Stir Fried Beef Tenderloin with Kurma Powder, Spring Onion, Ginger and Garlic

11:03 AM

Alhamdulillah...sakit telinga kiri surut selepas kena injek di montot. Tettt. Doktor kata telinga saya mengalami jangkitan dan bengkak. Sepatutnya bila dah di titiskan ubat wax tu, ok dah, tapi tangan gatal ambil cotton bud gi korek-korek. Akhirnya melarat. Sekarang ni dapat ubat titis baru. Tunggu en suami la pulang baru letak. Nak manja-manja gitu.

Sakit telinga beralih ke montot sebelah kanan. Tak selesa gitu. Dugaan. Kebetulan semalam ada tetamu kehormat, ibu mertuaku dan ipar duai. Seronok bila ada tetamu kan? Saya suka sebab tetamu membawa rezeki. In Shaa Allah. 

Kami main masak-masak untuk dihidang kepada tetamu. Bayangkan bila ada executive chef dan sous chef masuk dapur. Bergaduh sakan. Maklum dapur kecil. Berlaga montot. Saya cuma masak sayur peria goreng dengan telur pecah, panaskan lauk tengahari paprik ayam. Suami masak kari ayam dan daging goreng versi dia lah. Panjang nooo namanya.

Yang gambar ni cilok dari Facebook dia. Jangan marah ye bang. Resepi nya tunggu en suami share kemudian, sebab saya tak tahu nak masak masakan ni. Sedap dan lembut je dagingnya. Tapi mudah je, sama dengan nama masakan ni. Stir Fried Beef Tenderloin with Kurma Powder, Spring Onion, Ginger and Garlic


Sedap betul makan ramai-ramai. Alhamdulillah.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments