Resepi Tofu Telur (Egg Tofu)

4:24 PM

 Dah seminggu beli tofu ni tapi belum sempat nak masak. Bila nak masak macam tak match dengan lauk yang teringin hendak dimasak. Hari ini baru rasa macam match.

Resepi Egg Tofu

Sepaket tofu telur (3 paket kecil)-
Sebiji bawah besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
Sebiji lobak merah yang kecil-di potong dadu
Setengah cawan jagung manis (whole kernel)
Sebiji lada merah-dipotong dadu
Sebiji tomato-dipotong enam
Setengah cawan air
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis-saya guna minyak zaitun

Cara-cara

Keluarkan tofu dari plastik dan potong kecil-kecil

3 paket tofu telur

Sepaket dipotong enam



    
Bahan-bahan yang dipotong

Panaskan minyak. Saya gunakan minyak zaitun.

Sikit je tau! 

Minyak zaitun
Masukkan bawang besar, bawang putih, lada merah hingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah, jagung dan tomato.


Menumis
Sementara itu bancuhkan air, sos tiram dan tepung jagung di dalam cawan. Kacau dengan garfu hingga sebati.

 Biarkan seketika

 Curahkan ke dalam kuali. Biar sehingga mendidih.



Apabila mendidih, masukkan tofu yang sudah dipotong. Siap.

 Alih ke dalam bekas dan hiasakan dengan daun bawang dan daun saderi.




Ada juga yang suka tofu itu digoreng dahulu. Terpulang. Selamat mencuba ya

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments