Diari Ahad 11 Mei 2014 - CIK MIL MILA

Monday, May 12, 2014

Diari Ahad 11 Mei 2014

Pernah tak kita rasa gembira bila kita solat? atau kita rasa biasa-biasa sahaja? Subhanallah, marilah kita perhatikan balik ibadah kita.
Kenapa tiba-tiba ini yang terlintas di fikiran? Kisah yang panjang semalam Ahad, 11 Mei 2014. Seboleh-bolehnya saya cuba kuatkan semangat dan hindari tanggapan dan fikiran negatif biarpun hanya bermain di minda dan tidak diluahkan.

Tepat jam 4:30 pagi, seperti biasa alarm handphone berbunyi. Biasanya alarm akan snooze 10 minit selepas itu baru saya bangun. Pernah terdengar kata ustaz, tak ingat siapa, katanya snooze button itu adalah syaitan yang sengaja melewat-lewatkan kita bangun dari tidur. Astagfirullah...

Sumber: Google

Saya bangun dari tidur walaupun berat sungguh kepala, dan perut saya sakit memulas-mulas. Mahu sangat bangun tapi tidak berdaya. Saya cuma mampu menadah tangan berdoa supaya saya akan bangkit bangun sebelum azan Subuh. Akhirnya saya tarik selimut kembali dan tidur.

Bila terjaga saya lihat suami sudah selesai solat. Nampak gaya dia pun bangun agak lewat kerana dia tidak ke surau. Teruk benar penangan gear box kambing tu ye. Hehe. 
Saya rasa nak menangis bila tengok jam hampir pukul 7. Melompat dari katil terus ke bilik air. Allah...sayangnya Allah pada saya bila saya dapat tahu saya sedang uzur (period). Patut la hot flash, sakit kepala dan sakit perut. Pelik sungguh kesan menstrual bulan ini. Selalunya ia datang tanpa rasa apa-apa. Gembira kerana ianya datang tepat pada waktu. Alhamdulillah. 

Aktiviti hari Ahad ni penuh, laundry, spring cleaning, cooking and list goes on. Rasa sakit bahagian abdomen tapi gigih juga buat sarapan kegemaran di rumah ini. Sandwich telur. Tengah masak telur Nurin ke dapur sibuk nak menolong. Anak mama yang ini memang suka menolong di dapur. Siap ada request lagi nak Jemput-jemput Pisang. Suami suruh layankan aja. Jadi pagi ini ada 2 jenis sarapan. Semoga habislah. Tak suka membazir amalan syaitan. Lepas sarapan saya makan B complex dua biji untuk melegakan period pain. Memang membantu.

Hari ibu saya tak sambut. Suami pun tak wish. Bila ditanya perlu ker? Sedangkan hari-hari kita memang sentiasa menghargai mereka dalam doa dan solat. Itulah suami saya. Hadiah istimewa darinya hari ini ialah laundry A- Z. Banyak load juga. Syukurlah suami saya selalu membantu hal-hal domestik begini.
Lunch. Saya rebus daging untuk  menu asam pedas. Sejak dari pukul 10 pagi. Dalam pada itu saya mengerah seluruh tenaga untuk vacuum rumah dari depan ke belakang. Masha Allah...banyak sungguh habuk. 2 minggu tidak di vacuum! Bagaimanalah hendak beli rumah besar, rumah sekangkang kera 1500sqft ni pun tak larat nak kemas. Mahu patah kaki rasanya. Berpeluh-peluh. Anak-anak  saya halau ke bilik mereka. Haha. Sebelum mop tarik nafas panjang. Minum air bergelas-gelas. Penat ya Allah...period pain pula tu. Kalau tak dibuat sakit mata memandang. Suami sibuk dengan urusan lain. Kasihan juga dia.
Selesai mop suami sibuk pula hendak membetulkan paip di sinki dapur yang mula bocor. Saya ambil kesempatan untuk berehat plus napping. Pesan anak-anak kejut pukul 1. Lewat sikit lunch sebab breakfast besar pagi tadi.

Masak. Tetiba menu rasa macam nak diubah. Sebab tengok daging yang saya rebus sebenarnya sedikit sangat. Silap bajet lah. Mee Bandung Muar!


Oh! Sedap sungguh. Berselera makan dengan suami dan anak-anak. Bahagia mereka sentiasa di sisi saya.

Panjang kisah Ahad ini, cuma malas hendak menaip lagi. Pesan saya, bila sakit, jangan difikirkan sangat.Sebenarnya semalam, saya bukanlah mengalami period pain saja, tapi saya rasa sedih dan murung juga. Mungkin kerana teringatkan arwah emak dan abah. Al-Fatihah untuk mereka.
Syukur ada B Complex. Ia membuatkan saya tenang dan bertenaga. Bertindak sebagai painkiller dan anti stress.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: