Thai Mango Chicken Style Mamanurins

5:34 PM

Hari ini not in the mood to cook. Teringat semalam makan dinner Thai Mango Chicken tanpa anak-anak.  So... today since ayam ada dalam freezer, masaklah menu yang sama but with my own way of cooking.  No sayur hari ni. Serious mood cuma ke Shaklee, tapi kesian kan anak-anak.  They have to eat. There you go!

Resepi Thai Chicken Mango Mamanurins Style

Ayam (saya guna satu bahagian thight dengan 1 bahagian dada)
Tepung segera Kentucky. Boleh juga guna tepung gandum.
Sos Thai
Sos Ikan
Cuka
Air masak
Sebiji Mangga (Seeloknya yang hampir masak atau mentah. Tapi saya guna apa yang ada dalam peti ais je-dihiris nipis dan memanjang)
Bawang besar - dihiris nipis (saya guna penyagat)
Daun ketumbar - dipotong 1 inci(saya guna daun sup. Haha sebab tu je yang ada)
Daun bawang - dihiris halus
Kacang tanah - ditumbuk halus

Cara-cara

Ayam dibasuh bersih. Taburkan tepung Kentucky dalam dulang atau bekas besar. Ayam yang masih basah tu digolek-golek di atas tepung sehingga menyaluti ayam sepenuhnya. Kalau tepung Kentucky tu tak perlu diperap dengan garam atau rempah.  Jika tiada tepung Kentucky tu bolehlah perap dulu dengan garam, rempah pilihan etc dan digolek-golek dengan tepung gandum.

Panaskan minyak. Goreng ayam secara deep fried. Goreng sehingga garing dan masak. Angkat dan disusun di dalam pinggan. Kalau besar potong ayam kecil-kecil. Ketepikan.

Buat kuah. Satukan sos Thai, sos ikan, cuka dan air suam. Kacau. Sukatan setiap satu ikut citarasa masing-masing. Saya pun tak ingat. Main agak-agak je. Yang pasti sos ikan dan cuka cuma sedikit sahaja. Seimbangkan rasa. Masak seketika untuk pekatkan kuah.

Curahkan kuah ke atas ayam.



Bahan hiasan: Daun ketumbar, mangga, bawang besar ditabur atas ayam yang disusun tadi. Taburkan kacang yang ditumbuk halus. Siap. Hidang dengan nasi panas. Hehe.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments