Resepi Sambal Kentang Rangup - CIK MIL MILA

Wednesday, February 19, 2014

Resepi Sambal Kentang Rangup

Semalam kan, saya masak nasi putih dan ayam paprik. Sayur yang saya campurkan cuma bunga kubis. Tekak agak muak sebab menu yang berulang-ulang. Maklumlah, memenuhi permintaan anak. Petang tu ligat fikir untuk menambah menu. Entah macamana teringat Sambal Kentang Rangup. Tak tahu lah kalau kawan-kawan ada nama lain untuk menu ini.

Bahan-bahan

2 biji kentang Russet saiz besar-disagat nipis menggunakan slicer. 
Garam halus
Minyak untuk menggoreng

Untuk sambalnya
*3 sudu besar cili giling Puteri
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
Gula dan garam secukup rasa

Bahan bertanda * di blender dengan 2 cawan air.

 Note: Untuk pengetahuan, saya tidak menggunakan asam jawa dan garam jika saya gunakan cili giling segera jenama Puteri. Kalau saya guna cili kering dan blender sendiri, baru saya tambah garam dan asam jawa

Cara-cara

Basuh kentang bersih-bersih. Tak perlu kupas kulitnya kemudian dibelah dua memanjang dan disagat nipis. Tambahkan garam secukup rasa. Panaskan minyak. Goreng sehelai-sehelai untuk mengelakkanya melekat. Boleh juga tambah sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan kentang melekat-lekat. Goreng sehingga kekuningan dan masak.

 


Toskan dan sejukkan.



Untuk sambalnya.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender dengan api sederhana. Ini akan mengambil masa kerana sambal yang diinginkan ialah yang pekat dan garing. Seperti gambar di bawah. Setelah agak-agak kering, tambahkan gula dan garam. Dalam kes saya, saya tidak menambah garam :)

Setelah sambal menjadi pekat dan garing, matikan api dan sejukkan. Ini untuk mengelakkan kentang menjadi lemau.



Bila sejuk, masukkan kentang yang digoreng rangup itu ke dalam sambal. Kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara.



Siap! Mudah je kan. Yang tak mudah cuma hendak menggoreng kentang je :P

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
 Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

3 comments:

  1. as salam kak.tumpang tanya yea hehe!maintain ranggup tak kentang tu

    ReplyDelete
  2. as salam kak.tumpang tanya yea hehe!maintain ranggup tak kentang tu

    ReplyDelete
  3. Tak sempat nak jadi lemau sebab habis terus

    ReplyDelete