Spring Cleaning Bilik Anak Dara

3:38 PM

Sehari sebelum sekolah di buka setelah cuti panjang, saya mengambil peluang mengemas bilik anak-anak. Waduhh... perlu fikir strategi bagaimana mahu bermula.

Paling penting ialah let go buku-buku lama mereka. Yang sudah habis digunakan dan yang sudah koyak sehingga tidak boleh diselamatkan lagi. Ini antara buku-buku yang akan 'diselamatkan'. Hingga saat ini masih ada dalam kotak dalm rumah saya.


Ini stationeries yang saya jumpa  dalam laci, celah-celah rak, dalam almari baju, dalam buku, bawah katil. Fuhh...banyak sungguh!




Kaler ni sejak Nurin dan Alya masih kecil. Sejak dia sudah pandai memegang pensel dan sejak itu kami sudah membelikannya. Kaler yang gemuk-gemuk tu. Hehe. Nak buang sayang. Tiap-tiap tahun belikan kaler, dan setahun rasanya lebih sekali. Kotak memang lunyai. Jadi kami kumpulkan begini.

 Tengok tu sharpener dengan pemadam mereka. Haih... membazir rasanya.


Wisel tu unik sebab dapat masa Shaklee Master Celebration di Hotel Royal Chulan.


Pensel memang banyak. Kebanyakan hadiah hari sukan, hadiah kecemerlangan, hadiah hari jadi, orang bagi atau anak-anak amik orang punya (giggle). Sebab kami tak pernah beli pensel HB. Banyak pensel HB je dalam bakul ni.

Saya menunggu saat mereka besar dan pandai mengemas bilik sendiri!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments