Betapa Besar Jasamu Abah

11:26 AM

Agak-agak bila tengok gambar ni apakah yang ada di fikiran kita ya?
 
 
Sebenarnya, insan dalam gambar tu abang saya yang no. 3. Zainal Muhamad namanya. Dia ni bekerja kat POS Malaysia, tapi rajin sungguh berkebun kelapa sawit di belakang rumah. Setiap hujung minggu dia akan menuai bila tiba masanya.
 
Bila baca caption dia memang tersentuh hati saya. Ye lah, teringat perit jerih arwah abah membesarkan kami 8 beradik.
 
Ya Allah.. betapa begini penatnya aku menuai buah kelapa sawit. Tetapi apabila keringat membasahi tubuh, aku teringat kepada arwah bapa aku, aku dapat merasai beginilah pengorbanannya pahit merih dia memerah keringat ketika mencari rezeki, itulah pengorbanan arwah bapa aku untuk membesarkan aku dulu. Sungguh menjadi pengajaran, besarnya pengorbanan seorang bapa yg tidak mungkin aku dapat membalasnya.
 
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Note: Bila tengok gambar tu sebenarnya nak gelak. Pandai abang saya berlakon kan?

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments