Bisnes Vitamin: Bukan Touch & Go - CIK MIL MILA

Tuesday, April 15, 2014

Bisnes Vitamin: Bukan Touch & Go

Menjual vitamin bukan setakat touch and go. Setelah urusan jual beli berlangsung, sudah pasti kami dengan tenang menunggu feed back customer terutamanya yang baru pertama kali mencuba. Ada reaksi yang gembira sehingga melompat-lompat, kerana mendapat manfaat vitamin dalam masa yang singkat. Ada juga yang kecewa kerana belum terlihat atau merasa kesan vitamin itu. Ada juga yang tak ada perasaan, yang ini saya suka juga sebab si empunya badan memang sudah biasa makan vitamin, cuma bertukar jenama, jadinya dia tak rasa apa-apa.Tunggu dua tiga minggu lagi, pasti berita gembira yang dikhabarkan mereka!


Mengapa ada yang mudah mendapat kesannya, ada juga yang belum walaupun sudah botol ke 3 atau ke 4?

Saya bukanlah doktor, tapi berkat kerajinan menelaah dengan kawan-kawan seangkatan dan juga guru-guru kami yang berpengalaman, malah berkat bantuan sumber rujukan google saya dapat jawapannya.

Bila A dan B, makan vitamin yang sama, untuk tujuan yang sama, usia yang sama, tapi kesannya yang berbeza. Kemungkinannnya ialah mungkin kerana tahap kesihatan mereka berbeza, gaya hidup mereka berbeza, pemakanan juga berbeza. Vitamin cuma menampung kekurangan nutrisi. Makanan perlu seimbang. Gaya hidup sihat juga penting seperti senaman, tidur dan rehat yang cukup, hubungan dengan tuhan (spiritual) juga sangat penting. Kepercayaan tentang keberkesanan vitamin juga penting. Menurut kajian 30% keberkesanan sesuatu produk bermula dengan keyakinan. Maksudnya, jika anda percaya produk itu sangat berkesan, anda sudah 30% merasai keberkesannya. Tanpa mengambil kira apa juga material produk itu. Sebab itu makan vitamin perlu dengan ilmu. Jika anda buat research tentang sesuatu produk, dan mendapat penerangan yang lengkap baru anda mencuba produk itu berdasarkan keyakinan anda sudah pasti produk itu hampir berkesan iaitu sekurang-kurangnya 30%

Hmm...perenggan yang panjang. Anda faham tak apa yang saya maksudkan?

Pendek kata, makanlah vitamin dengan ilmu. Mana nak dapat ilmu tu. Iqra'. Bacalah. Kalau nak mudah minta pengedar anda jelaskan dengan terang. Jika anda beli dengan saya, itu yang akan saya buat, in shaa Allah. 

Bermunajatlah dengan Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Penyembuh!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com *

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: