Kisah saya mengandung Hb rendah - CIK MIL MILA

Monday, February 17, 2014

Kisah saya mengandung Hb rendah

Teringat kisah saya mengandung dulu. Bila buat check up mesti jururawat tu komplen pasal Hb saya. Rendah. Dia suruh saya makan banyak-banyak. Masa zaman-zaman tu saya bukannya jenis yang makan banyak. Susah nak habiskan makanan. Lagi la kalau makanan tu tak kena di tekak.

Makanan saranan doktor ialah makanan yang boleh menambah darah seperti kerang, hati, sayur bayam, kurma dan banyak lagi la. Dulu, saya tak berapa gemarkan kerang dengan hati. Bila berkahwin dengan en suami ni, semua makanan tu jadi makanan kegemaran saya pula. Tapi tak elok makan kerang dan hati banyak-banyak. Hati tak elok sebab ianya organ dalaman, kerang pula sebab ia terdedah kepada kotoran pasir-pasir.

Jadinya, doktor bagi saya makan pil iron dengan double dose.Mahu tak pitam nak makan vitamin banyak-banyak. Masa tu tak tahu lagi Shaklee. Kalau tahu tak macam ni ye tak? Sampai la nak bersalin, saya tak dapat la Hb yang cantik-cantik tu. Sekitar 10 - 11.9 je. Kalau mengandung kali ketiga ni pasti saya nak ambil Shaklee sepenuhnya. In shaa Allah.

Bahaya sebenarnya kalau Hb rendah.Ia boleh membawa kepada anemia yang mana jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang, tidak cukup berat dan risiko kepada kehilangan darah yang banyak bagi ibu.

Banyak sekali kes-kes kematian ibu ketika bersalin kerana tumpah darah. Semoga kita semua dijauhi dari kejadian yang tidak diingini.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: