April 2014 - CIK MIL MILA

Monday, April 28, 2014

Saranan Sarapan Kanak-kanak oleh Prof Dr Muhaya
4:25 PM0 Comments
Protein merupakan hidangan terbaik anak-anak anda. Elakkan karbohidrat seperti nasi lemak dan roti canai kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat mempercepatkan rasa lapar. Sumber protein boleh didapati dari susu, telur dan kacang. Telur yang baik ialah yang kaya dengan omega-3.  Jangan takut dengan kolesterol kerana kanak-kanak sangat aktif. Antara cadangan pilihan sarapan bersumberkan telur yang mudah dan cepat:-
  1. Telur separuh masak
  2. Telur mata lembu (free oil atapun cuma sedikit minyak zaitun), ditabur sedikit dengan serbuk lada hitam
  3. Scrambled egg 
Ketiga-tiga hidangan di atas boleh dimakan bersama roti. Kalau boleh jangan beli roti putih, bertukarlah kepada roti wholemeal.

Lain-lain menu
  1. Baked beans
  2. Pelbagai menu kentang. Boleh digoreng sendiri, sekurang-kurangnya bukan yang diproses
  3. Oat
Buatlah sandwich mudah untuk anak-anak ke sekolah. Biasakan buat sendiri sarapan untuk mereka. Elakkan mereka membeli makanan di kantin sekolah. Bukan sahaja menjimatkan, malah lebih bersih kerana kita sendiri yang sediakan untuk mereka. Tambahkan sayur yang segar dalam sandwich tanpa perlu dimasak seperti salad, timun dan tomato.

Yang ni sarapan saya semalam, mungkin tak berapa sihat kerana saya letak banyak mayonaisse. 


Saya dan suami sedaya upaya untuk sediakan sarapan sendiri untuk anak-anak. Kadang-kadang mengelat juga goreng nugget dan karipap segera. Haha. Most of the time, suami yang incharge untuk sarapan anak-anak. Terima kasih suamiku. 

Sarapan tetap saya: ESP (Energizing Soy Protein), merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan oleh non GMO soya. Tak tahulah, sejak tahu benefit ESP ni, saya memang tak mahu tinggal langsung. Rasanya sedap dan khasiatnya hebat. Jom jom ambil tahu apa yang bestnya ESP ni.


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kenapa Perlu Cuci Usus dengan Herb-Lax?
3:43 PM0 Comments
Uniknya Herb-Lax


Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Herb-lax sangat dikenali untuk mencuci usus. 

Sumber: Google

Apakah Manfaat Utama Herb-Lax
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
Siapa yang bagus amalkan?
  • Mereka pengamal tegar ubat tahan sakit, 
  • Mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar, 
  • Mereka yang banyak jerawat, 
  • Pesakit gout, dan 
  • Kita yang ingin membersihkan usus.

Nota: Herblax menjadikan usus kita lebih aktif utk gerakan peristalsis - buang toksin dalam usus.

Kereta ada meter untuk penyelenggaraan, manusia?

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Betapa Besar Jasamu Abah
11:26 AM0 Comments
Agak-agak bila tengok gambar ni apakah yang ada di fikiran kita ya?
Sebenarnya, insan dalam gambar tu abang saya yang no. 3. Zainal Muhamad namanya. Dia ni bekerja kat POS Malaysia, tapi rajin sungguh berkebun kelapa sawit di belakang rumah. Setiap hujung minggu dia akan menuai bila tiba masanya.
Bila baca caption dia memang tersentuh hati saya. Ye lah, teringat perit jerih arwah abah membesarkan kami 8 beradik.
 
Ya Allah.. betapa begini penatnya aku menuai buah kelapa sawit. Tetapi apabila keringat membasahi tubuh, aku teringat kepada arwah bapa aku, aku dapat merasai beginilah pengorbanannya pahit merih dia memerah keringat ketika mencari rezeki, itulah pengorbanan arwah bapa aku untuk membesarkan aku dulu. Sungguh menjadi pengajaran, besarnya pengorbanan seorang bapa yg tidak mungkin aku dapat membalasnya.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Note: Bila tengok gambar tu sebenarnya nak gelak. Pandai abang saya berlakon kan?

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Sunday is Ahad
11:05 AM0 Comments
Were quite tight yesterday due to never-ending-house chores. Even then, its not completed at all. Half done  here and there, but we had breakfast, lunch and dinner at home. Simple dish. I was the chef! and today the kids go to school happily and on time. That is the most important thing!

Surprisingly, I did not stepped out from my house at all!! Not sooo me. Patutlah pening lalat semacam.

Worst, I craved for sweet thingy and found this. Luckily the kids and hubby were away to the nearest playground. Wink ;)

Peanut butter with chunk

.
First, was eating it with Weetameal Crackers, then...huahuahua..I ate it on its own. Sooo yummy!

Good news! I hired new Shaklee member today! She is my next leader. In shaa Allah.

Love you Shaklee, but i love my readers more...

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Saturday, April 26, 2014

Resepi Cheesekut
12:21 PM0 Comments
Kemaruk dengan mencuba resepi baru. Hasil yang menarik (perasan!) tapi mungkin terlalu creamy dan manis untuk saya. Lain orang lain citarasa ye tak. Untuk neutralkan kemanisan tu toppingkan lah dengan buah-buahan yang masam seperti strawberry, kiwi atau anggur pun ok.

Resepi ni saya 'curi' dari blog ummi Shaklee saya tapi saya mengolah mengikut apa yang ada dalam dapur saya sahaja. Untuk yang tak berapa suka nak makan manis eloklah dikurangkan sukatan susu dan lebihkan cream cheese. Ikut selera masing-masing la ..

Yang pasti en suami tak boleh makan sebab guna susu. Ampun ya bang..

Resepi Cheesekut


Bahan-bahan.
  • Cream cheese (250g)-saya guna brand Tatura sebab murah. :p
  • 1/2 tin susu pekat manis - saya guna 1/4 tin F&N tapi sangat manis juga
  • Biskut deluxe crackers (original flavour) - saya guna Munchy's cracker-dah itu je yang ada
  • Nestum-haha, saya guna yang 3 in 1 sebab nak habiskan setok. Manalah tak creamy dan manis???
  • Susu segar Dutch Lady (utk celup2 biskut)-saya guna low fat, pun sebab itu yang ada
Cara-cara
  • Pukul cream cheese guna mixer sampai kembang dan ringan


  • Masukkan susu pekat-saya cadangkan jangan buat 1/4 tin. Sebab manis, tapi errr..ikut lah citarasa masing-masing. Boleh lebihkan atau kurangkan

  • Putar dua bahan ini sehingga sebati. Ketepikan dulu

  • Celupkan biskut ke dalam susu low fat, jangan rendam cuma celupkan sekadar untuk basahkan biskut

  • Susunkan biskut ke dalam loyang  cantik-cantik

  • Selepas penuh satu layer, sapukan campuran cream cheese dengan susu pekat yang dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan nestum.


  • Ulang step yang sama, celup biskut-susun dalam loyang dan sapu cream cheese kemudian tabur nestum sehingga cream cheese habis

  • Topping yang paling atas sekali lebihkan cream cheese dan nestum

  • Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais. Kalau suka, toppingkan juga dengan buah-buahan seperti kiwi, strawberry dan anggur.
  • Dah sejuk, boleh potong cantik-cantik.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.  Terima kasih ummi Jannatul Fadilah dan pengirim resepi asal FB: 1001 rasa

Paling kelakar, BFF saya kata nama resepi ni sepatutnya ditukar dari cheekut kepada cheetul. Sebab kalau 
cheesekut - cheese kot.
cheesetul - cheese betul.

Muahahahahhaa.



Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Testimoni Ostematrix oleh Suamiku Sayang
11:20 AM0 Comments
Shhh..nak tahu tak? Suami saya kan, dia tak suka minum susu. Memang tegar sungguh. Segala minuman atau makanan berasaskan susu memang tak boleh diterima.  Jangan kata minum, tengok susu dalam cawan kami yang terbiar pun dia tak suka. Tahu-tahu je lah kan kalau anak-anak tu. Minum susu dalam cawan kadang-kadang tak habis, tinggal sikit. Kalau dibiarkan atas meja memang suami saya tu membebel. Hehe..Bebel manja je. Lagi satu dia memang tak percaya kalau orang buat air milo untuknya. Dia ingat saya akan campur susu dalam tu. Hanya dia je yang boleh  bancuh air milo dia sendiri.

Bila anak-anak dah besar, dah tak minum susu formula lagi. Saya beri mereka fresh milk dan untuk saya low fat milk. Tukang beli dan tukang sponsor sudah pastilah si dia. Setiap bulan harus restock sedozen kotak low fat milk. Tukang minum semua orang,  kecuali dia.

Akibat tak minum susu sejak kecil, suami saya selalu mengadu sakit belakang dan sakit badan. Kaki dia seringkali kekejangan samada ketika berjalan, beraktiviti luar ataupun sedang tidur. Kesian dia. Sejak berShaklee, banyak kali saya pujuk dia makan Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D and more). Mula-mula tu dia berat nak makan. Kalau makan pun hanya 2 biji, sebelum tidur, itupun bila saya suapkan. Biasanya memang ikut mood. Kalau terlalu letih, memang dia langsung tak tengok apatah lagi nak makan. Lama-lama saya malas dah nak paksa lagi.

Walaupun begitu saya sangat percaya kuasa doa. Semoga terbuka pinta hati dia untuk makan vitamin secara istiqamah. Keajaiban berlaku ketika saya menjaga Nurin 9 hari di wad di Hospital Serdang. Kami membahagikan tugas, saya menjaga Nurin dan suami menjaga Alya. Sepanjang 9 hari itu, selepas maghrib, suami perlu datang ke hospital bersama Alya, dan kami bertukar shift, saya menghabiskan masa dengan Alya di lobi hospital, dan suami akan menemani Nurin di wad selama 2-3 jam sebelum Nurin tidur. Oleh kerana kepenatan bekerja di pejabat, menguruskan Alya dan berulang alik ke hospital, kaki suami mula sakit-sakit, lenguh dan kejang. Keadaan jadi semakin buruk dan dia berjalan terhencut-hencut. Dari tempat parking ke bangunan hospital pula ikut nasib, kadangkala sangat jauh. Dia terpaksa menggagahkan diri berjalan. Sedih tengok keadaannya. Tapi dia seorang suami, ayah dan anak yang kuat. Disebalik senyuman dan tanggungjawab dia menyembunyikan kesakitan. Saya rasa.

Tidak ingat hari ke berapa, dia menelefon saya tentang vitamin Ostematrix. Di mana saya letak dan berapa perlu makan. Ya Allah...syukurlah. Sejak dari itu, dia makan Ostematrix setiap hari tanpa perlu disuruh. Bukan itu sahaja, vitamin kegemarannya yang lain ialah Sustained Vita C Plus. Dua vitamin wajib setiap hari. 

Hebatnya kuasa Allah dan usaha tanpa henti, suami mula menampakkan kesan luar biasa. Saya perhati dia tidak lagi jalan terhencut-hencut. Dia lebih cergas dan mudah bangun pagi. Dulu, saya agak emosi mengejutkannya bangun pagi. Sekarang bila alarm berbunyi, lebih dia boleh bangun sendiri. Paling menyentuh emosi, dia boleh ke surau berhampiran rumah untuk solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah...

Suami  saya, di mana sahaja memang suka sangat duduk bersandar. Even di masjid atau di surau dia akan mencari tempat untuk bersandar. Terutama ketika berzikir dan mendengar tazkirah. Boleh bayangkan tak situasi itu? Haha. Alasannya, bila bersandar begitu dia lebih selesa. Katanya, kalau tidak bersandar  bahagian belakang badannya sakit dan cepat letih. Bukan itu sahaja, mudah sungguh dia tertidur. Duduk saja-saja pun boleh tertidur. 




Sejak konsisten makan Ostematrix, nampaknya dia tidak lagi seperti itu. Saya bukan nak overclaim, tapi itulah kenyataannya. Hidup bersama selama 8 tahun buat saya nampak sekecil-kecil perkara tentang suami yang saya sayang. Keluarga kami lebih ceria apabila suami sihat. Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati saya untuk consume Shaklee dan terima kasih Shaklee atas produknya yang sangat berkualiti!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Friday, April 25, 2014

Nurin menjalani Ultrasound
10:57 AM0 Comments
Assalamualaikum.  Selamat pagi Jumaat yang berkat. Cuaca sangat baik. Subhanallah.

Pagi ini menemani Nurin untuk follow up appointment. Kali ini perlu buat ultrasound.  Sepatutnya appointment pukul 9:15 pagi, tapi dek kerana nak berebut parking pukul 6.55 pagi kami dah keluar rumah. Perjalanan pagi ditemani pemandangan sunrise yang indah sekali. Sampai awal dan dapat parking berdepan dengan pintu masuk klinik pakar. Best betul. Alhamdulillah.


Sementara menunggu kami makan home packed food. Roti dengan peanut butter, chick peas, red beans dan air vitagen. Bismillah.




Lama juga prosedur ultrasound.  Alhamdulillah.  Semuanya ok. Appointment seterusnya minggu depan untuk formal result.



Terima kasih atas doa ahli keluarga dan sahabat semua.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, April 24, 2014

Mutiara Kata: DOA
5:09 PM0 Comments
Doa itu adalah suatu usaha dan tenaga. Bukannya di pengakhiran sahaja tetapi di permulaan, di pertengahan dan di pengakhiran supaya kita punya kekuatan! Belajarlah menyerah dan meluahkan segala-galanya kepada Allah.
Sumber: Google
Ketika semua pintu di bumi tertutup dan tidak mahu mendengar keluhan dan tekanan di dalam jiwa, pintu di langit sentiasa terbuka untuk kita. Allah itu sentiasa dekat dan bersama-sama dengan kita.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Testimoni Gastrik Pulih dengan ESP Shaklee
5:01 PM0 Comments
Haaaaaa...

Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang pulih dari pedih ulu hati ni. Malah ada banyak testimoni , pesakit yang menderita gastrik semakin baik kesihatannya bila mengambil ESP dan vitamin-vitamin lain.

Jom saya sharekan.






Kalau saya tahu ESP boleh membantu merawat gastrik, awal2 lagi saya amalkn secara konsisten...baru2 ni saya kene gastrik yang agak kronik...saya mmg dah lama kene gastrik hampir 10 tahun...hari yang saya sakit tu mmg sampai jd cam udang la...pastu sy google2 (nasib HP ada mobile internet)nak cari penawar sakit ni.. jumpa plak peranan ESP ni utk gastrik, kebetulan ada ESP dalam almari tu yang saya guna skip2, tekad amik ESP (paksa diri tu bangun )minum ikut arahan, dan esoknya dah kurang daan sekarang ni dah hilang terus sakit gastrik (selalunya kalau makan ubat hampir 5 hari baru ok) TQ Shaklee..


Terima kasih Nurhida Hana-San kerana berkongsi. 

Saya menyeru kawan-kawan yang menderita gastrik tu janganlah menangguh, takut melarat pula nanti. Jangan risau ESP Shaklee dihasilkan oleh non-GMO soya. Selamat dan berkesan. Hubungi saya untuk pembelian dan saya akan memberi konsultasi percuma

Call/whatapps/sms: 019 2250752
 Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Karipap Inti Sardin
4:33 PM0 Comments
Ya ampun, ada suara-suara yang bertanya:-

"kau ni, WAHM Shaklee ke nak jadi chef ni?"

"Of course Shaklee, chef ye juga sebab kan aku kena masak untuk family. Alang-alang dah masak, apa salahnya aku share kan? Semua orang perlu makan kan?"

Jangan marah ya. Saya suka makan. Bila suka makan, perlulah suka masak juga. Kalau tak sia-sia je duduk rumah kalau terpaksa beli setiap hari. Semalam petang lepas pulang dari mengambil anak-anak syurga, kami (read:kami-mama-nurin-alya) masuk dapur untuk buat karipap aka epok-epok. Boleh bayangkan tak dapur sekangkang kera itu dipenuhi oleh 3 orang perempuan yang meleTOPS ni. Menu minum petang karipap berintikan sardin dan kentang.

Resepi seperti biasa saya google, dan jumpa yang berkenan di hati. Tapi saya olah ikut kesesuaian ketika itu.

http://mas-dapurmas.blogspot.com/2012/10/karipap-ros-sedapbest-sangat-pastrynya.html

Terima kasih tuan punya blog. Alhamdulillah, menjadi kulit karipap saya. Rangup dan sedap.

Karipap Ros Sedap 

By : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. 
*saya tak sempat nak tunggu sejam, jadi saya letak doh dalam plastik dan simpan dulu dalam freezer, 15 minit je. 
Untuk Inti Sardin
Satu tin sardin yang kecil
Sebiji kentang Russet yang besar-dipotong dadu kecil-kecil
Sebiji bawang besar - hiris nipis
3 biji bawang putih - diketuk
1/2 inci - hiris besar-besar
2 sudu cili giling
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, bawang putih dan halia sehingga naik bau
2. Masukkan cili giling hingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu disertai dengan sardin
4. Biarkan mendidih sehingga kentang menjadi lembut. Hancurkan isi sardin ikut citarasa
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang. Biarkan kering dan angkat. 
6. Sejukkan.

Cara mengelim.

Tengok gambar ye.

1. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kecil-kecil. Ikut saiz yang dihajati.
2. Gunakan roller untuk meratakan doh. 
3. Isikan inti
4. Kelim. Ikut citarasalah masing-masing. Nak guna acuan pun boleh. Guna garfu pon boleh.

Dah siap kelim, goreng dengan api sederhana. Jangan panas. Nanti menggerutu pula karipap tu. Hihi.

Siap!







Makan panas-panas di waktu sejuk begini memang sedap. Terima kasih bagi tuan punya resepi. Semoga Allah melimpahkan rezekimu. Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Allah...

Dah makan makanan tinggi kalori ini, jangan lupa makan Omega Guard dan Alfalfa. Semoga tak sempat lah kolesterol tu melekat dalam salur darah kita tu ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Sakitnya Bila Pedih Ulu Hati
3:58 PM0 Comments
Semalam saya ada share tentang gastrik. Boleh tengok link ini. 

http://mamanurins.blogspot.com/2014/04/gastrik.html 

Sebenarnya dulu, masa belajar kat UPM ada beberapa kali saya terkena gastrik. Saya tahu puncanya-stress dan tekanan yang melampau. Kalau tak silap, ketika tahun akhir. Memang sakit tak terkata. Muntah-muntah. Makan pun tak boleh. Nak berjalan pun susah. Nasib baik ada rescuer- boyfriend ku ketika itu, suamiku sekarang. Pergi klinik, lepas tu dapat ubat cecair, rasanya tak sedap. Rasa kapur. Nak baik punya pasal, telan lah juga. Memang baik lah. Lepas tu, seingat saya episod tu tidak berulang. Alhamdulillah.

Walaupun pulih dari gastrik yang berpunca dari stress tu, saya mudah sangat kena pedih ulu hati. Terutamanya ketika mengandung. Ingatkan selepas bersalin pedih ulu hati hilang, tetapi makin kerap rupanya. Bila sakit, saya cuma minum banyak air kosong yang banyak atau makan buah-buahan dan biskut kering untuk nuetralkan rasa pedih tu. Hmm..tak berapa nak berkesan. Sangat tak selesa. Doktor kata, banyak asid dalam perut dan kalau berterusan boleh jadi ulser. Dia suruh saya jaga makan. Kurangkan makanan pedas, masam dan jaga waktu makan. Bila sudah terlalu kerap sehingga sebati dengan diri saya jadi malas nak fikir. Sebab sakit tu datang dan pergi. Betapa mudahnya saya menyelesaikan masalah. Pernah juga makan Gaviscon, yang jenis cecair tu, saya memang tak boleh nak minum, jadi saya opt yang jenis chewable pill. Rasanya ahhh....tak best :p

Bila bertemu dengan Shaklee, saya penggemar setia ESP. Hari-hari ceria saya dimulai dengan makanan sunnah iaitu madu dan juga ESP selain sarapan dan vitamin-vitamin lain. Saya rasa sihat, bertenaga dan bersemangat. Bila kita sihat, kita lebih bersemangat menjalani hidup yang indah ini walaupun disulami dengan pahit manis kehidupan!



Oh! Apa yang saya hendak ceritakan ni?

Sebenarnya, bila flashback balik, sudah setahun lebih saya dengan Shaklee. Setahun lebih juga saya minum ESP. Saya tak perasan yang sakit pedih ulu hati saya hilang begitu sahaja. Saya tak perasan. Sungguh! Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, banyak masalah kesihatan saya selesai dengan ESP. Manakan tidak, ESP ini adalah sumber protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita. Saya juga mengambil Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) setiap malam sebelum tidur. Kalsium juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan kepedihan.
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Saya percaya, pedih ulu hati saya itu sudah kembali pulih dengan pengambilan protein terbaik secara konsisten. Selamat tinggal ubat pedih ulu hati!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, April 23, 2014

Cream Puff
4:41 PM0 Comments
Semalam kan saya mengelat. Kih kih. Tak masuk SOHO. Cuma jengah-jengah PM customer dan downlines kat whatapps dengan FB kat handphone je. Tetiba rasa macam best je kalau SOHO kat dapur ni. Senang nak memenuhi hobi saya.

Saya masuk dapur. Rindu sangat nak baking. Baking apa?  Baking cream puff! Saya suka sangat makan cream puff ni. Kalau beli mahal. Kalau buat muai. Tahu muai tu apa. Dapat banyak lah. Itu pun tak tahu. Hahaha.  Pyscho pula petang ni. Senang gila nak buat ni.

Untuk resepi, google aje lah ye. Sebab saya pun google. Alhamdulillah. ..memang resepi dan tips sangat menjadi. Sukaaaaa sangat.

Saya share pic aje lah ye.

Kurang berseni lah tangan saya
Yeay...puff dah kembang
Mak aiii..Gebu nye..abih ilang corak-corak

Tak lengkap tak de icing sugar.

Tak dapat nak bedakkan puff ni sebab tak de icing sugar. Yang penting rasanya sedap.

Terima kasih tuan punya blog. Resepi dan tips yang sangat menjadi. Walaupun saya punya tak cantik macam resepi tuan punya blog, tapi rasanya ok sangat. Encik suami yang tak makan susu pun boleh makan puff ni.

http://ummiesya.blogspot.com/2013/04/resepi-cream-puff-krim-kastard-yang.html

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Gastrik?
4:12 PM0 Comments
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. 
Sumber: Google

Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. 
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/453-gastrik.html

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Terima Kasih Suamiku.....
3:12 PM0 Comments
Rumah dibina dengan batu, simen, pasir dan kayu.

Rumahtangga dibina dengan cinta, kasih sayang, rindu, tolong menolong, toleransi dan hikmah



Alhamdulillah...syukur tak terhingga kerana dianugerahkan suami yang terbaik untuk saya. Lelaki itu, lelaki yang saya admire semasa zaman belajar di UPM. Kawan baik, kawan gurau, kawan yang prihatin dan sentiasa bersedia menolongku walau apa jua keadaannya. Malah dia lah kawan yang mendengar keluh kisah cinta terdahuluku dahulu. Saya sendiri pula pernah menjadi posmen untuk surat cintanya kepada kawan sekuliah! Betapa dari kawan karib menjadi teman sebilik.

Kisahnya panjang. Saya pendekkan bila arwah ayah mertua 'meminang' saya untuk si dia. Melompat-lompatlah saya! Haha. Tarikh keramat 13 Mei 2006. Sudah hampir 8 tahun pernikahan kami.

Mendapat suami itu nikmat, mendapat suami yang soleh itu rahmat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Suami saya sentiasa berada di sisi walau apa keadaan sekalipun. Waktu senang, waktu susah. Ingat lagi kami naik motor kehulu kehilir (walaupun ada kereta) kerana keadaan trafik yang sangat sesak, berhujan, berpanas dan berbau asap. Bila sakit, dia sanggup mengambil EL kerana isterinya ini manja dan lembik. Haha. Masak bubur untuk saya. Banyak kali saya jatuh sakit dengan pelbagai jenis sakit. Ketika mengandung, sewaktu anak kecil malah hingga kini, dia banyak sangat membantu hal-hal domestik. Kemas rumah, masak, menjaga anak, buat susu anak, basuh baju, sidai baju, mop lantai, and the list goes on. Terlalu banyak. Tak tersenarai...

Subhanallah. Dia melengkapi kehidupan saya dan anak-anak.

Ketika mula-mula bergiat dalam bisnes Shaklee, suami izinkan dengan tetapi ada syaratnya. Katanya, dia hanya boleh membantu hal-hal rumahtangga tetapi bukan menolong bisnes ini secara langsung. Back end je. Kali pertama saya pergi ke kelas, saya pergi seorang diri. Suami menjaga anak-anak. Bagi saya keizinannya lebih penting dan kesudiannya menjaga anak-anak sudah cukup baik bagi saya.  Bila dia melihat saya bersungguh-sungguh, dia mula menolong sikit demi sedikit. Belikan stok di HQ, mula tolong saya COD kepada customer dan poskan barang. Kalau dulu saya pergi kelas seorang diri, kelas kedua dia mula menemani dan menyertai saya bersama anak-anak. Sukaaaaaaaaa sangat!...Sokongan dia buat saya kuat dan bersemangat. 

Saya mengambil risiko dengan nekad untuk Work From Home dan menjadi WAHM (Work at Home Mama). Suami sokong, walaupun berat. Hehe. Impian saya, mahu suami juga menjadi seperti saya WAHD (Work at Home Dad). Walaupun pendapatan saya belum hebat seperti upline-upline saya, tapi saya yakin suatu hari nanti niat suci murni ini akan dimakbulkan Allah. Suatu hari nanti, suami saya mesti jadi WAHD seperti upline saya puan Jannatul Fadilah dan suaminya Fadlishah. Untuk pengetahuan, mereka berdua ialah coursemate kami di UPM!

Inila dia orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada Shaklee dan WAHM.


Mereka berdua begitu gigih membangunkan empayar bisnesnya dan membimbing saya dan anak-anak didiknya yang lain. Terima kasih ummi.

Terima kasih juga kepada Nenda, Master Norita Idris (panggilan mesra, kak N) dan suami Master Naquib (Abang Naquib). Tanpa mereka tiadalah ummi saya, tiadalah juga saya kan? Mereka berdua merupakan orang pertama yang memperkenalkan Shaklee di dalam dunia blogger. 

Lihatlah wajah mereka semua, tak ditelan usia. Sebab apa yer? Tentulah kerana pemakanan vitamin Shaklee selama 13 tahun!


Yang di bawah ini pula ialah upline kepada Nenda iaitu moyang (super upline) kami yang juga ibu bapa mertua Kak N, Uncle Hj Hussain dan Auntie Hjh Salwa. 







Selepas super upline, sudah pasti ada lagi upline kepada super upline iaitu Master Hj Roslan (super moyang) dan Grand Master (super super moyang) yang juga asal usul keturunan Shaklee kami, Master Fredie Lee yang sangat berjaya dalam Shaklee. 


Begitulah susur galur group Shaklee saya. Buat anak-anak dan keturunan Shaklee saya, belajarlah mengenali asal usul Shaklee kita ye. Sama juga kita mengenali datuk nenek moyang kita. Perkara ini penting kerana, melalui mereka banyak yang kita boleh belajar. Susah payah, pahit manis pengorbanan mereka dalam bisnes ini.


Akhir kata (macam ucapan pula),  Saya yakin boleh menjadi seperti mereka!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, April 22, 2014

Meeting Shaklee bersama Group Rafhanah (Mewah & Berjaya)
10:32 AM0 Comments
Sabtu lepas saya mengisi pagi saya dengan menghadiri meeting bersama upline atau ummi tercinta. Untuk recharge balik bateri yang hampir-hampir menyusut nyawanya.

Daripada golek-golek tak buat apa, baiklah saya pergi menuntut ilmu dan jumpa geng-geng bisnes saya. Bersemangat balik! Kelas dibuat di Reko Sentral berhadapan Econsave Jalan Reko. Sangat dekat dengan rumah mama mertuaku.

Mula-mula cuma minta suami hantarkan, tapi anak-anak tak mahu balik sebab dah jumpa geng ramai. Terpaksalah suami pun bertandang ke situ jaga anak-anak. Macam ni lah meeting kami. Sangat family oriented. Memang riuh rendah dengan anak-anak tapi misi utama untuk menuntut ilmu tidak diabaikan. Saya suka konsep ini, sebab sebahagian besar yang buat bisnes ni ibu-ibu yang punya anak-anak kecil. Kasihan 
 mereka kalau ditinggalkan. Duit dapat, anak pun dapat kasih sayang tidak berbelah bagi.


Ingatkan dapat ilmu je, saya dapat juga hadiah untuk Closing bulan Februari. Achieve target yang ummi saya bagi. Voucher KFC bernilai RM150. Syukur Alhamdulillah...


Bukan tu je tau,dapat juga lucky draw. ESP! Harga nya pun RM150. Hari ni je saya dapat hadiah worth RM300!!

Terima kasih ummi ku. Semoga rezeki mu lebih murah dan berkat.

Meeting begini memang jarang-jarang sebab biasanya kami ber meeting tru webinar atau whatapps je. Tapi berbeza sangat bila kita face to face. Aura tu sampai tepat terus pada kita. Untuk yang berminat nak sertai group kami, jangan segan silu. Sediakan diri (gelas kosong) supaya mudah untuk kita menyerap ilmu dan pengalaman orang-orang yang sudah berjaya. Ingat ! Kita nak jadi jutawan yang bertakwa dengan mengikut suruhan Allah, Rasul dan syariat.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: