Vitamin C Penyelamat Sakit Tekak dengan IzinNya

3:56 PM

Seronok semalam bila mama mertua dan adik ipar sekeluarga datang bertandang ke rumah. Uncle Don (panggilan oleh anak-anak saya), isterinya Dila dan 3 orang superheroes nya. Meriah!

Menu tengahari yang ringkas. Selalunya en suami yang masak, tapi pagi semalam dia menziarahi kubur arwah ayah mertua dan ada urusan lain, jadi I am the chef of the day! Saya masak lauk yang saya biasa masak je. Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ikan Kerisi Goreng, Kerang Rebus, Sayur Campur dan tak lak lupa Nasi Putih. Kalau tak de nasi nak makan apa ye tak? Haha. Tak kelakar!

Alhamdulillah...selera semua orang makan termasuk saya. Selalu nasi tak bertambah tau, tapi sebab makan ramai-ramai dengan mama, berselera saya makan. Betul tak tipu...hehe..suami pun tak percaya.

Bila mama mertua nak balik, anak-anak saya sibuk sangat nak ikut mereka. Kesian, jadi kami izinkanlah. Malam karang baru ambik. Tinggal berdua dengan suami kat rumah. Macam sunyi je. Macam best je. Eh eh!! Semalam pula, hujan lebat. Sejukkkk...tengah tengok Mr Os dengan suami, boleh pula saya tertidur atas lengan dia. zZzzz...Sedar-sedar dah azan Asar. Terkejut saya. Terus saya naik atas konon-konon nak masuk SOHO buat kerja sebab suami bersiap-siap nak ke surau. Cabaran juga kan SOHO dalam bilik tidur ni. Inalillah..memang saya sambung tidur. Penat masak kot?

Tak sedar apa yang berlaku selepas itu, suami balik pukul berapa pun tak pasti. Memang hanyut dibuai mimpi. Tahu je lah tidur lepas asar. Astagfirullah. Nasib baik bendera jepun!

Lewat petang berhajat nak ke pasar dan terus ke Bangi nak ambik anak. Hujan renyai-renyai. Naik pula kereta antik kesayangan. Memang tak ada payung. Dalam kereta, suami tanya tak nak bawa payung ke. Payung yang paling besar ada dalam kereta satu lagi. Saya kalau dah ready nak keluar malas nak patah balik. Confident cakap tak payah.... Tahu tak saya dan suami meredah hujan renyai ke pasar malam tu. Romantik kot? Muahahahaha...Sejuk-sejuk kami makan kat gerai soto. Lepas tu boleh round satu pasar beli mangga, beli apam balik (my favourite) dan beli donut (beli sebiji je, tak nak membazir punya pasal). Cepat-cepat jalan masuk kereta. Singgah surau jap suami nak solat maghrib. Saya tunggu dalam kereta je. Memang sejuk menusuk tulang belulang. 

Dalam kereta tekak dah rasa lain macam je sebab tadi minum banyak ais, air kosong kurang pula sebab sibuk masak dan sibuk tidur (read: jangan ikut perangai saya).  Kepala pun dah pening-pening lalat. Pause kejap: Ni betul-betul sakit ke atau permainan minda je ni? 

Saya sihat. Saya sihat. Saya sihat

Dalam hati tawakkal je la, balik nanti mandi-mandi makan vitamin C banyak-banyak. Lepas suami solat zassssss terus ke rumah mama mertua. Ambik anak-anak syurga. Gitu gini gitu gini balik semula ke rumah saya. Sebelum tidur saya nak makan vitamin C tapi malas nak turun ke dapur. Kepala berat sangat dah. Tengok-tengok ada pula Chewable Vita-C Plus anak-anak. Ambik sebiji kunyah-kunyah, minum air terus tidur.

Bangun pagi pukul 5, syukur Alhamdulillah....tekak baik seperti sediakala. Kepala berat sikit tapi rasa tak teruk pun sangat. Mulakan hari Isnin dengan iltizam!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments