Saranan Sarapan Kanak-kanak oleh Prof Dr Muhaya

4:25 PM

Protein merupakan hidangan terbaik anak-anak anda. Elakkan karbohidrat seperti nasi lemak dan roti canai kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat mempercepatkan rasa lapar. Sumber protein boleh didapati dari susu, telur dan kacang. Telur yang baik ialah yang kaya dengan omega-3.  Jangan takut dengan kolesterol kerana kanak-kanak sangat aktif. Antara cadangan pilihan sarapan bersumberkan telur yang mudah dan cepat:-
  1. Telur separuh masak
  2. Telur mata lembu (free oil atapun cuma sedikit minyak zaitun), ditabur sedikit dengan serbuk lada hitam
  3. Scrambled egg 
Ketiga-tiga hidangan di atas boleh dimakan bersama roti. Kalau boleh jangan beli roti putih, bertukarlah kepada roti wholemeal.

Lain-lain menu
  1. Baked beans
  2. Pelbagai menu kentang. Boleh digoreng sendiri, sekurang-kurangnya bukan yang diproses
  3. Oat
Buatlah sandwich mudah untuk anak-anak ke sekolah. Biasakan buat sendiri sarapan untuk mereka. Elakkan mereka membeli makanan di kantin sekolah. Bukan sahaja menjimatkan, malah lebih bersih kerana kita sendiri yang sediakan untuk mereka. Tambahkan sayur yang segar dalam sandwich tanpa perlu dimasak seperti salad, timun dan tomato.

Yang ni sarapan saya semalam, mungkin tak berapa sihat kerana saya letak banyak mayonaisse. 


Saya dan suami sedaya upaya untuk sediakan sarapan sendiri untuk anak-anak. Kadang-kadang mengelat juga goreng nugget dan karipap segera. Haha. Most of the time, suami yang incharge untuk sarapan anak-anak. Terima kasih suamiku. 

Sarapan tetap saya: ESP (Energizing Soy Protein), merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan oleh non GMO soya. Tak tahulah, sejak tahu benefit ESP ni, saya memang tak mahu tinggal langsung. Rasanya sedap dan khasiatnya hebat. Jom jom ambil tahu apa yang bestnya ESP ni.


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments