Resepi Beef Bolognese Spaghetti - CIK MIL MILA

Wednesday, February 5, 2014

Resepi Beef Bolognese Spaghetti

Semalam pagi usai menghantar Nurin ke sekolah, saya terus pulang ke rumah. Alya sudah dihantar oleh papanya. Kami bergilir-gilir menghantar anak-anak untuk berlaku adil kepada semua. Hari Rabu saya akan menghantar kedua-duanya sekali. 

Perancangan asal saya perlu ke kedai runcit untuk membeli lauk untuk dimasak, tetapi ia bukanlah rutin harian saya maka saya terlupa dan terus je balik rumah. Sampai rumah, sedang memikir apakah menu tengahari, baru teringat yang saya perlu ke kedai untuk membeli. Allahumma solli ala Muhammad. Sudahnya saya menggeledah peti ais dan dapur untuk menggunakan apa sahaja yang ada di dapur. Punya lah malas !! 

Saya tangguhkan urusan memasak sehingga jam 11 seperti yang termaktub di dalam jadual harian saya. Masuk SOHO dan selesaikan urusan dengan Allah sebelum 'turn on' komputer dan membalas mesej-mesej customer dan anak-anak Shaklee. Waktu pejabat saya bermula jam 9:30 pagi. 

Pukul 11 masuk dapur, bersilat kejap. Apalah menu agaknya. Menu senang dan paling ringkas, Beef Bolognese Spaghetti. Teks suami untuk memberitahu dia supaya dia tidak terkejut. Haha. Suami kata OK. 

Inilah hasilnya. Mahu berkongsi resepi simple ini dengan anda semua

Resepi Bolognese Spaghetti.

BAHAN-BAHAN

Sepaket spaghetti
1 tin Sos Spaghetti Tomato Tradisi
1 tin Campbells Mushroom Soup (optional untuk rasa yang lebih creamy)
500gm daging kisar
1 biji bawang besar-dicincang halus
3 biji bawang putih-dicincang halus
1 biji tomato-dicincang halus
Few dash serbuk lada hitam-sebaiknya gunakan pepper corn yang dikisar
Mixed spice
Garam 
Chilli Flakes-untuk rasa yang pedas jika suka
Minyak zaitun untuk menumis

CARA-CARA

Rebus pasta spaghetti hingga lembut atau ala-dente. Masukkan sedikit garam. Setelah lembut angkat dan toskan. Jangan dibuang air rebusan pasta. Ia boleh digunakan untuk membuat sos.

Untuk sos, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging kisar hingga berubah warna hingga berwarna perang. Masukkan sos tomato segera spaghetti dan mushroom soup. Masukkan air rebusan pasta ke dalam tin mushroom soup yang sudah kosong sehingga penuh dan kacau untuk mengelakkan pembaziran. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga mushroom soup sudah tidak berketul-ketul lagi.

Masukkan tomato yang dicincang ke dalam kuali bersama dengan mixed spice, serbuk lada hitam, chilli flakes dan garam. Rasa dan tambah mana yang kurang

Ini hasilnya. Boleh juga digantikan dengan daging ayam kisar.

Untuk Nurin

Abaikan gula-gula itu..


OK. Selamat mencuba.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

  1. Wah,sedap ni.anak aku suka spagheti.biasa memang buat sdri,tapi resepi berbeza.:D

    ReplyDelete