Rutin Seorang WAHM

5:12 PM

Bukan mudah untuk tukar rutin kita setelah lebih 10 tahun bekerja. Bila bekerja,semuanya diaturkan untuk kita. Masuk kerja jam berapa, waktu rehat dan juga waktu pulang. Biarpun ada juga ruang-ruang untuk lebih fleksibel tapi ianya tetap terikat dengan undang-undang. Kita setia mengikut undang-undang itu, atas dasar menjalankan amanah, dan bekerja kerana Allah.

Bila bekerja sendiri kita perlu juga jadual harian. Sangat kritikal. Saya telah menghabiskan 2 bulan tanpa jadual yang konsisten. Saya rugi 2 bulan yang lalu. Mungkin inilah petunjuk yang Allah berikan. Melalui seorang sahabat, kami berdua menyemak jadual harian saya. Banyak ruang yang perlu diperbaiki. Alhamdulilllah, segalanya lebih jelas dan lebih teratur.

Janganlah kita tunggu dan lihat. Bila kita berani bermimpi, kita berani juga mengejar impian dan keluar dari zon yang selesa.

Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya keberanian ini. Kerana cintanya saya kepadaNya, saya sanggup melalui jalan-jalan yang sukar tetapi sangat manis untuk dikenang. Bersama suami tersayang yang sentiasa memberi semangat, cinta luar biasa dan menjadi sebahagian diri saya. Anak-anak yang menghiburkan adakala mencabar kesabaran, sesungguhnya Allah menunjukkan sesuatu kepada saya. 

Semoga Allah redha dengan saya.

Ini tangkapan saya ketika menyambut kepulangan Nurin.





Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments