Kisah Sakit Gigi

8:30 PM

Ini kisah semalam.

Sibuk sikit. Maka masak lunch pon ala-ala nak cepat je. Kasihan anak mama hari ini. Konon-konon makanan sihat. Padahal Sambal Serai tu pun ditumis guna minyak, dan kacang buncis tu pun di celur dengan butter.

Cara masak yang tak berapa sihat. Ini di rumah, kalau di restoran entah bagaimana la pula ye?





Kami makan malam macam biasa. Tapi saya tak dapat nak makan sama kerana gigi saya sakit. Sudah goyang dan menanti untuk dicabut. Hilang selera makan saya. Bukan saya sahaja yang hilang selera, Alya pun sama. Gigi susunya sudah longgar dan gigi baru sudah keluar, tapi kami belum dapat mencabut gigi yang longgar itu lagi. Jadi hanya en suami dan Nurin sahaja yang makan.

Jadi ini sahajalah dinner saya. Jangan terkejut, sepanjang malam saya rasa kenyang. Alhamdulillah. 



Pukul 9:30 malam Nurin sudah tertidur di sisi en suami. Kasihan kepenatan. Alya pula mengadu yang dia lapar, jadi saya suruh dia makan makanan lebihan makan malam tadi. Meruntun hati tengok dia menangis.

"Mama, adik lapar, tapi tak boleh makan. Gigi adik sakit "

Alahai..sedihnya mama. Rasa nak menangis sama.

Kasihankan dia , saya suruh dia buat ESP dengan susu atau susu coklat yang mana dia suka. Dia memilih susu coklat.

"Adik kenyang tak?"

"Adik kenyang mama"

Syukurlah. Sebelum tidur saya makan 4 biji Ostematrix dan sebiji B Complex dengan harapan saya boleh makan macam biasa keesokan harinya. True enough, saya rasa sihat bila bangun pagi tadi.

Kami sekeluarga Sayang Shaklee.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments