tazkirah

Yes. Life is To Solve Problem!

12:23 AM

Saya cuba untuk bertenang bila masalah datang. Selalunya mulut saya akan sebut-sebut perkara itu untuk melepaskan kemarahan, biasanya tanpa mengambil kira siapa di depan saya. Itu lah saya. 

Bila meningkat usia, ilmu semakin banyak ditimba, sukarnya bila hendak mengamalkannya. Itulah ujian saya. 

Sebelum tidur, maafkan orang. Mudah bukan? tapi saya terlalu ber-oriented kan keduniaan, kadang-kadang bila letih lesu, lupa dan alpa. Hari ini seorang non muslim mengingatkan saya betapa memberi maaf itu sangat penting untuk kekal optimistik dalam kehidupan. 

Yes. Life is to solve problem!

Jangan lihat pada ujian itu, lihatlah pada pemberi ujian. Lihat pada diri kita, kita bukan tuhan. Kita hanya hamba. Selayaknya diuji. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut 29:2 bermaksud "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Ya Allah, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaik diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal; hidupkanlah kami dalam Islam, dan matikanlah kami dalam Islam. Aamiin ya rabbal alamin.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

merapu

Baju Terbalik, Rezeki Banyak Nak Masuk?

12:04 AM

Hari ini tangan saya dicederakan oleh seekor udang. Luka jari telunjuk sebelah kiri. Ouch! Sakit tau. Nak mengadu kat encik suami dia ada kursus. Tak dapat nak layan 'jiwa kacau' saya. Ngadu kat sini aja lah.

Cerita lucu semalam. Semasa hendak mengambil Nurin, macam biasa saya akan memakai stokin yang disangkut di tepi tangga. Memang tempat rasmi stokin saya di situ. Sedang hendak memakai, tetiba rasa macam ada objek keras dan sebesar 20 sen macam tu. Err...maklum orang penakut macam saya ni, saya terus je buka dan campak stokin tu. Subhanallah. Small creature slowly coming out from the sock and smiling at me ( i guessed so :p) and then left. Weeeeuuu...dan saya menjerit sampai nak terkeluar anak tekak!

Terpaksa cari stokin lain dengan cepat sebab Nurin hampir keluar kelas. Kelam kabut ambil kunci kereta, buka pintu rumah, tiba-tiba bila pintu kereta, opsss... baru perasan kain yang saya pakai terbalik. Huwaaa..rasa macam nak menangis. Sudahlah lambat kain pula terbalik. Masuk rumah balik. Betul ke orang kata, kalau pakaian terbalik, rezeki banyak nak masuk? Entahnya...
Sampai sekolah tengok Nurin setia menunggu depan pintu pagar. Kesian dia. She has grown up. Sangat memahami dan senyum je masa menunggu mama.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

antioksidan

Cyst dan Fibroid: Antara Usaha Merawat dan Cara Mencegah

11:03 AM

Seringkali kita mendengar kawan-kawan mengalami  masalah ketumbuhan cyst atau fibroid ini. Ianya seperti sinonim dengan seorang wanita.Ada yang belum berkahwin, yang mengalami senggugut kronik ketika datang bulan, ada juga yang sukar mengandung malah ada kes wanita yang sedang mengandung tetapi 'berkembar'kan fibroid. Ada seorang sahabat yang beberapa kali membuat pembedahan cyst, doktor menasihatinya untuk tidak membuat perancangan keluarga, dan berusaha untuk mengandung, kerana ia mengurangkan risiko cyst terjadi kembali. Sahabat saya berkata, di kalangan ahli keluarganya, ramai yang mengalami ketumbuhan ini kerana mereka belum bersedia untuk mengandung dengan mengambil pil kontraseptif.  Mereka yang tidak mengalami pula, punya ramai anak. Jadi, dia membuat kesimpulan, sekiranya mengandung, organ reproduksi menjadi normal dan risiko ketumbuhan berkurangan. Itu ceritanya.

Sumber: Google
Ketumbuhan ini merupakan ketumbuhan yang tidak normal yang disebabkan oleh radikal bebas. 
 
Apakah radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.
Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, dan alzheimer. Tubuh manusia, sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya sering sekali tidak cukup untuk menetralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh, dan juga ada beragam antioksidan yang tidak dapat dihasilkan dari tubuh tetapi harus melalui makanan. Sering sekali, zat pemicu yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup dikonsumsi. Sebagai contoh, tubuh manusia dapat menghasilkan glutathione peroxidase, salah satu antioksidan yang sangat kuat, hanya saja, tubuh memerlukan pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg untuk mendorong tubuh menghasilkan glutahione peroxidase ini.
SUMBER: WIKIPEDIA ORG 
Jadi, sangat jelas ketumbuhan seperti cyst dan fibroid boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan. Pengambilan makanan sahaja sangat tidak mencukupi apatah lagi dengan suasana masa kini yang banyak mengurangkan nutrisi makanan harian kita. Pilihan yang terbaik ialah dengan mengambil vitamin yang semulajadi iaitu Shaklee. Vitamin yang kaya dengan antioksidan adalah seperti berikut.

Caratomax (kaya dengan vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E.


Untuk kesan yang lebih maksimum, ambil bersama Vivix



Ada juga persoalan dari sahabat saya: jika saya mengalami fibroid, sudah tentu sudah terlambat bagi saya untuk mencegah, jadi apa yang patut saya buat jika tidak mahukan pembedahan atau sebelum ia menjadi lebih serius?

Gla Complex sangat membantu untuk mengecutkan cyst, malah fibroid pun boleh. Ambil juga vitamin yang tinggi antioksidan ini untuk menyekat pertumbuhan kembali, banyak kes, selepas pembedahan, ketumbuhan berulang semula.



Boleh rujuk pada entri saya mengenai GLA di sini: GLA dan Manfaatnya . Ada juga beberapa testimonial yang menarik untuk dikongsi. Usaha dengan bersungguh-sungguh, amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat, ditambahkan dengan vitamin-vitamin berkualiti tinggi, in shaa Allah, pasti berhasil

Oh! Saya juga ada kisah mengenai testimoni fibroid oleh Master saya sendiri iaitu kak N. Jemput baca perkongsian beliau. Semoga bermanfaat


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

anak sihat

Lipas Punya Cerita

3:50 PM

Saya ni memang penakut lipas. Bukanlah takut sangat...tapi lipas kat rumah saya ni suka main cak cak. Lepas tu sergah-sergah. Mahu tak terkejut. Bila terkejut saya jerit lah. Bila anak-anak tengok mama jerit, diaorang pun jerit sama. Mak comel, anak lagi comel. Hahaha. Ni ayat pengganti mak borek anak rintik...LOL

Suatu pagi bertarikh 15hb Februari, 2014, ada seorang budak yang sangat comel, bijak dan licik bernama Nurin Hidayatullah. Tak tahulah mana dia dapat idea ini. Mungkin dia terserempak dengan seekor lipas kot. Biasanya tempat penginapan lipas ni kat bilik air sebelah bilik Nurin & Alya je. Kalau kat bilik air saya en suami dah kejar sampai lubang cacing. Yuck!!

Mama masuk bilik dia nak kejut dia bangun tidur, terkejut tengok whiteboard bilik dia.

Ada rupa macam Oggy & The Cockroaches
Mama pula lepas tu panggil papa, konon-konon nak tunjuk kehebatan anakanda melukis. Sekali papa dia pun nak tunjuk skill lah!

Oh! 6 kaki lipas ni rupanya ye

 Mama memang 'out'. Bab-bab melukis mama memang tak pandai. Komen orang pandai!

Lepas papa tegur lukisan Nurin, dia pun belajar la lukis lipas dengan betul.

Ada lah rupa jugak
Si adik, Alya pun nak juga melukis tu, tapi dia tak berapa nak yakin. Dia suruh kakak Nurin yang lukiskan, tapi dia punya nama

Lipas Alya ada jangot (janggut)
Inilah gambaran sebenar whiteboard mereka pagi itu


Macam-macam dengan budak bijak ini. Sekarang mama sudah rindu sama mereka. 2 jam lagi nak jumpa ni.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

cyst

Mengenali Fibroid

10:41 AM

Fibroid, risiko tetap ada

Credit: UTUSAN MALAYSIA

Oleh TAJAIYAH IHSAN

AINA membaca buku sambil meniarap, tetapi cepat-cepat bingkas bangun semula. Eisy... sakitnya perut, kenapa ya, bisik hatinya. Lantas dia melihat dirinya di cermin. Tiada banyak bezanya, cuma perutnya agak buncit sedikit.

Malah, ramai kawannya menyangka dia mengandung. Tetapi dia tersenyum sendiri. Mana mungkin. Haidnya datang begitu banyak sekali sampai berbungkus-bungkus tuala digunakan. Pasti tidak hamil!

Kawan-kawan mengesyorkannya berjumpa doktor, malu juga sebab sudah berusia, haid macam orang muda malah lebih daripada itu lagi. Bila berjumpa doktor, Aina disahkan mempunyai fibroid yang perlu dikeluarkan secepat mungkin.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.

Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

``Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,'' ujarnya.

Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

Apa itu fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Tidak pernah mengandung

Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.

``Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

``Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,'' jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Sumber: Google


Diagnosis

Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.

``Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.

``Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,'' kata Dr. Salleh.

Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.

Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.

Katanya: ``Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.''

Jenis-jenis fibroid

Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Waktu sesuai merawat fibroid

``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.

Rawatan fibroid

Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

Nasihat pakar

Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1113&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2uCfuxrkl
© Utusan Melayu (M) Bhd



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

merapu

Rasa Bersalah

10:17 AM

Sunyi pula rasanya hari Isnin ni. Anak-anak sekolah. Suami kerja. Patut boleh fokus buat kerja di SOHO ni. Tapi sensitif pula pagi-pagi ni. Rindu pada keriuhan anak-anak. Huhu...kalau en suami baca ni mesti saya kena marah. Alah bang, jiwa I tengah kacau kejap.

Ok mama. Cukup-cukup lah tu. Caiyuk! Jangan dilayan sangat perasaan yang tak mendatangkan hasil tu. Marilah kita bekerja. Sekejap je pun, tak sampai sejam dah kena masuk dapur pula. Menu dah fikir dah.  Ini sajalah 'entree' untuk hari ini. Nanti kita cerita 'main course' pula.



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

demam denggi

Penawar Demam Denggi

5:13 PM

Sejak akhir-akhir ini, banyak betul kes demam denggi. Bila buka FB, newsfeed saya penuh juga cerita pasal kawan-kawan yang dijangkiti demam denggi. Tak terkecuali ada di kalangan ahli keluarga yang terkena. Di entri sebelum ini, kita sudah maklum, demam denggi ini berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Doktor maklumkan tiada ubat untuk kes begini. Ianya merupakan virus dan mereka yang dijangkiti mudah untuk dijangkiti lagi. Hanya ubat demam (paracetamol) diberi untuk mengurangkan panas badan. Jika demam berlarutan lebih seminggu, cepat-cepatlah berjumpa doktor, biasanya pesakit tidak akan di tahan wad terus. Doktor akan membuat ujian darah iaitu Full Blood Count (FBC).

FBC ialah ujian pengiraan sel2 darah merah, putih dan yang penting sekali platelet. Platelet perlu untuk pembekuan darah dan virus denggi suka makan platelet ini. Platelet yang normal ialah antara 150 000-400 000. Jika bacaan anda kurang dari 150 000 ada kemungkinan anda kena denggi. Ada juga virus2 lain yang menyebabkan platelet turun. Biasanya anda kena hadir semula keesokan harinya untuk ujian semula. Jika platelet count anda kurang 100 000, rasanya confirmedlah dan anda perlu masuk ke wad untuk rawatan selanjutnya.   

FBC juga mengira kecairan darah, Packed Cell Volume (PCV) dan kepekatan sel darah merah, Hemoglobin (Hb). Kedua2nya digunakan menentukan sama ada anda berisiko untuk kena Demam Denggi Berdarah(DHF) atau tidak. DHF lah boleh membawa maut jika tidak dikesan awal. Ada doktor yang salah konsep iaitu denggi berdarah adalah keadaan bila berlaku pendarahan. Ini adalah salah. DHF adalah keadaan dimana virus denggi itu telah menyerang sistem saliran badan yang menyebabkan kebocoran atau salur darah menjadi lebih telap. Ini bermakna cecair darah 'hilang' dari badan dan masuk ke 'third space' iaitu ruang2 yang sepatutnya takda air seperti dalam perut, paru2 dan otak. Bila cecair dalam darah kurang, darah menjadi pekat dan nilai Hb dan PCV akan naik. Jika doktor tak perasan dan hanya tengok platelet sahaja, anda dalam bahaya. Bila darah jadi pekat, sistem buah pinggang gagal berfungsi. Cecair yang berlebihan dalam otak dan paru2 juga mengancam nyawa anda. Ini adalah penyebab utama kematian dalam demam denggi berdarah.
 

Jadi, apakah penawar demam denggi yang ingin saya kongsikan?

Pesakit perlu melawan serangan virus ini. Bagaimana untuk melawan jika sel-sel sudahpun dijangkiti ? Kita berusaha, Allah juga yang mengizinkan kesembuhannya.

Vitamin untuk Demam Denggi

Nutriferon


Apakah Nutriferon? Nutriferon merupakan pendekatan secara semulajadi untuk menggalakkan penghasilan interferon dalam badan. Bagaimana ianya terjadi? Interferon yang aktif akan memberi isyarat kepada sel-sel berhampiran dan mencetuskan mekanisma rintangan mereka. Ia mendorong sel-sel imun untuk membunuh patogen.  Ia sangat membantu dalam usaha untuk melawan virus dan bakteria. Interferon biasanya diberi kepada pesakit kanser, HIV, Hepatitis B dan C, Multiple Sclerosis untuk melawan virus dan memberi ketahanan badan. 

Performance Drink
Ia bekerja seperti minuman isotonik yang lain. Kita sering dengar pesakit demam denggi minum air isotonik dengan banyak sekali dan ianya berkesan. Minuman isotonik yang diberikan mengandungi banyak gula dan tentunya ianya tidak memberi manfaat kesihatan secara keseluruhannya. Jika kita mempunyai pilihan yang lebih baik, apa kata kita minum air performance Drink ini sahaja. Tidak mengandungi gula yang tinggi dan fungsinya sama malah lebih baik kerana ianya diperkaya dengan OptiCar. Ia membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.

Perkara yang baik harus dikongsi. Ada banyak testimoni yang saya terima. Antaranya seperti yang di bawah ini


"salam semua...selalu asyik baca testimoni org lain je..ari ni, sy nk share testimoni dr sy..

husband saya demam dari hari jumaat mggu lepas..sy igt demam biasa je..so juz bg panadol..sabtu plak, husband sy masih lg pegi keje..blk keje, die ckp demam die makin terok..sy xpk ape la..sbb die mmg slalu kene demam..ahad pg sy bawak die g klinik..doc ckp kalo demam xkebah esok, dtg lg wat further checkup..mmg x kebah pun smpi pagi isnin..isnin pagi, kiteorg decide pegi klinik kerajaan..trus wat blood test..doc ckp husband sy SUSPECTED DENGUE..sy mmg dh risau la...hari-hari followup bwt blood test..hari isnin platlet 129, hari selasa platlet 122, hari rabu platlet 133, hari khamis platlet turun sampai 116..ikutkan mmg nk anta masuk wad je..tp ujung2 bulan ni, bru nak masuk gaji..maklumla..
ptg khamis tu, sy baru terpk psl NUTRIFERON..trus ke branch dapatkan NUTRIFERON dan PERFORMANCE DRINK..blk tu sy trus bg NUTRIFERON 1 sachet dlm kul 3 petang..pastu ...kul 7 mlm sy bg lagi 1 sachet dan sebelum tido sy bg lg 1 sachet..antara waktu tu, sy bwtkan 1 botol besar PERFORMANCE DRINK..

pg td wat blood test lg, alhamdulillah result sgt mengujakan..platlet naik ke tahap normal..160..lega rasanya hati ni..so, doc ckp husband sy bebas dr denggi..NUTRIFERON & PERFORMANCE DRINK Shaklee mmg best!!"



Jangan risau, semua vitamin Shaklee sudah disahkan selamat dan halal. Saya doakan perkongsian ini memberi manfaat. Dapatkan panduan dan tips pemakanan vitamin daripada saya selepas pembelian untuk memaksimumkan nilai wang anda.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop

Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

kisah ashabul kahfi

KISAH ASHABUL KAHFI ~ 7 PEMUDA TERTIDUR 309 TAHUN

4:02 PM

Ihsan: Google

Ihsan: Google
Alhamdulillah. Hari Jumaat tiba lagi. Sunnah Jumaat yang sangat digalakkan ialah membaca Surah Al-Kahfi. Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersamba, maksudnya: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya di antara kedua-dua Jumaat." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Disunatkan membaca sama ada ada malam Jumaat atau waktu siang hari Jumaat. Setiap muslim yang mengamalkan sunnah ini dinasihatkan agar  meneliti satu persatu makna ayat terutama tiga kisah menarik dan penuh iktibar iaitu kisah pemuda al-Kahfi, Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir dan pemerintah hebat bernama Zulqarnain yang sangat takut dengan Allah dalam kepimpinannya.

Jom saya kongsikan cerita tentang kisah pemuda iaitu Kisah Ashabul Kahfi yang dipetik dari blog Husam Musa. Semoga bermanfaat untuk kisah semua

Credit: HUSAM MUSA



Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.



Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)


Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.

Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.

Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.

FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)

Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka.

Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan.

Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)

Saya teringin sangat pergi ke tempat-tempat bersejarah Islam. Ya Allah, sampaikanlah hajatku Ya Allah, semoga aku lebih menjiwai pengorbanan orang-orang terdahulu menegakkan Islam dan syiarmu di muka bumi ini. Amiin.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

demam denggi

Demam Denggi

5:12 PM

Credit: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

selfie

Bila Anakanda Saya dah Pandai Selfie.

4:45 PM

Ni sebenarnya mama dia yang sibuk suruh dia amik gambar untuk tatapan papa dia. Bagi papa dia semangat sikit nak work.




Saya rasa Nurin cepat sangat membesar. Matang dan sangat memahami. Pandai cakap pula tu. Papa dia physcho dia, dia physcho saya balik. Huh!~

Antara komunikasi kami

Situasi: Saya marahkan dia sebab dia  melambat-lambatkan mandi, masa tu saya sedang menggosok baju sekolah agamanya.  Dia panggil saya, saya buat tak faham je. Tengah marah kan?

Nurin: Mama, apa perasaan mama kalau mama panggil kakak, kakak tak layan? Macam tu lah kakak rasa.

Mama:  Erks (macam pernah dengar je ayat ni-sejibik ayat saya bila saya panggil dan dia tak menyahut panggilan saya)

Banyak lagi ayat-ayat power dia, which is ayat-ayat power saya!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

salam takziah

Salam Takziah buat Keluarga Sepupuku

4:16 PM

 Menerima berita kematian sepupu pagi ini. 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala dalam musibah ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

Semoga roh al-marhumah dicucuri rahmat.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

resepi sambal kentang rangup

Resepi Sambal Kentang Rangup

4:35 PM

Semalam kan, saya masak nasi putih dan ayam paprik. Sayur yang saya campurkan cuma bunga kubis. Tekak agak muak sebab menu yang berulang-ulang. Maklumlah, memenuhi permintaan anak. Petang tu ligat fikir untuk menambah menu. Entah macamana teringat Sambal Kentang Rangup. Tak tahu lah kalau kawan-kawan ada nama lain untuk menu ini.

Bahan-bahan

2 biji kentang Russet saiz besar-disagat nipis menggunakan slicer. 
Garam halus
Minyak untuk menggoreng

Untuk sambalnya
*3 sudu besar cili giling Puteri
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
Gula dan garam secukup rasa

Bahan bertanda * di blender dengan 2 cawan air.

 Note: Untuk pengetahuan, saya tidak menggunakan asam jawa dan garam jika saya gunakan cili giling segera jenama Puteri. Kalau saya guna cili kering dan blender sendiri, baru saya tambah garam dan asam jawa

Cara-cara

Basuh kentang bersih-bersih. Tak perlu kupas kulitnya kemudian dibelah dua memanjang dan disagat nipis. Tambahkan garam secukup rasa. Panaskan minyak. Goreng sehelai-sehelai untuk mengelakkanya melekat. Boleh juga tambah sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan kentang melekat-lekat. Goreng sehingga kekuningan dan masak.

 


Toskan dan sejukkan.



Untuk sambalnya.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender dengan api sederhana. Ini akan mengambil masa kerana sambal yang diinginkan ialah yang pekat dan garing. Seperti gambar di bawah. Setelah agak-agak kering, tambahkan gula dan garam. Dalam kes saya, saya tidak menambah garam :)

Setelah sambal menjadi pekat dan garing, matikan api dan sejukkan. Ini untuk mengelakkan kentang menjadi lemau.



Bila sejuk, masukkan kentang yang digoreng rangup itu ke dalam sambal. Kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara.



Siap! Mudah je kan. Yang tak mudah cuma hendak menggoreng kentang je :P

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
 Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Jom Ganyang Aedes-Gigitan Maut-Cegah Denggi

4:07 PM

Tajuk memang gempak. Newsfeed FB saya banyak kes kawan-kawan dan saudara mara yang dijangkiti demam denggi. Seksa betul mereka yang demam denggi ini. Yang kita nampak, tak sama dengan yang menanggung. 

Ihsan: Google


Kadang-kadang bukan kita tak sengaja membiakkan nyamuk ni, ia mungkin berlaku tanpa disedari di kawasan perumahan. Suami saya pernah mengikuti aktiviti gotong royong sekitar taman tempat kami tinggal. Tau tak tempat kegemaran nyamuk ini? 

Jeng jeng jeng. Bukan dalam kawasan rumah. Sebab kebanyakan rumah, tiada tempat bertakung air, jadi nyamuk yang bijak-bijak tu buat tempat yang tersembunyi. Iaitu di dalam kawasan longkang. Maklumlah, kawasan perumahan kami, longkangnya underground. Bertutup rapat. Siapa pula yang rajin hendak buka penutup konkrit longkang tu ye tak? Melainkan pihak Indah water melalui besi jaring. Jika air longkang mengalir laju, mungkin tak sempat nyamuk tu hendak membiak. Yang menjadi masalahnya, air longkang bertakung. Walaupun tidaklah banyak air itu yang memungkinnya melimpah, tetapi takungan yang sedikit itu sahaja memadai untuk nyamuk itu bertelur dan membiak. Tak percaya? Cuba buka penutup longkang di kawasan rumah anda.

Jadi, tugas kita lah untuk memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik atau nama saintifknya temephos mengikut sukatan yang disyorkan pada label. 

Periksa juga roof gutter atau palong hujan di atap rumah. Malah tempat letak kompressor penghawa dingin juga boleh menjadi target utama nyamuk aedes ini. Maklumlah, biasanya kompresor yang tidak mempunyai sistem perpaipan yang sempurna memungkinkan penakungan air. Walaupun sedikit jangan dipandang mudah ye.

Sekian tips kali ini. Entri seterusnya saya nak cerita kisah demam denggi pula. Stay tuned okeh.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

B Complex

Vitamin untuk Pekerja Shift

3:22 PM

Vitamin apa yang sesuai untuk mereka yang bekerja 'shift'. Maklumlah siang dengan malam dah tak dapat nak beza bagi sesetengah orang. Body clock pun dah imun. Kadangkala hanya tidur jadi peneman setia. Kurang minat hendak beriadah dan bersiar-siar kerana sentiasa rasa tidurnya tidak mencukupi. Anak-anak yang dulu banyak complain sekarang sudah diam kerana sudah biasa dengan situasi begini. Memahami situasi ibu atau ayah mencari rezeki.

http://jeffreysterlingmd.com/2014/02/08/straight-no-chaser-the-effect-of-late-night-shift-work/

Bukan sahaja yang sudah bekeluarga mengalami masalah ini, sekarang banyak 'fresh graduates' yang terpaksa bekerja shift kerana meningkatnya industri IT tanpa sempadan. Bekerja mengikut waktu negara yang berkenaan. Lagi 'haywire' kalau waktunya berbeza 12 jam dari waktu kita.

Adakah ada di kalangan keluarga anda yang mengalami situasi sedemikian? Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia akan menjejaskan kesihatan untuk jangka waktu yang panjang. Bukan tidak boleh bekerja 'shift' tapi amalan pemakanan yang sihat, gaya hidup dan pengambilan vitamin mampu  meningkatkan kualiti hidup anda, walaupun terpaksa bekerja shift.

Pemakanan bagaimanakah yang dimaksudkan? Ikuti tips pemakanan untuk kekal sihat, perkara dengan persekitaran dan rasa seronok di tempat kerja dan apabila anda berada di rumah .


Antara langkah dan tips yang boleh diambil untuk pekerja syif.
  • Makan " hidangan utama " anda sebelum pergi ke tempat kerja . Jika anda berada di syif petang makan utama anda pada waktu tengah hari sekitar jam 1 tengah hari . Jika anda berada di shift malam, makan hidangan utama anda pada kira-kira jam 6 petang sebelum anda pergi kerja. Sentiasa sediakan hidangan yang kecil dan makanan ringan yang sihat semasa waktu rehat. Makan makanan yang berat pada waktu malam boleh menyebabkan pedih ulu hati , angin, atau sembelit. Ia juga boleh membuat anda rasa mengantuk dan lembap. Berhati-hati untuk tidak makan terlalu banyak di tempat kerja.
  • Bawa makanan ringan anda sendiri, sebaiknya snek yang menyihatkan seperti buah-buahan, kekacang, yogurt atau salad. Sukar untuk mencari makanan ringan yang sihat pada waktu petang dan malam. Kafeteria mungkin tutup dan hanya mesin layan diri sahaja yang beroperasi. Bermaksud hanya ada makanan ringan yang tinggi lemak dan minuman yang berkalori tinggi dan manis.
  • Elakkan makanan berlemak , bergoreng atau pedas. Makanan seperti burger , ayam goreng dan nasi lemak boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak. Mengambil terlalu banyak lemak juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
  • Pekerja shift cenderung kepada minuman berkafein untuk kekal bertenaga seperti coklat , kopi, teh atau minuman ringan bergula. Perasaan ini tidak bertahan lama dan anda mungkin mengalami tahap tenaga yang rendah di kemudian hari. Nikmati snek yang berkhasiat dan minuman bukan semata-mata untuk sentiasa kekal bertenaga.
  • Ambil masa untuk makan. Jangan tergesa-gesa apabila anda makan. Anda berhak menikmati waktu rehat anda , jadi nikmatilah setiap kunyahan makanan dan snek anda ! Jika boleh , makan dengan rakan-rakan untuk berkongsi cerita. Ini mengurangkan tekanan anda di tempat kerja.
  • Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Ini boleh membantu anda untuk sentiasa berwaspada dan tidak berasa letih semasa peralihan anda. Menyimpan botol air berhampiran dengan anda supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sahaja walaupun sebelum anda berasa dahaga.
  • Perhatikan pengambilan kafein. Minum kopi , teh dan minuman berkafein yang lain boleh membantu anda kekal bertenaga. Tetapi jangan mengambil lebih daripada 400 mg kafein sehari. Itu lebih kurang kafein yang terdapat dalam 4 cawan kecil kopi biasa . Kafein boleh tinggal di sistem anda sehingga lapan jam. Ini boleh menjejaskan tidur anda. Bertukar ke minuman tanpa kafein , teh tanpa gula herba atau air kira-kira empat jam sebelum tidur.
Apakah vitamin yang disarankan untuk pekerja shift?

Saya menyarankan anda mengambil Vitamin Asas atau lebih dikenali sebagai  Set Family Wellness. Set Family Wellness adalah satu set vitamin ; iaitu asas keperluan vitamin untuk seisi keluarga. Ianya merupakan vitamin yang harus ada untuk setiap rumah bagi menampung kekurangan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada pemakanan seharian.

Apa yang ada dalam Set Family Wellness?

Energizing Soy Protein 850gm
Vita-Lea Iron Formula
Sustained Release Vita-C Plus 500mg
B-Complex

Antara kebaikan Shaklee Family Wellness Set adalah :

1. Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2. Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3. Menguatkan system imun anda
4. Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat
Energizing Soy Protein (ESP)
Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik. Maka kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang baik dan sihat. Sel yang sihat menjadikan tubuh badan kita lebih sihat. 
  • Merupakan protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar didapati daripada diet harian
  • Mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
  • Membekalkan tenaga segera yang boleh bertahan berjam-jam lamanya. 
  • Membantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
  • Membantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru
  • Tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
  • Mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Apa khasiat ESP? Sila rujuk di entry Energizing Soy Protein
 
Vita Lea

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk emetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh 
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. 
  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan semua nutrisi dan zat penting untuk tubuh
  • Memberikan kesihatan menyeluruh untuk tubuh 
  • Badan anda lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit
  • Membekalkan tenaga berpanjangan 
  • Stamina lebih baik
B Complex

  • Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. 
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • membekalkan tenaga pada badan 
  • dikenali sebagai pil ‘anti-stress’ 
  • meredakan sakit-sakit saraf pada badan 
  • membantu mencantikkan kulit anda dan kulit akan kelihatan 'glowing' 
  • Tekanan, gula, alkohol, ubat penahan sakit (painkiller), antibiotik, pil perancang, rokok, etc boleh memusnahkan fungsi vitamin B dalam badan, maka ia perlu diganti. 
  • B-Complex membantu mengatasi kelesuan,
  • Meningkatkan daya tumpuan
  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan cergas dan kurang mengantuk setiap kali selepas makan. 
  Sustained Release Vita-C Plus

  • Penting untuk meningkatkan sistem imun badan. 
  • Vitamin C mudah rosak dalam tubuh dan perlu diganti selalu. Shaklee telah menghasilkan sustained release Vita-C di mana vitamin C tersebut akan dilepaskan ke dalam tubuh kita setiap jam, maka khasiat vitamin C itu akan bertahan di dalam badan kita dengan lebih  lama.
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • Penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. 
  • Menyediakan vitamin C setara 7½ buah oren untuk setiap tablet. 
  • Untuk kulit yang cantik dan sihat
Sebagai tambahan, malah penting juga untuk mengambil  Performance Drink

Performance Drink
  • Ianya merupakan minuman yang diperkaya dengan Opticarb-meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.
  • Memberikan tenaga dan sirkulasi air dalam tubuh, berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67%otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
  • Seperti juga minuman isotonik di luar sana, ianya membantu menyediakan tenaga karbohidrat bagi tubuh badan. Bezanya, minuman isotonik di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. 
  • Mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.
  • Sesuai diambil pada bila-bila masa dan di  mana sahaja. Hanya bancuhkan bersama air sejuk untuk rasa yang lazat dan berkhasiat.
Tips sudah diberi, vitamin yang sesuai pun sudah saya cadangkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda pembaca setia saya. Jika punya persoalan, boleh call, whatapps dan emailkan sahaja seperti yang tertera di bawah. Salam sayang untuk semua.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

diet

Testimoni Set Kurus Shaklee

11:09 AM

Seronok tak terkira bila pagi-pagi dapat whatapps dari cucu Shaklee. Customer dia consume Set Kurus Shaklee  (lecithin dan alfalfa) dan beratnya sudah turun 4kg dalam masa 15 hari. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Gembira tak terkira kami mendengar berita ini.


Anda boleh rujuk di sini BAGAIMANA SET KURUS SHAKLEE MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN


Dengan harga kurang dari RM100 anda berhak mendapat berat badan yang ideal tanpa perlu berlapar, dan bersenam dengan ekstrem. Jika anda jaga makan, dan bersenam, penurunan lebih konsisten dan pantas. Jangan tunggu lagi. Jom kita cairkan lemak-lemak jahat itu!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

healthy breakfast

Resepi Scrambled Egg

10:57 AM

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.

Seronok pagi ni. Macam hari-hari biasa juga. Hari Rabu biasanya sibuk banyak sikit sebab saya perlu hantar kedua-dua anak bijak. Nurin & Alya. Hari lain, samada saya hantar Nurin, dan encik suami hantar Alya, atau vice versa. Cuma untuk berlaku adil, hari Rabu saya perlu hantar kedua-duanya. Keluar macam biasa pukul 7 pagi. Paling lewat pun maksimum mesti pukul 7.05 pagi. Kalau tidak, jalan menghala ke Cyberjaya pasti jem. Perjalanan cuma 4km, lebih kurang 4-5 minit sahaja, tapi kalau jem, menangis la juga. Hehe. Melampau pula nak menangis. :p

Nurin sudah cuba mandi pagi sendiri, cuma bab gosok gigi saya kena buat, sebab saya macam kurang yakin. Alya pun sama juga. Mudah nak kejutkan Nurin sebab dia tidur awal semalam. Pukul 9 sudah lena, Alya pukul 10 baru tidur, itupun mama kena tidurkan. Selalu mama cuma baca doa saja. Sebab kakak dah tidur, jadi dia tiada kawan hendak berborak.  Alya mahu saya ikat rambut dia pula. Jadi, pagi-pagi mama dah buka salun. Keringkan rambut seorang-seorang dengan hairdryer. Inilah rutin WAHM yang saya senangi. Tujuan utama memang nak membesarkan mereka depan mata kan? Syukur Alhamdulillah.

En suami buatkan sarapan mereka. Agak lama juga suami bersilat kat dapur. Entah apa yang dimasaknya. Hehe. Oh! Home made kentang goreng dengan sandwich. Bertuah anak-anak. Untuk saya? Saya perlu buat sendiri lah. Saya buat scrambled egg dengan roti saja. Dah lama tak makan nasi lemak? Macam teringin je. Esoklaaaa...

Mudah je nak buatnya.


Scrambled Egg (untuk seorang makan)

Sebiji telur
Satu sudu besar susu segar low fat
Few dash black pepper powder
Few dash garam

Cara-caranya

Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan yang lain. Kacau pakai garfu sampai hancur dan sebati. Panaskan kuali. Spray sedikit minyak zaitun. Masukkan telur. Kacau pakai sudip telur tu sampai hancur dan masak. Angkat.

Saya makan dengan roti dengan sedikit sos cili. Senang, cepat dan pantas. Janji perut kenyang.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
 Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

B Complex

Set Family Wellness Shaklee

3:45 PM

Saya selalu mendapat feedback atau soalan dari customer, begini soalannya.

Saya mahu makan vitamin, tetapi vitamin apakah yang harus saya ambil?

Saya menyarankan anda mengambil Vitamin Asas atau lebih dikenali sebagai  Set Family Wellness. Set Family Wellness adalah satu set vitamin ; iaitu asas keperluan vitamin untuk seisi keluarga. Ianya merupakan vitamin yang harus ada untuk setiap rumah bagi menampung kekurangan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada pemakanan seharian.

Apa yang ada dalam Set Family Wellness?
Energizing Soy Protein 850gm
Vita-Lea Iron Formula
Sustained Release Vita-C Plus 500mg
B-Complex 
 
Secara Ringkas Kebaikan Shaklee Family Wellness Set
1. Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2. Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3. Menguatkan system imun anda
4. Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat
Energizing Soy Protein (ESP)
Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik. Maka kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang baik dan sihat. Sel yang sihat menjadikan tubuh badan kita lebih sihat. 
  • Merupakan protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar didapati daripada diet harian
  • Mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
  • Membekalkan tenaga segera yang boleh bertahan berjam-jam lamanya. 
  • Membantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
  • Membantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru
  • Tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
  • Mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Apa khasiat ESP? Sila rujuk di entry Energizing Soy Protein
 
Vita Lea
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk emetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh 
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. 
  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan semua nutrisi dan zat penting untuk tubuh
  • Memberikan kesihatan menyeluruh untuk tubuh 
  • Badan anda lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit
  • Membekalkan tenaga berpanjangan 
  • Stamina lebih baik
B Complex
  • Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. 
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • membekalkan tenaga pada badan 
  • dikenali sebagai pil ‘anti-stress’ 
  • meredakan sakit-sakit saraf pada badan 
  • membantu mencantikkan kulit anda dan kulit akan kelihatan 'glowing' 
  • Tekanan, gula, alkohol, ubat penahan sakit (painkiller), antibiotik, pil perancang, rokok, etc boleh memusnahkan fungsi vitamin B dalam badan, maka ia perlu diganti. 
  • B-Complex membantu mengatasi kelesuan,
  • Meningkatkan daya tumpuan
  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan cergas dan kurang mengantuk setiap kali selepas makan. 
  Sustained Release Vita-C Plus  
  • Penting untuk meningkatkan sistem imun badan. 
  • Vitamin C mudah rosak dalam tubuh dan perlu diganti selalu. Shaklee telah menghasilkan sustained release Vita-C di mana vitamin C tersebut akan dilepaskan ke dalam tubuh kita setiap jam, maka khasiat vitamin C itu akan bertahan di dalam badan kita dengan lebih  lama.
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • Penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. 
  • Menyediakan vitamin C setara 7½ buah oren untuk setiap tablet. 
  • Untuk kulit yang cantik dan sihat
Untuk sebarang persoalan boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit