March 2014 - CIK MIL MILA

Thursday, March 13, 2014

Jerebu  13.03.2013
10:57 AM0 Comments
Sedih sebab tengah bekerja ni tak dapat nak buka tingkap.
Bau asap yang sangat kuat.
Permandangan kat luar pun terhad.
Allah tarik nikmat tu kejap.

#PrayForMH370
#JerebuDiAmanputra
#ShakleePuchongAndCyberjaya




Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, March 12, 2014

Majlis perlantikan Pemimpin Kecil SK Cyberjaya 2014
11:25 AM0 Comments
Lambat pula saya bercerita tentang tajuk di atas. Saya terkejut mendapat jemputan ini kerana Nurin hanyalah seorang penolong ketua kelas. Bukan memandang rendah pada jawatan ini tapi biasanya pemimpin lebih terarah kepada pengawas. Saya melihat majlis ini dari sudut positif walaupun ternampak kelemahan di mana-mana.




Majlis dibuat pada hari persekolahan, yang mana pada sebelah petangnya Nurin ada peperiksaan Bahasa Arab di sekolah agama. Notis pula diberi agak lewat untuk suami saya memohon cuti tahunan. Syukur saya bekerja dari rumah. Bolehlah ke sekolah untuk meraikan majlis ini. 

Berikut aturcara majlis. 


Perasmian dilaksanakan oleh IPD Cyberjaya kalau saya tidak silap. Seronok mendengar ucapannya yang bersahaja tapi penuh info bermanfaat. Secara ringkas, dalam ucapannya dia mengimbau kembali zaman persekolahan kita dengan zaman persekolahan anak kita. Betapa banyak bezanya suasana persekolahan. Paling penting, isu keselamatan sangat ditekankan. Kes culik memang berluasa sekarang ini. Syukur lagi sekali bila saya berpeluang menghantar dan menjemput anak saya  sendiri.



Tujuan majlis ini ialah untuk memperkenalkan secara rasmi ketua dan penolong ketua kelas kepada warga sekolah. Ia juga sebagai penghargaan, supaya pemimpin kecil ini bermotivasi untuk melaksanakan tugas dengan amanah.

Maaf gambar gegar. Huhu.



Kami tidak sempat menunggu sehingga ikrar dibacakan kerana perlu pulang untuk persediaan peperiksaan Nurin di sekolah agama. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Lagi Surat Cinta dari Nurin
10:52 AM0 Comments
Semalam sedang mengemas buku-buku sekolah agama Nurin, saya terjumpa lipatan kertas dalam beg dia.

Mama: Apa ni Nurin. Banyaknya sampah dalam beg (Oh no! Mama dah mula membebel)

Nurin: Surat untuk mama.

Mama: Untuk mama? (buat-buat soal pula ye? hehe)

Nurin: Kakak dah lama buat, tapi lupa nak bagi.

Mama: Thank you sayang... (hati berbunga-bunga. Papa dah tak bagi surat cinta, anak pula yang bagi. Bahagianya rasa)


Macam luahan rasa je, sebab saya agak keras mengawal dia sejak dia dah besar ni. Sudah pandai berbasikal dan berkawan di luar pagar. Saya pula sibuk di dalam rumah. Risau pula kalau mereka berdua main di luar tanpa kawalan orang dewasa. Hmm...kesian pula.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Jerebu di Taman Amanputra yang Menyesakkan
10:41 AM0 Comments
Kesian anakanda dua orang ni terpaksa menggunakan 'face mask' sebab jerebu di kawasan amanputra sangat menyesakkan. Kebakaran berlaku di tepi highway berhampiran . Habuk-habuk hitam pula bermaharajalela masuk ke dalam rumah. 


Dalam keadaan begini, anak-anak bijak ini saya beri Nutriferon, performance, vita C chew dan omega. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Hubungi saya untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kewangan keluarga anda. 
Untuk tips menghadapi jerebu, boleh klik di SINI


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, March 11, 2014

Kenapa Perlu Ambil Energizing Soy Protein (ESP)
4:08 PM0 Comments
Makanan tambahan adalah keperluan untuk masa kini. Bagaimana mungkin kita boleh mendapat 100% nutrien dari makanan yang kita makan sedangkan sumbernya banyak yang tercemar. Kerana itu lah kita perlukan supplemen dan vitamin.

Apabila kita makan, makanan yang kita makan menjadi nutrien dan masuk ke dalam tubuh badan. Kemudian ia diserap ke dalam sistem kemudian ke organ ke tisu dan seterusnya kepada sel. 

 Jika anda pernah mendengar mitochondria? Ia merupakan rektor dalam sel . Dalam bahasa mudah, jika mitochondria ini bertenaga, barulah sel dalam badan kita bertenaga. Untuk sihat, sel dalam badan perlu sihat.

Asas yang paling penting ialah pembinaan sel

Sel perlu dibina untuk tumbersaran atau ketika berlaku kecederaan. Sel muka mati setiap 21 hari. Sel-sel lain mengambil masa 90-120 hari untuk mati. Sel perlu masa, ada tempoh untuk diperbaharui. Jika sel merebak tanpa kawalan, ia boleh membawa masalah yang lebih serius iaitu KANSER!!

Apakah bahan asas untuk pembinaan sel?

PROTEIN merupakan bahan asas binaan sel. Ia membaiki sel, hormon dan enzim. Protein sangat perlu untuk mengatasi stress, kehamilan, pertumbuhan dan rawatan. Maksudnya jika kita stress, kita sangat memerlukan protein untuk membina sel kerana stress boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Begitulah juga jika kita cedera. Protein sangat diperlukan untuk memperbaharui sel yang rosak akibat kecederaan. 

PROTEIN pula terdiri dari 2 jenis

1. Non Essential-dibina oleh badan. Ada 13
2. Essential-perlu diambil dari luar (tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan)-Ada 9

Imbalance protein boleh menyebabkan penyakit gout. Mereka yang mempunyai penyakit gout tidak boleh mengambil protein seperti daging/ayam atau udang. Ini kerana protein yang terkandung dalam makanan ini sudah pun dihasilkan oleh badan. Jika ia diambil lagi dari luar, berlakulah ketidakseimbangan. Itu lah yang menyebabkan masalah gout.

Ramai yang kata mereka sudah cukup mengambil protein daripada makanan seperti ayam, telur, daging dan udang. Mengapa pula perlu mengambil makanan tambahan protein?

Sebelum kita cerita mengenai Energizing Soy Protein, mari kita lihat dulu cara kita masak makanan itu? Adakah kita menggoreng? Protein yang dimakan kebanyakannya cara masaknya ialah menggoreng. Protein akan musnah dalam suhu yang tinggi.  Untuk perumpamaan mudah, bayi jika demam, suhunya menjadi tinggi. Jika suhu terlalu tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan sawan. Sawan disebabkan oleh sel-sel rosak. Sel rosak bila suhu bayi melebihi 40 darjah celcius

Ikan atau telur yang digoreng menyebabkan protein rosak dan terurai. Kita sebenarnya makan hampas protein-ini yang dikatakan non essential.

OK. Saya harap semua orang faham apa yang hendak saya sampaikan. Apa relevannya Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet harian anda.

Untuk itu sila baca entry saya berkenaan ESP di sini ya. ENERGIZING SOY PROTEIN

Semoga anda semua mendapat manfaatnya. Seperti biasa tips dan panduan pemakanan disertakan untuk setiap pembelian. Untuk renungan kita bersama, jaga makan, jaga pandangan dan jaga lidah untuk mendapatkan solat yang kusyuk.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Status Halal Shaklee
3:09 PM0 Comments
Topik halal haram memang sentiasa segar dalam minda umat Islam. Risaukan sumber yang menjadi darah daging.  Mencari yang halal itu fardu.

Shaklee sangat menitikberatkan soal halal kerana kebanyakan penggunanya di Malaysia merupakan orang Islam dan sangat sensitif dengan isu ini.

Berikut adalah Sijil Halal Shaklee yang dikeluarkan oleh  Islamic Service of America (ISA)


ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh semak di webpage seperti yang di bawah.


Jadi, yakinlah produk Shaklee seperti yang tersenarai telah disahkan halal.

Senarai halal itu termasuklah yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. Untuk pengetahuan tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia. Hanya yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal saja yang dipasarkan. Betapa Shaklee sangat sensitif dengan keperluan umat islam dan pengguna di Malaysia.

Semoga terjawablah segala persoalan yang bermain diminda semua. Makanlah vitamin Shaklee tanpa was-was.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Cerita di Tengahari
2:41 PM0 Comments
On the way pulang dari sekolah.

Nurin: ma, akak ada cerita ni, tapi mama jgn menjerit

Mama: kenapa? (Terjerit sikit)

Nurin: Ravin accident. ( kawan kelas dia)

Mama: teruk ke?

Nurin: tak tahu

Mama: accident kat mana?

Nurin: tak tahu

Mama: kakak ni nak cerita, tp semua tak tahu. Dia tinggal kat mana?

Nurin: tak tahu.

Mma: errrr!!~~~

Sekian. Cerita di tengahari. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Day 4 - Pray for MH370
10:47 AM0 Comments
Tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian

Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan.

Dialah yang Hidup, tidak akan pernah mati.

Di tangan-Nya kebaikan.

Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Surah An-Nisa. Ayat 48; bermaksud

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah. Ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan semoga kami sentiasa dekatMu.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop

Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370
11:20 AM0 Comments
Sesungguhnya Allah menguji kerana Dia sayang.

Allah sayangkan kita. Semoga kaum keluarga MH370 tabah melalui dugaan ini. Saya yang tiada kena mengena dengan mereka juga merasa sangat sedih. Hanya doa yang dapat dititipkan untuk mereka. Allah lebih mengetahui.

Biar secanggih mana pun teknologi manusia, kuasa Allah tetap tidak dapat ditandingi sesiapa jua. Pentingnya kebergantungan kita kepada Allah.


Marilah kita terus berdoa. Ya Allah berilah petunjukMu, apa pun yang terjadi kami redha. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Tuhan Sekalian Alam.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Saturday, March 8, 2014

ESP Shaklee Mengaktifkan Sel-sel Kanser?
11:03 PM0 Comments
Soalan biasa yang saya dapat dari customer dan juga bakal-bakal customer. Dulu-dulu saya pun tak tahu bagaimana untuk menjawabnya.  Maklum baru lagi dan kurang ilmu.  Sekarang kalau tanya zasss je. Maklumlah...pantang master saya atau upline saya buat kelas. Mesti saya dulu yang mendaftar.

Ini skema jawapan saya.

Silap tu. Soya tu sebenarnya sangat baik untuk kesihatan. Tapi cara tanam dan cara proses itu yang membezakan soya itu elok ataupun tidak.

Soya yang ditanam Shaklee ini merupakan soya non GMO (non genetically modified organism). Apakah non GMO ini? Pernah tahu tak tembikai bijinya warna apa? Hitam kan? Tapi sekarang ini biji tembikai warna apa? Putih, malah ada yang seedless (tanpa biji). Itulah yang diubah secara genetik. Ia disuntik hormon untuk mempercepatkan hasil.

Soya Shaklee ditanam mengikut program IPP. Maksudnya sejak dari biji benih ia dipantau sepenuhnya.  Organik. Tanpa pesticides atau racun serangga. Hanya soya yang matang dituai. Soya yang matang ini tinggi kualiti nutriennnya kemudian diproses dengan suhu rendah dan menggunakan air. Kebanyakan soya di pasaran yang dikatakan bahaya untuk kesihatan itu dituai ketika muda dan belum cukup matang.  Mengapa? Kerana mereka mahukan hasil yang cepat. Soya yang tak matang tak cukup nutrien.  Kemudian untuk memudahkan proses, mereka menggunakan alkohol dan suhu tinggi. Suhu yang tinggi memusnahkan isoflavene. Isoflavene penting sebagai anti kanser.

Menariknya, cara soya Shaklee diproses, ia memelihara isoflavene yang sangat baik untuk kesihatan. Cara ia ditanam dan diproses sangat 'delicate' dan teliti.

Maka, percayalah ESP Shaklee tidak mengaktifkan sel kanser. Sangatlah penting kita makan vitamin dengan ilmu kerana dengan ilmu kita yakin.  Keyakinan terhadap sesuatu produk itu memberikan 30% keberkesanan (Sumber: Prof Dr. Muhaya)

Faham ke kawan-kawan?

Shaklee ada buat banyak kajian saintifik dan juga paper work. Boleh google. Ini antara link yang boleh dibuat rujukan.

http://www.shaklee.ca/can/en/the-shaklee-difference.html

http://www.organicconsumers.org/gefood/shaklee012103.cfm

https://groups.yahoo.com/neo/groups/polymva/conversations/topics/10652

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, March 6, 2014

Fakta Hebat Energizing Soy Protein (ESP)
10:52 AM0 Comments
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70 an. Di mana kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu rendah. Tambahan pula, setiap 50gm (satu canister Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur-tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada urik asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, March 2, 2014

Aturan Makan Vitamin Shaklee
4:29 PM0 Comments
Suatu malam, ada seorang hamba Allah mesej saya di whatsapps. Dia bertanyakan tentang aturan makan satu set vitamin berkenaan satu entri saya di blog. Saya tidak mengenali beliau dan dia bukan membeli dengan saya. Katanya dia tak yakin dengan si penjual yang merupakan kawannya. Oleh kerana, saya yang share testimoni itu di blog saya maka dia sangat yakin saya boleh membantu dia tentang cara makan vitamin itu.

Maaf. Anda tidak membeli dengan saya, maka saya tidak dapat berkongsi tips dan cara pemakanan vitamin dengan anda.

Kerek je bunyinya kan. Ya. Setiap vitamin yang dijual perlu disertakan dengan jadual pemakanan dan tips nya sekali. Itu adalah tanggungjawab pengedar. Kami bukan jurujual, kami berniaga dan kami seorang usahawan. Seorang pengedar yang bertanggungjawab perlu menitikberatkan 'after sales service'. Jangan hanya tahu menjual tapi tidak sertakan tips dan servis. Kami belajar, membaca dan pergi kelas nutrisi supaya mudah bagi kami memberi panduan kepada customer. Semua itu melibatkan tenaga, wang dan masa. Hanya customer yang membuat pembelian dengan kami akan mendapat servis yang tip top. Adil bukan?

Mudah saja perumpamaannya. Anda beli microwave jenama ABC di Giant Hypermarket, tapi anda minta jaminan/warranty dari Carrefour (atau nama barunya AEON Big). Walaupun AEON Big ada menjual microwave jenama yang sama ABC, tapi bila anda menunjukkan resit pembelian Giant Hypermarket,adakah AEON Big memberikan jaminan/warranty mereka? 

Begitulah kami, bukan mudah-mudah sahaja kami boleh memberikan tips dan konsultasi kepada sesiapa sahaja. Mesti bersebab mengapa anda membeli vitamin Shaklee dari pengedar A. Mungkin kerana dia sahabat anda, keluarga anda atau sesiapa sahaja. Jadi itu tanggungjawab dia untuk memberi konsultasi. Sebelum pembelian, mesti anda sudah menceritakan tentang taraf kesihatan dan sebab kenapa anda membeli vitamin itu. Sudah pasti dia lebih arif masalah anda dan selayaknya dia memberikan aturan makan sekali.

Bukan tidak mahu membantu, tapi itu polisi kami. Berlakulah adil pada semua pihak. Sekian.



Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: