Sakitnya Bila Pedih Ulu Hati

3:58 PM

Semalam saya ada share tentang gastrik. Boleh tengok link ini. 

http://mamanurins.blogspot.com/2014/04/gastrik.html 

Sebenarnya dulu, masa belajar kat UPM ada beberapa kali saya terkena gastrik. Saya tahu puncanya-stress dan tekanan yang melampau. Kalau tak silap, ketika tahun akhir. Memang sakit tak terkata. Muntah-muntah. Makan pun tak boleh. Nak berjalan pun susah. Nasib baik ada rescuer- boyfriend ku ketika itu, suamiku sekarang. Pergi klinik, lepas tu dapat ubat cecair, rasanya tak sedap. Rasa kapur. Nak baik punya pasal, telan lah juga. Memang baik lah. Lepas tu, seingat saya episod tu tidak berulang. Alhamdulillah.

Walaupun pulih dari gastrik yang berpunca dari stress tu, saya mudah sangat kena pedih ulu hati. Terutamanya ketika mengandung. Ingatkan selepas bersalin pedih ulu hati hilang, tetapi makin kerap rupanya. Bila sakit, saya cuma minum banyak air kosong yang banyak atau makan buah-buahan dan biskut kering untuk nuetralkan rasa pedih tu. Hmm..tak berapa nak berkesan. Sangat tak selesa. Doktor kata, banyak asid dalam perut dan kalau berterusan boleh jadi ulser. Dia suruh saya jaga makan. Kurangkan makanan pedas, masam dan jaga waktu makan. Bila sudah terlalu kerap sehingga sebati dengan diri saya jadi malas nak fikir. Sebab sakit tu datang dan pergi. Betapa mudahnya saya menyelesaikan masalah. Pernah juga makan Gaviscon, yang jenis cecair tu, saya memang tak boleh nak minum, jadi saya opt yang jenis chewable pill. Rasanya ahhh....tak best :p

Bila bertemu dengan Shaklee, saya penggemar setia ESP. Hari-hari ceria saya dimulai dengan makanan sunnah iaitu madu dan juga ESP selain sarapan dan vitamin-vitamin lain. Saya rasa sihat, bertenaga dan bersemangat. Bila kita sihat, kita lebih bersemangat menjalani hidup yang indah ini walaupun disulami dengan pahit manis kehidupan!



Oh! Apa yang saya hendak ceritakan ni?

Sebenarnya, bila flashback balik, sudah setahun lebih saya dengan Shaklee. Setahun lebih juga saya minum ESP. Saya tak perasan yang sakit pedih ulu hati saya hilang begitu sahaja. Saya tak perasan. Sungguh! Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, banyak masalah kesihatan saya selesai dengan ESP. Manakan tidak, ESP ini adalah sumber protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita. Saya juga mengambil Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) setiap malam sebelum tidur. Kalsium juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan kepedihan.
 
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Saya percaya, pedih ulu hati saya itu sudah kembali pulih dengan pengambilan protein terbaik secara konsisten. Selamat tinggal ubat pedih ulu hati!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments