Aturan Makan Vitamin Shaklee

4:29 PM

Suatu malam, ada seorang hamba Allah mesej saya di whatsapps. Dia bertanyakan tentang aturan makan satu set vitamin berkenaan satu entri saya di blog. Saya tidak mengenali beliau dan dia bukan membeli dengan saya. Katanya dia tak yakin dengan si penjual yang merupakan kawannya. Oleh kerana, saya yang share testimoni itu di blog saya maka dia sangat yakin saya boleh membantu dia tentang cara makan vitamin itu.

Maaf. Anda tidak membeli dengan saya, maka saya tidak dapat berkongsi tips dan cara pemakanan vitamin dengan anda.

Kerek je bunyinya kan. Ya. Setiap vitamin yang dijual perlu disertakan dengan jadual pemakanan dan tips nya sekali. Itu adalah tanggungjawab pengedar. Kami bukan jurujual, kami berniaga dan kami seorang usahawan. Seorang pengedar yang bertanggungjawab perlu menitikberatkan 'after sales service'. Jangan hanya tahu menjual tapi tidak sertakan tips dan servis. Kami belajar, membaca dan pergi kelas nutrisi supaya mudah bagi kami memberi panduan kepada customer. Semua itu melibatkan tenaga, wang dan masa. Hanya customer yang membuat pembelian dengan kami akan mendapat servis yang tip top. Adil bukan?

Mudah saja perumpamaannya. Anda beli microwave jenama ABC di Giant Hypermarket, tapi anda minta jaminan/warranty dari Carrefour (atau nama barunya AEON Big). Walaupun AEON Big ada menjual microwave jenama yang sama ABC, tapi bila anda menunjukkan resit pembelian Giant Hypermarket,adakah AEON Big memberikan jaminan/warranty mereka? 

Begitulah kami, bukan mudah-mudah sahaja kami boleh memberikan tips dan konsultasi kepada sesiapa sahaja. Mesti bersebab mengapa anda membeli vitamin Shaklee dari pengedar A. Mungkin kerana dia sahabat anda, keluarga anda atau sesiapa sahaja. Jadi itu tanggungjawab dia untuk memberi konsultasi. Sebelum pembelian, mesti anda sudah menceritakan tentang taraf kesihatan dan sebab kenapa anda membeli vitamin itu. Sudah pasti dia lebih arif masalah anda dan selayaknya dia memberikan aturan makan sekali.

Bukan tidak mahu membantu, tapi itu polisi kami. Berlakulah adil pada semua pihak. Sekian.



Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments