June 2014 - CIK MIL MILA

Saturday, June 21, 2014

Peppermint Ginger Plus
1:57 PM0 Comments
Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.



Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Rasanya sedap dan menyegarkan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

‬‪Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, June 19, 2014

Perkasakan Imun Sistem Kita dengan Nutriferon
4:42 PM0 Comments
Imun sistem seperti tentera dalam tubuh badan kita. Jika diserang patogen, imun sistem yang kuat akan mempertahankan tubuh badan kita daripada diserang pelbagai virus yang membawa penyakit. Jika tentera kita lemah, kita mudah diserang penyakit. Soalnya, bagaimana untuk memperkasakan sistem imun dalam badan kita?

Kita sudah mengetahui bagaimana sistem imun bertindak balas. Sila rujuk entri saya sebelum ini; Tindak Balas Sistem Imun

Oleh kerana manusia zaman kini terdedah dengan tekanan, pemakanan yang tidak sihat, dan pencemaran alam sekitar maka ia menjejaskan sistem imun untuk bertindak balas dengan sepatutnya. Kesemua yang disebutkan sudah tidak dapat dielakkan lagi masa kini. Jadi apa yang perlu kita lakukan?
Jawapannya ialah aktifkan interferon dalam tubuh badan! Mengapa interferon? Kerana para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.

Tahukah anda? NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Fakta hebat NUTRIFERON

  • Ia dicipta oleh ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  • NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai, farmasi atau hospital. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  • Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (NutriFeron). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Jelas tak penerangan saya? Kalau tak jelas hubungi je lah saya. Anytime saya available untuk konsultasi.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Adakah Vitamin C Memadai dari Buahan
4:18 PM0 Comments

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan - Buku Panduan Nutrisi, Shaklee.

Sukar untuk mendapat khasiat vitamin C dari buah-buahan sahaja. Berapa banyak buah yang kita perlu ambil untuk 500mg vitamin C? 10 biji sehari? Mampukah kita? Sebab itu lah kita perlukan supplemen untuk menampung kekurangan vitamin C dalam tubuh kita.

Apa beza Sustained Release Vita-C Plus Shaklee dengan vitamin C lain di pasaran?

1. Mengandungi hanya 100% bahan semulajadi-diekstrak daripada kanji jagung ("sumber semulajadi vitamin C"). Ia dihasilkan menyerupai molekul yang sama dalam buah sitrus. Mengandungi 120mg bioflavonoids.

Bioflavonoids-meningkatkan lagi fungsi vitamin C, mencegah pengoksidaan vitamin C dalam badan dan mengawal paras kolesterol sihat

2. Bersifat Sustained Release- Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya dan ianya dibebaskan setiap jam sebanyak 1.5 hidangan. Dengan mengambil vitamin C Shaklee, vitamin C mampu kekal di dalam plasma darah kita berterusan.

Bahasa mudahnya, vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh. Ini sangat penting kerana vitamin C larut air, dan mudah rosak. Jika kita mengambil vitamin C yang tidak bersifat sustained release, ia akan larut dalam darah dan terus dibuang melalui air kencing. Ia perlu ditop up secara manual untuk mengekalkannya di dalam darah.

Kan senang kalau ambil yang sustained release. Tak payah top up banyak kali.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Tindak Balas Sistem Imun
10:56 AM0 Comments
Credit

Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai sistem imun, yang dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.

Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi holistik, sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Menurut beliau lagi sistem imun adalah sangat penting dalam usaha untuk menggalakkan kesihatan yang baik.

Kajian mengenai sistem imun telah lama dijalankan, tetapi sejak berlakunya epidemik AIDS kajian mengenai sistem imun mendapat perhatian.

"Anda adalah sebaik sistem imun anda. Penyerapan, metabolisma, homeostasis, dll tidak dapat berfungsi dengan baik jika kesihatan sistem imun terjejas untuk jangka masa tertentu."

Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan kesihatan optimum diri seseorang.

Soalan: Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun?

Tekanan, pemakanan yang tidak sihat, dan pencemaran alam sekitar dikenalpasti sebagai faktor utama yang memberi kesan ke atas sistem imun. Berbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui impak pemakanan ke atas sistem imun dan mekanisma di dalam usus kecil.

Bagaimana kita mengasimilasikan makanan kita dan persekitaran mempunyai kesan yang mendalam ke atas tali perut kita. Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita.

Soalan: Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan sekarang?
Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi.

Soalan: Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita?

Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan, mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil.

Soalan: Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi?

Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita sentiasa bekerja keras, setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan mengimbangi pelbagai spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup di dalam badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel kita sendiri.

Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari ini berlaku apabila sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau tidak berfungsi; dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis masalah penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi.

Soalan: Apakah tanda-tanda awal dan gejala?

Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil peduli atau tolak ke tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah buang air besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan, ketagihan, susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan kemurungan.

Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka anda akan tahu. Ianya sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya bertambah dari hari kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman ini, tiada had umur bagi mengalami kecelaruan imun.

Soalan: Bagaimana untuk menterbalikkan keadaan kesihatan yang tidak baik kepada yang baik.

Secara ringkasnya, cari punca masalah. Memandangkan ketoksikan dan tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah penting. Buang tekanan fizikal dan mental, pulihkan semula sistem imun, demi untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Dari temubual tadi dapatlah disimpulkan bahawa untuk memulihkan penyakit dan mengembalikan kesihatan optimum, kita perlu mencari punca masalah dan menyelesaikannya, antaranya dengan melakukan detoksifikasi dan memulihkan kesihatan sistem imun.


Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits Times, dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan terapi nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits Times, 4 Feb 2012.


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, June 18, 2014

Lecithin Mengurangkan Berat Badan?
4:48 PM0 Comments
Banyak dakwaan yang mengatakan lecithin mampu menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja malah baik untuk meningkatkan prestasi fizikal, daya tahan dan meningkatkan ketajaman mental serta tindak balas masa.

Nampak hebat kan? Macam dongeng jer?

Bagaimana lecithin dikatakan boleh mengurangkan berat badan? Peranan asas lecithin adalah sebagai pengemulsi lemak. Sebab itulah lecithin ditambah kepada marjerin supaya lemak akan tersebar/bersatu apabila bercampur dengan air.

Check sekarang coklat yang anda makan.  Pasti ada ramuan lecithin dan kebanyakan nya daripada soya. Jom kita cuba buat ni; tuangkan minyak di atas air dan ia melekat bersama-sama dan terapung di atas. Minyak dan air tidak akan bercampur. Semua pun tahu kan. Dan sekarang cuba tambah ejen mengemulsi iaitu lecithin, kacau dan kesemuanya bercampur dengan air.

Tetapi adakah ia berkesan dalam tubuh untuk memecahkan lemak dan menyingkirkan lemak badan yang dimetabolismekan? Haaaa.... nak tahu?

Jika anda percaya ia berlaku, memang ia akan berlaku. Sekarang ni terdapat banyak testimoni/bukti bahawa lecithin dalam aliran darah boleh melarutkan lemak, mengelakkan lemak daripada melekat pada dinding arteri, menyebabkan darah beku dan aterosklerosis (penebalan dinding arteri). Kedua-dua ini merupakan sebab-sebab penyakit kardiovaskular jika tidak diubati. Lagi sebab lecithin perlu diambil.


Lecithin mengurangkan risiko penyakit jantung! Sebab tu ramai orang mengambil produk soya untuk kesihatan jantung.  Tapi AWAS!!! Ambil yang non-GMO!


Walau bagaimanapun, jangan buta-buta je ambil lecithin untuk kurus tapi tidak makan makanan seimbang dan tidak bersenam.  Sia-sia je lah. Ye la, makan lecithin tapi makan makanan berminyak. Lemak memang diemulsi tapi tidak sepenuhnya. 

Nak lebih berkesan ambil sekali dengan alfalfa. Barulah ngetop!!

Lagi info berguna tentang lecithin. Klik link ini

http://www.mamanurins.blogspot.com/search/label/lecithin?m=1

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Tip Memarahi Anak Dengan Cinta
4:24 PM0 Comments
1. Istighfarlah sebelum memarahi.

Bila 'marah', itu suasana hati yang 'manusiawi'. Ia sekelip mata boleh bertukar menjadi 'syaitoni'. Tindakan 'memarahi' mesti bersama suasana hati yang bersih, bukan emosi tak terkendali. Istighfarlah.

2. Terangkan akibat setiap perbuatan, bukan ancaman menggunakan posisi kita yang lebih tinggi.

Contoh:

"Kalau adik tak patahkan barang kakak, nanti Allah sayang. Malaikat catat, adik ni baik. Pandai jaga barang kakaknya."

Contoh ancaman:
"Hah gaduh? Nak kena tambat atas pokok!"

3. Ajak anak berjanji dengan Allah.

Contoh:

"Ummi tak suka marah kakak. Ummi suka senyum je untuk kakak. Tapi Ummi terpaksa marah kakak kalau kakak ada sebut perkataan tak soleh. Ummi malu dengan Allah kalau kita mungkir janji. Kitakan dah janji, nak jadi hamba Allah yang berakhlak mulia."

4. Sesekali, ajar anak yang sering menganiaya adik beradiknya yang lain tentang 'keadilan'. Ajarkan juga anak yang dianiaya tentang 'kemaafan'.

Contoh:

Si adik suka tarik rambut abangnya.
Sesekali, pegang si adik dan serahkan kepada si abang, katakan, " Orang yang tarik rambut orang, boleh ditarik rambutnya."

Tapi sebelum si abang tu bertindak, bagi mind set kaw kaw dulu, " Tapi, abang ni pemaaf kan? Abang tak nak tarik balik rambut adik, kan? Abang tetap sayang adik, kan?"

" Mari kita peluk dan berkasih sayang."

5. Jangan melabel buruk dirinya.

Contoh:

"Dasar anak derhaka."
"Bodoh!"
"Nakal!"

Lebih baik tukar kepada...
"Dasar ahli syurga firdaus."
"Bakal ulama!!!"

6. Marahi kesalahannya sahaja, bukan keseluruhan dirinya.

Contoh:
Anak menangis dan mengoyakkan buku kerana kecewa hasilnya mewarna comot. Habis rumah bersepah dan ia mengundang marahnya ibu.

Katakan padanya,
"Masa umi kecil dulupun, umi mewarna comot juga. Tapi umi cuba lagi sampai dapat. Kakak bukannya tak pandai mewarna, tapi Allah nak kakak cuba lagi."

Contoh melabel keseluruhan:
"Bodoh sombong."

7.Pastikan tindakan 'memarahi' berakhir dengan menyejukkan emosinya. Jelaskan padanya, "Ummi dan Abi sangat sayangkan
kakak kerana Allah."

:')

Credit FB: Sebarkan Bahagia. (Ustazah Fatimah Syarha)



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, June 17, 2014

Omega Guard vs Lecithin
3:45 PM0 Comments
Ramai tanya apa beza. Sudah pasti lah sumber nya yg berbeza. Omega Guard diperbuat dari minyak ikan laut dalam dan melalui 3 peringkat penyulingan untuk menyingkirkan logam berat. Lecithin pula diperbuat dari soya. Fungsinya hampir sama. Kedua-duanya pun baik untuk kesihatan dan mudah diserap oleh tubuh badan. Baik untuk memori (sel otak berhubung), jantung, sendi, singkir kolesterol jahat. Sesuai untuk setiap golongan dari kanak-kanak hingga warga emas.


Ramai yang lebih sukakan Omega Guard tapi oleh kerana budget yang terhad mereka terpaksa memilih Lecithin. Jangan risau, lecithin tetap hebat! Berkesan dan Selamat.

Hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi percuma.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Spring Cleaning Bilik Anak Dara
3:38 PM0 Comments
Sehari sebelum sekolah di buka setelah cuti panjang, saya mengambil peluang mengemas bilik anak-anak. Waduhh... perlu fikir strategi bagaimana mahu bermula.

Paling penting ialah let go buku-buku lama mereka. Yang sudah habis digunakan dan yang sudah koyak sehingga tidak boleh diselamatkan lagi. Ini antara buku-buku yang akan 'diselamatkan'. Hingga saat ini masih ada dalam kotak dalm rumah saya.


Ini stationeries yang saya jumpa  dalam laci, celah-celah rak, dalam almari baju, dalam buku, bawah katil. Fuhh...banyak sungguh!




Kaler ni sejak Nurin dan Alya masih kecil. Sejak dia sudah pandai memegang pensel dan sejak itu kami sudah membelikannya. Kaler yang gemuk-gemuk tu. Hehe. Nak buang sayang. Tiap-tiap tahun belikan kaler, dan setahun rasanya lebih sekali. Kotak memang lunyai. Jadi kami kumpulkan begini.

 Tengok tu sharpener dengan pemadam mereka. Haih... membazir rasanya.


Wisel tu unik sebab dapat masa Shaklee Master Celebration di Hotel Royal Chulan.


Pensel memang banyak. Kebanyakan hadiah hari sukan, hadiah kecemerlangan, hadiah hari jadi, orang bagi atau anak-anak amik orang punya (giggle). Sebab kami tak pernah beli pensel HB. Banyak pensel HB je dalam bakul ni.

Saya menunggu saat mereka besar dan pandai mengemas bilik sendiri!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Membina Keyakinan Diri
3:13 PM0 Comments
Kalau kita tak yakin dgn guru yang mengajar anak kita, boleh saja kita pindahkan sekolahnya dan cari guru terbaik. Kalau kita tak yakin dengan doktor yang merawat kita, boleh saja kita cari doktor terhebat di hospital lain. Kalau kita tak yakin dengan kemampuan orang lain untuk apa sahaja, kita ada pilihan untuk mencari yang kita percaya TAPI kalau kita TAK YAKIN pada DIRI kita sendiri?? Adakah kita buang diri kita dan cari yang lain??? - dari seorang murabbi

MODE: sentap!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Tips Belajar Bahasa Cina
3:09 PM0 Comments
Saya sedang mencari tips/teknik untuk mengajar anak Bahasa Cina untuk darjah 1. Mohon jasa baik kawan-kawan. Maknya excited masukkan anak kelas Cina tapi maknya tak pandai nak ngajor. Sudahnya anak dapat result yang tak memberangsangkan. Thank you in advance.

Saya post ayat di atas di wall FB saya. Ada banyak tips dari kawan-kawan. Komen ni boleh dipraktikkan. Ntah bila agaknya kan? 

 


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, June 12, 2014

Its Too Hot to Work, but I Have To Because I Love My Work
3:31 PM0 Comments
Cuaca di luar sangat panas. Cuaca dalam rumah ini berkait langsung dengan cuaca di luar. Oleh kerana ber'jiwa' green, maka saya tak on aircond pun dalam SOHO saya. Seolah-olah bersauna gitu. Persiapan menghadapi kematian. Gulp! Bilik anak-anak saja yang dibuka aircond nya kerana mereka sedang ber'frozen' dalam bilik. Konon-konon dalam panggung wayang. Aircond yang sejuk, bilik yang gelap dan tab yang terpasang filem kegemaran 'Frozen'. Mama mula-mula tu golek-golek juga dengan anak-anak dara ni, tapi bila tengok jam, meremang bulu roma. Masih banyak yang perlu mama usahakan demi meraih impian!

Sumber: Google

Hari ini menu makan (asyik cerita pasal makan aje), menu ulangan kegemaran Nurin. Sudah hampir 3 hari dia sebut-sebut menu ini, Paprik Ayam. Suka sangat. Papa suruh layankan aje tekak anak-anak. Kalau mama bosan, papa suruh masak menu lain untuk mama. Macam la papa tak tahu mama ni 'rajin; sangat nak masak banyak-banyak. Mama sedang berpada-pada dengan makanan, hiburan dan tidur. Tak sedar kah?

Alhamdulillah... ada COD di Cyberjaya nanti. Contact saya ketika saya masih bekerja dulu. Rindu pula nak gossiping dengan dia. Opsss.... bukan buat ketupat tau, tapi gossip tentang buat duit dengan Shaklee. Tak sabar ni nak jumpa mata bertentang mata. Bercerita tentang peluang membuat kebaikan dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, June 11, 2014

Ingin Jana Pendapatan Sampingan dan Hanya dari Rumah?
6:10 PM0 Comments
Adakah anda mempunyai kemudahan internet tanpa sempadan, smartphone yang canggih dan ingin menjana pendapatan sampingan?

Mahu mencuba Shaklee? Shaklee menawarkan 3 C iaitu Cash, Car dan Convention.

Tak perlu 'headhunting'. Kalau tiada downline pun Shaklee masih bayar bonus jika anda layak-minima belian RM500 sebulan. Bonus dibayar setiap bulan mengikut belian. Lebih banyak sharing lebih banyak pendapatan yang dibayar. Untuk dapatkan bonus tunai dan manfaat Shaklee yang lain, apa kata cuba dahulu vitamin Shaklee yang hebat dan rasai perbezaannya.


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Jika Sayang Suami...
5:59 PM0 Comments
Saya tahu ramai di kalangan wanita/isteri yang sedang mencari vitamin untuk suami tersayang. Siapa tak sayang suami kan? Kita memang mahukan suami kita sihat, kerana kebergantungan kita kepada mereka sangat kuat. Suami ialah teman hidup kita, sahabat sejati tempat kita bercerita dan meluah perasaan. Syurga isteri sememangnya terletak pada redha suami.

Sumber: Google

Cabarannya, ramai yang tidak tahu vitamin apa yang baik untuk suami. Terlalu banyak vitamin dan makanan tambahan di pasaran, jadi mana yang baik? Jom kita selusuri satu persatu..

Untuk suami, apakah vitamin yang mereka perlukan? Vitamin yang paling penting ada 3 jenis.

Omega Guard
Ia sangat baik untuk jantung dan kardiovaskular. Baik untuk membakar lemak dan bagus untuk memori dan daya ingatan yang kuat. Bertindak sebagai  anti inflammation (bengkak dan radang). Sangat sesuai diambil jika punya masalah gout.

Omega baik untuk paru-paru terutamanya bagi suami yang banyak merokok dan mengalami asma atau sesak nafas. Apabila omega diambil  secara konsisten ia membantu paru-paru 'warm' atau hangat. Ia mengurangkan simptom-simptom asma atau lelah.

Kebanyakan suami banyak makan makanan yang berat supaya mereka bertenaga. Di awal pagi mereka sudah bermula dengan nasi lemak atau roti canai berserta minuman manis seperti teh tarik.  Oleh kerana sudah sebati dengan jiwa, isteri mempunyai masalah untuk menukar menu pagi yang lebih sihat. 

Omega membantu memecahkan kolesterol dalam darah. Suami-suami semua jangan abaikan pengambilan omega ni tau!
Vitamin E 
Ia dikenali sebagai vitamin cinta. Awwww... baik untuk kesuburan dan bagus untuk saraf. Bagus untuk stamina dan juga kulit yang sihat. Vitamin E sangat membantu menurunkan trigliceride iaitu sejenis lemak yang boleh mengganggu kestabilan darah dan kesihatan jantung serta kardiovaslular.

Zink

Ia penting untuk pertumbuhan sel. Selain perlu untuk kestabilan hormon di dalam tubuh. Menggalakkan pertumbuhan rambut serta kesihatan yang optimum. Banyak lelaki apabila berkahwin dan punya kerjaya yang lebih baik mereka mudah kehilangan rambut  (rambut gugur) akibat tekanan hidup.  Tambah disedari hubungan dengan isteri menjadi dingin

Zink sangat baik untuk membantu proses pertumbuhan. Rambut yang gugur memerlukan zink untuk  membetulkan sel rambut yang rosak.

Suami yang sihat impian seorang isteri. Oleh itu, sayangi suami dengan memberi vitamin yang baik untuk mereka. Jangat terkejut jika mereka lebih sayang dan memanjakan kita selepas makan vitamin ini! Wink !~


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Surirumah Berpendapatan
4:27 PM0 Comments
Surirumah memang sinonim dengan kerja-kerja di rumah. Dari urusan menjaga suami dan anak-anak, memasak, membasuh, and the list goes on. Kerja rumah tak akan pernah habis. Pagi-pagi sampai ke malam, kalau duduk rumah segala perkara hendak dibuat. Memang tak menang tangan. Cuma zaman sekarang ini, ramai sungguh surirumah yang hanya duduk rumah tapi berpendapatan. Bukan sedikit malah ada juga yang menjana sehingga 5 dan 6 angka.

Maka wahai sekalian surirumah, perlulah bijak bahagikan waktu untuk menjana pendapatan. 

Sumber: Google

Paling untung sebab diri sendiri lah pekerja, diri sendiri jugalah bos nya. Bebas membuat keputusan dan punya waktu kerja yang flexible. Walaupun begitu bukan hanya goyang kaki tapi duit masuk berkepuk-kepuk dalam bank.  Perlu ada usaha dan strategi, percayalah setiap yang datang itu adalah rezeki biarpun penuh onak duri dan menduga kesabaran. Man jadda wa jadda.

Saya tak pernah menyesal berhenti kerja dan duduk rumah bertitile suri rumah. Biarpun hiruk pikuk dengan anak-anak tapi itulah suatu kepuasan. Banyak sangat perkara yang kami suami isteri boleh lakukan jika saya usahakan Shaklee dari rumah sahaja.  Keluarga lebih terurus, anak-anak di depan mata, suami gembira hidangan sudah tersedia dan banyak lagi yang tak terluah dengan kata-kata. Bukan hanya wang ringgit, tapi ia tentang kehidupan!

Impian saya, semoga lebih ramai surirumah yang berjaya mendidik anak sambil menjana pendapatan membangunkan diri dan ummah. Kita beri orang peluang, Allah memberi lebih banyak peluang untuk kita.  Hubungi saya jika anda berminat untuk menjana wang dari rumah seperti saya. In shaa Allah, kita sama-sama ubah diri bukan hanya untuk diri tapi untuk ummah. Hidup untuk memberi...

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Buang Air Besar dengan Sempurna
12:26 PM0 Comments
Sejak azali saya memang terbiasa sangat buang air  besar setiap pagi. Selalunya saya bangun tidur sebab dikejutkan oleh rasa nak membuang. Kira macam natural call cum alarm! Senang je nak buang. Alhamdulillah... Mudah nak bangun pagi.

Sejak ber'Shaklee pembuangan menjadi lebih lancar. Yang syoknya, pembuangan menjadi banyak lebih dari selalu walaupun hari sebelumnya makan seperti biasa. Kalau makan banyak laaaaaagi lah banyak saya buang. Memakan masa juga dalam toilet tu. Lepas keluar toilet memang puas!! Lega rasanya. Toksik semua keluar, badan ringan, otak rasa lebih cergas. 

Ada ketika juga saya tak dapat membuang bukan sebab tak rasa nak membuang, tapi sebab saya tak selesa. Satu tabiat buruk saya, kalau saya travel, dan rushing di awal pagi, saya akan tahan dulu. Lagi pula saya tak jumpa toilet yang selesa. Memang saya tunggu sehingga jumpa toilet yang best! Mengada sangatttttttt. Masa tu memang otak tak dapat berfungsi dengan cemerlang! sebab toksin tak keluar. Jangan ikut perangai saya tau!

Sumber: Google


Apa produk Shaklee yang buat saya buang dengan best? Alfalfa dan Ostematrix. Sebenarnya banyak je vitamin yang saya makan. Semuanya pun memberi impak yang baik. Tapi dua vitamin ini lah yang buat pembuangan saya lebih lancar dari biasa. Nak lebih lancar sambil-sambil mencuci usus, boleh ambil Herblax. lagi mantapp

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Resepi Roti Jala
12:11 PM0 Comments
Huwaaaa.... hari ini bermula dengan lambat. Pukul 11:30 baru masuk office. Sebab tangan gatal nak buat roti jala cicah dengan kuah kari lebihan semalam. Semalam en suami masak kari ayam. Sedapnya hingga menjilat jari. Sudah lama tak pekena air tangan si dia. Rinduuu gitu! Kari ayam dah jadi kuah kari saja sebab ayam habis licin dimakan. Oleh kerana saya ni kreatif kan, saya masukkan daging frozen yang sudah masak. Hehe.. lama juga nak defrost tu. Hasilnya tidak  mengecewakan. Saya ni bukanlah pandai sangat pun nak menjala roti tu. Bedal je lah. Yang penting kami anak beranak kenyang!

Nak resepi ker? Sempoi je lah resepinya. Macam buat lempeng. Tapi kalau lempeng saya tak letak telur. Untuk roti jala ni kena ada telur, tak tahu lah kenapa ek. Ikut resepi orang-orang tua sambil-sambil google juga untuk cross check sukatan.

Roti Jala (untuk 4 orang makan)

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur ayam
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Semua bahan di atas blend aja kasi sebati. Dah siap adunan. Terus la menjala. Guna kuali non stick. Saya punya kuali rasanya macam 8" kot. 

Mungkin saya terletak sikit sangat pewarna tu. Memang takut nak guna banyak-banyak. :p


Nampak pucat je kan? Tak kisah lah! Janji bleh makan.


Comotnya lah kari tu. Abaikan je la. Maklum semua orang dah lapar  nak ngap! Oleh kerana roti jala tu masih banyak, masak tengahari pun lewat sikit lah.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, June 10, 2014

Kelebihan Vitamin E Shaklee
5:22 PM0 Comments
Saya suka sangat promosi bulan June ni. Vitamin E! !


Percaya atau tidak, Vita-E Complex Shaklee adalah yang terbaik di pasaran.

Tentu ramai yang cakap mentang-mentang dia jual Shaklee mestilah dia cakap semua produk Shaklee yang terbaik. Saya berani cakap begini sebab saya sendiri dah mencuba dan merasai kehebatannya. Tak mungkin saya recommend produk yang saya tak pasti keberkesanannya. Kalau tak berkesan habis saya kena bambu ye tak? Bestnya Vita-E Complex ni sebab ia bukan saja mengandungi pure Vitamin E (tulen) malah ia juga diperkayakan dengan ekstrak biji anggur. Biji anggur memang terbukti hebat tau. Nak tahu mengapa?

Ekstrak biji anggur ini mengandungi lipid, protein, karbohidrat, dan 5-8% polyphenols bergantung kepada jenisnya. Ekstrak biji anggur yang dikenali sebagai antioksidan yang kuat melindungi badan daripada proses penuaan, penyakit, dan kerosakan kulit. Biji anggur mengandungi phenols seperti proanthocyanidins (proanthocyanidins oligomerik). Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins adalah 20 kali lebih besar daripada vitamin E dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C. Wow! Hebat sungguh manfaatnya!

Kajian menyeluruh menunjukkan bahawa ekstrak biji anggur bermanfaat dalam banyak bidang kesihatan kerana kesan antioksidannya bergabung dengan kolagen - menggalakkan kulit kelihatan muda, kesihatan sel, keanjalan, dan fleksibiliti. Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa proanthocyanidins membantu melindungi tubuh daripada kerosakan matahari, untuk memperbaiki penglihatan, untuk meningkatkan fleksibiliti pada sendi, arteri dan tisu-tisu badan seperti jantung, dan meningkatkan peredaran darah dengan mengukuhkan kapilari, arteri, dan urat.

Lepas ni jika anda makan Vita-E Complex dengan selamba je boleh keluar di bawah cahaya matahari. Tak perlu berpayung atau menepek bedak tebal-tebal!
Jom borong Vita-E Complex. Berbaloi-baloi. Beli 6 Percuma 1. Boleh dapat free membership lagi you!!! Hanya di bulan June 2013!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, June 9, 2014

Thai Mango Chicken Style Mamanurins
5:34 PM0 Comments
Hari ini not in the mood to cook. Teringat semalam makan dinner Thai Mango Chicken tanpa anak-anak.  So... today since ayam ada dalam freezer, masaklah menu yang sama but with my own way of cooking.  No sayur hari ni. Serious mood cuma ke Shaklee, tapi kesian kan anak-anak.  They have to eat. There you go!

Resepi Thai Chicken Mango Mamanurins Style

Ayam (saya guna satu bahagian thight dengan 1 bahagian dada)
Tepung segera Kentucky. Boleh juga guna tepung gandum.
Sos Thai
Sos Ikan
Cuka
Air masak
Sebiji Mangga (Seeloknya yang hampir masak atau mentah. Tapi saya guna apa yang ada dalam peti ais je-dihiris nipis dan memanjang)
Bawang besar - dihiris nipis (saya guna penyagat)
Daun ketumbar - dipotong 1 inci(saya guna daun sup. Haha sebab tu je yang ada)
Daun bawang - dihiris halus
Kacang tanah - ditumbuk halus

Cara-cara

Ayam dibasuh bersih. Taburkan tepung Kentucky dalam dulang atau bekas besar. Ayam yang masih basah tu digolek-golek di atas tepung sehingga menyaluti ayam sepenuhnya. Kalau tepung Kentucky tu tak perlu diperap dengan garam atau rempah.  Jika tiada tepung Kentucky tu bolehlah perap dulu dengan garam, rempah pilihan etc dan digolek-golek dengan tepung gandum.

Panaskan minyak. Goreng ayam secara deep fried. Goreng sehingga garing dan masak. Angkat dan disusun di dalam pinggan. Kalau besar potong ayam kecil-kecil. Ketepikan.

Buat kuah. Satukan sos Thai, sos ikan, cuka dan air suam. Kacau. Sukatan setiap satu ikut citarasa masing-masing. Saya pun tak ingat. Main agak-agak je. Yang pasti sos ikan dan cuka cuma sedikit sahaja. Seimbangkan rasa. Masak seketika untuk pekatkan kuah.

Curahkan kuah ke atas ayam.



Bahan hiasan: Daun ketumbar, mangga, bawang besar ditabur atas ayam yang disusun tadi. Taburkan kacang yang ditumbuk halus. Siap. Hidang dengan nasi panas. Hehe.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Cuci Toilet??
11:23 AM0 Comments
Kepenatan ber NC 2 hari tak mengganggu tugas hari ini. Lepas balik dari Sunway Convention kami terus ke BB Bangi untuk menjemput anakanda pulang. Rindu tak terkata.  Dia orang pun tak tidur lagi walaupun sudah pukul 12 tengah malam.  Sampai Puchong pun hampir pukul 1. Makan 4 biji Ostematrix dan sebiji vitamin E sebelum tidur. Buat ritual dengan anak-anak dan bila mereka sudah tidur saya pun bukalah magik book. Tulis impian besar, tutup lampu dan Zzzzz..

Now the kids are busy with their art activity.  Pagi-pagi memang dah kena paksa bangun dan mandi. Solat Subuh walaupun terlewat beberapa minit pagi ni. Perlu biasakan mereka dengan rutin harian.



And its my laundry day today! Also sudah tak selesa dengan daki di bilik air anak-anak.  Bersilat lah saya dalam bilik air mereka. Cuci toilet sampai bersinar-sinar. Silauuu you all. Good exercise for me. Kerja jadi mudah dengan Basic H. Produk Get Clean dari Shaklee.  Eh! Cuci toilet pun nak kecoh kan? Subjek dia sebenarnya bukan nak tunjuk rajin cuci toilet tuuu tapi ni nak cerita kehebatan produk Basic H.

Nak tahu lebih tentang Basic H klik entry saya sebelum ini.

Basic H



http://www.mamanurins.blogspot.com/search/label/Basic%20H?m=1

Yang pasti kerja mencuci jadi cepat, berkesan dan mudah. Sangat menjimatkan masa dan tenaga.  Sebotol cuma RM46. Tahu tak berapa lama boleh bertahan?  Saya punya sudah lebih setahun!!!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: