Aiskrim vs Frozen Yogurt - CIK MIL MILA

Friday, April 18, 2014

Aiskrim vs Frozen Yogurt

Sudah 4 hari saya menangguh untuk memenuhi permintaan anak-anak - aiskrim. Brother aiskrim memang setia menunggu di pintu masuk SRA Putra Perdana. Fuhh...sangat tak suka. Dulu-dulu saya tetapkan aiskrim hanya hari Selasa.  Kebetulan hari Selasa lepas hujan turun dan brother aiskrim tidak menjual. Kebetulan juga hampir setiap petang cuaca mendung atau hujan. Memang alasan terbaik untuk tidak membelikan aiskrim. Yeay!!

Tapi, tahulah je kan, anak-anak ni ingatan mereka sangat kuat. Mereka tahu pula saya dah dapat bonus Shaklee. Belanja makan sudah, tempat favourite semua orang malam tadi.   On top of that, mereka mahukan aiskrim. Oleh kerana sudah bertangguh lama sangat mereka minta dibelikan Tutti Fruitti. Wahhh..banyak cantik (read: cekak pinggang)

Dah semacam zikir dah. Asyik merengek-rengek. Kalau seorang yang menyebut boleh la bertahan sikit. Ini dua-dua anak dara tu merengek-rengek. Bapaknya sekali join merengek. Maknya pun merengek kena bawa diaorang. Isunya bukan duit tau. Cuma saya malas je nak bawa. Sebab dinner habis pukul 9 malam. Suami nak shopping jubah dia pula (read: uniform solat). Gitu gini dah pukul 10. Esoknya kan Jumaat (read: hari ni). Anak-anak perlu bangun pagi untuk ke sekolah. Jadinya, saya terpaksa buat janji baru. Petang lepas sekolah mama bawa makan Tutti Fruitti. Lepas janji barulah aman telinga mama. Layan halwa telinga dengan Qasidah oleh Habib Syech. CD yang dibeli suami di kedai jubah tu. Sampai tertidur anak-anak kekenyangan dengan janji mama.

Tadi... SRA Nurin tutup untuk persediaan Majlis Kemahiran Amal Islami (KAMIL). Alya minta 'off' afternoon program. Jadi untuk memenuhi permintaan mereka yang banyak juga menolong saya susun dan packing vitamin, saya bawa lah mereka makan tengahari di luar dengan ex-office mate aka downlines saya. Lepas lunch, kami serang Tutti Fruitti. Memang tak berbaloi tangguh aiskrim RM1.50 seorang untuk frozen yogurt yang berharga RM10.50 seorang. 10x ganda okeh...Suami jangan jealous ek..

Kusyuk


10x ganda aiskrim

On the way balik rumah-Pengsan dahh
 Oh ya...belum terlewat untuk mengucapkan Salam Jumaat untuk semua. Alhamdulillah cuaca pagi hujan renyai-renyai. Jangan lupa perbanyakkan selawat dan surah al-kahfi ye...Sayang semua pembaca saya.


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: