Persiapan Persekolah 2014 - CIK MIL MILA

Tuesday, January 14, 2014

Persiapan Persekolah 2014

Bertabahlah dengan saya kerana saya akan banyak update tentang kisah-kisah 3 atau 4 minggu lepas. Semua sudah ada drafnya tapi sengaja ditangguhkan kerana menunggu mood datang. Fuhh...alhamdulillah harinya sudah tiba.

Gambar-gambar ini diambil sempena hari sekolah yang bakal dibuka 3 minggu lepas. Anakanda dua orang ni rambutnya sudah panjang melepasi bahu dan jambulnya menutupi mata. Seksa saya melihatnya. Apatah lagi tuan badan. Nurin akan bertudung maka untuk mudah diurus dia perlu berambut pendek. Alya pula walaupun tidak bertudung dia perlu juga berambut pendek.

Seperti biasa mereka akan dibawa ke salun mamak berdekatan rumah. Mamak??? Iya. Sebab kos yang lebih murah dan perkhidmatan yang memuaskan.

Bersedia untuk memotong rambut

Serius gitu

Nurin New Hair Cut

Alya New Hair Cut

Mama sempat buat marketing Shaklee...hik hik

Sementara menunggu tu memang saya sempat cerita berkenaan vitamin Shaklee dengan seorang isteri pelanggan kedai gunting rambut. Shaklee di mana-mana.

This is what I love about Shaklee. Ia buat saya lebih peramah dan pemurah dgn senyuman.




No comments: