Menu Jumaat 10.01.2014. Paprik Ayam

4:11 PM

Saya bab-bab upload home made food memang suka sangat kat FB. Konon-konon lepas tu nak share resepi kat blog. Macam tetttt je sebab lepas upload malas lupa nak share.  Saya minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan FB terutamanya,kerana acapkali menghampakan anda dengan menaburkan janji-janji palsu.

In shaa Allah, saya akan share resepi Paprik Ayam kali ini atas permintaan seorang rakan. Saya belajar buat paprik ni dari seorang rakan serumah bernama Nora dari Kelantan. Resepi asal ini saya olah ikut citarasa saya. Hihi.

Paprik Ayam

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • Sekeping isi ayam bahagian dada (ayam yang dipotong 4)
  • 1inci halia (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (dikisar/ditumbuk halus)
  • 1 biji bawang holland (dihiris kasar)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 helai daun limau purut (buangkan tulang ditengahnya)
  • 2 biji cili padi (ikut citarasa-diketuk)
  • Kubis bunga (hari ini tiada stok)
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • 1 sudu besar Kicap Cap Kipas Udang
  • 2 sudu besar Sos Tiram Maggie
  • 1/2 sudu besar Sos Cili Life
  • Garam

Cara-cara

  1. Ayam dipotong kecil-kecil ikut citarasa. Saya lebih suka hiris nipis dan kecil-kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar halus sehingga naik bau. Setelah itu masukkan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan bawang holland, halia dan serai. Biar beberapa ketika.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dibasuh. Kacau sehingga rasa serai dan bahan tumisan 'infused' ke dalam ayam. Masukkan secawan air. Reneh sehingga mendidih
  4. Apabila mendidih masukkan kicap, sos tiram dan sos cili. Kacau.
  5. Masukkan sayur seperti kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah serta cili padi dan daun limau purut. 
  6. Biar sehingga ayam dan sayur-sayur masak. Jangan biarkan terlalu lama kerana lobak merah dan kubis bunga elok dimasak secara sederhana untuk mengekalkan kesegarannya.
  7. Saya suka campurkan sesudu teh tepung jagung dengan sedikit air untuk rasa kuah yang pekat sedikit, tapi tidak terlalu pekat. Sedang-sedang aja.
  8. Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas. Tambahkan garam jika perlu kerana sos-sos tadi sudah mempunyai rasanya tersendiri. Tambahkan sos, kicap dan garam ikut citarasa masing-masing.

Ini hasilnya untuk hari ini. Untuk masa yang terhad saya memang suka masak 'all in one' protin dan sayur dalam satu kuali/periuk sahaja. Hidangan ini siap dalam masa kurang 20 minit.



Saya mula masak jam 11 pagi dan bergegas mengambil Nurin di sekolah sekitar jam 11:30 pagi. Phew!~ Terasa macam cabaran 'Quick Fire Top Chef' pula. Berangan!!

Ok. Entri seterusnya mungkin tentang resepi nasi ayam. Tungguuuu.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil:  www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments