masih lagi menunggu namanya dipanggil. Kelas tamat awal hari Khamis. Nurin keluar kelas bersama kawan-kawannya. Nampak ceria je muka dia. Alhamdulillah. Tak ada lah drama lagi macam di tadika dulu.  Bila suami selesai, kami pun bergegas pulang untuk persiapan sekolah agama pula.

Disebabkan seharian di sekolah, saya tak masak. Kami makan di kedai sekitar Putra Perdana. Makan dengan pantas dan terus pulang ke rumah. Nurin mandi sendiri dan saya tolong dia pakaikan baju. Bab keringkan rambut yang paling jenuh sebab dia pakai tudung. Takkan nak pakai tudung dengan rambut basah kan?

Tiba di sekolah agama, kami mencari kelasnya pula. Syukur hanya 1 kelas untuk Darjah 1 seisi petang, jadi tak perlulah Nurin bersesak-sesak di dalam kelas. Ada beberapa kelas darjah 1 di seisi pagi kerana mereka seisi petang di sekolah kebangsaan. Kami bayar yuran sekolah agama dan diarah pulang. Tiada seisi menunggu anak di sini memandangkan kelas-kelas lain semuanya sudah senior.

Malang sekali kami tak upaya pulang ke rumah untuk berehat kerana urusan pengeposan Shaklee dan misi mencari kasut dan stokin hitam. Untuk menjimatkan masa kami membahagikan tugas. Suami cari kasut dan dia meninggalkan saya ke PosLaju BB Bangi.

Alhamdulillah. Urusan selesai tepat pada waktu. Tepat jam 5:20pm kami sampai untuk menjemput Nurin pulang. Sangat seronok melihat Nurin boleh berdikari tanpa saya di sisi. Dia nampak gembira dan teruja. Alhamdulillah. Begitu juga kawan-kawan sebayanya. Tiada kisah air mata yang saya nampak. Masing-masing sudah bersedia ke dunia baru mereka.

Semoga anak-anak ini menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair. In shaa Allah.

Ihsan: En Pie Da Legend


Nota kaki:  Tiada banyak gambar kerana saya terlupa membawa handphone. Kalut sangat.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: