Set Kesuburan Shaklee

10:27 AM

Sebelum ini, saya pernah membincangkan tentang vitamin-vitamin yang terbaik untuk membantu masalah kesuburan baik untuk wanita dan lelaki. Hari ini, saya mahu berkongsi lagi tetapi kali ini lebih terperinci.

Setiap wanita akan melalui pengalaman kesuburan yang berbeza. Ia bergantung kepada ginetik, gaya hidup dan pemakanan. Jadi, jika wanita A dan wanita B mengambil vitamin yang sama pada waktu yang sama, peluang untuk hamil adalah berbeza. Maksud saya, pengambilan vitamin yang dicadangkan bukanlah jaminan yang anda boleh hamil. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Wallahuaklam.

Perkara yang perlu diutamakan mestilah berbalik kepada yang asas. Jika setiap manusia terbina dengan sel, maka kita perlulah mengutamakan makanan sel. Untuk mendapat sel yang sihat, perlulah mengambil makanan sel yang sihat. Apakah makanan sel yang saya maksudkan?

Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Apabila kita punya sel yang sihat, perkara seterusnya yang perlu diambil kira ialah nutrisi.

Vita Lea

Merupakan vitamin lengkap yang mengandungi 28 vitamin dan mineral perlu oleh tubuh badan seorang dewasa. Ia membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita yang kekurangan vitamin dan mineral dari diet kita. Jadi bila badan mendapat nutrisi yang cukup, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Jika anda seorang yang anemia, ia memberi risiko ketidaksuburan, memungkinkan kemandulan, makanya anda sangat perlu mengambil zat besi tambahan. Secara am, ia menyokong kesihatan secara keseluruhan, kesihatan jantung, kolon dan mata. Menguatkan tulang dan system imun yang sihat. Hebatnya Vita-Lea ia dihasilkan melalui teknologi salutan mikro asid folik berpaten. Pembebasan segera di perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik yang membantu dalam penghasilan dan mengekalkan sel baru.

Vitamin C 
Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesterone.

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Memberi tenaga, menenangkan perasaan dan tiada tekanan. B complex baik untuk saraf sekaligus memelihara emosi wanita supaya tenang dan rileks. Emosi sangat membantu dalam menghangatkan hubungan seks dan jiwa yang tenang penting untuk kesuburan.

Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain untuk kulit yang sihat, ia melindungi daripada kerosakan oksidatif sel dan tisu lemak yang boleh merosakkan kelembapan kulit. Sangat baik untuk melindungi kulit dari sinaran ultralembayung. Ia memelihara salur darah yang sihat, mencegah pembentukan darah beku. Fungsi paling penting ia memeliharaorgan pembiakan berfungsi dengan sihat baik bagi lelaki ataupun perempuan. Kajian menunjukkan vitamin E dan selenium dapat meningkatkan mobiliti dan pergerakan sperma. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Hebatnya vitamin E Shaklee ianya diperkaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur.

Zink

Sperma mengandungi konsentrasi zink yang tinggi. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Zink membantu meningkatkan fungsi sperma iaitu untuk menambah bilangan sperma, meningkatkan mobility sperma dan cirri-ciri fizikal sperma yang sihat. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa Complex 
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex 
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). Jangan terkejut jika kulit anda semakin berseri kerana GLA Complex mengandungi vitamin E juga. 

Yang penting sentiasa positif, banyakkan istighfar dan sedekah kerana ia membuka ruang rezeki yang luas termasukkan anak yang didambakan untuk bahagia dunia dan akhirat.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments