Pelik Tapi Benar

3:55 PM

Cuaca semakin panas, dan panas dan panas.

Kejadian yang saya kira pelik tapi benar. Kuasa Allah tiada siapa dapat menjangkanya.

Sudah saya ceritakan pada hari Ahad lepas suami saya berkebun dan membersihkan kawasan belakang bersama dengan jiran sebelah. Sebenarnya jiran sebelah yang initiates, dan suami menurutinya. Mereka membakar sampah-sampah dan kayu kayu pokok-pokok yang ditembang. Itu kisah hari Ahad.

Semalam jiran sebelah SMS suami saya, supaya saya check kawasan pembakaran semalam mana tahu masih ada bara yang menyala, kerana cuaca sangat panas, memungkinkan kebakaran di mana-mana. Saya check dan sangat pasti tiada bara lagi.

Hari ini, ketika memasak, saya bau seperti kayu kayu dibakar. Saya jengah belakang rumah, kawasan pembakaran itu berasap, tiada pula api, tapi hati saya kuat mengatakan, kalau cuaca berterusan panas begini dengan angin yang kencang, pasti kawasan itu terbakar kembali. Saya sempat whatapps suami memberitahu situasi, oleh kerana saya sedang berkejar menjemput Nurin dari sekolah, saya tidak sempat bercerita lanjut.


Allahuakbar.

Ketika menyediakan makanan tengahari, saya terlihat api marak membakar kawasan itu. Bukanlah api yang besar pun, tapi kalau besar boleh menjadi lawan.Tanpa berlengah, saya buka pintu belakang dan mencari paip getah. Aksi seperti seorang bomba dan penyelamat saya akhirnya berjaya memadamkan api itu. Syukur Alhamdulillah!!!

Hari ini saya sudah menonton Episod ke 16 Umar Series, demi Allah, saya sangat teruja menonton siri ini malah bergilir-gilir membaca Untaian Kisah Rasulullah dan Para Sahabat. Sejarah Islam yang saya rindui. Allahuakbar!!!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop

 Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments