August 2014 - CIK MIL MILA

Thursday, August 28, 2014

Ulangtahun Saya, Hari Kematian Abang Kandung Saya
3:23 PM0 Comments
Berita kematian abang Fadil saya terima dengan redha. Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Sudah lama dia menderita penyakit hati yang kronik atau nama lain ' chronic liver disease' yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Penderitaannya di dunia sudah berakhir. Semoga dia tenang dan damai di alam sana. Ya Allah tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman dan yang Kau redhai.
Ya! mati itu pasti!
Walaupun kami (abang fadil dan saya) tidak membesar bersama, tapi darah kami mengalir dari sumber yang sama. Kami seibu sebapa. Kisahnya panjang untuk diceritakan. Secara ringkasnya, mak long saya mendambakan seorang lagi anak lelaki dan ditakdirkan, arwah emak sudah ada 4 orang anak lelaki ketika itu. Keadaan hidup keluarga kami yang susah, arwah emak merelakan untuk memberi anak yang baru dilahirkan kepada keluarga mak long saya.
Arwah abang Fadil dipelihara oleh keluarga mak long bagai menatang minyak yang penuh. Syukurlah!
Subhanallah.... saya juga tidak ditakdirkan untuk bertemu dengan arwah hingga ke saat terakhir. Saya lewat sampai sewaktu hari pengkebumiannya. Abang Ami saya mahu menyegerakan proses pengkebumian kerana tidak mahu menyeksa jasad arwah. Itulah yang sebaiknya. Saya redha. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik. Saya yakin yang itu.
Kami berkongsi tarikh istimewa ini, 19 Ogos 2014. Ulangtahun ke 34 saya merupakan hari kematian abang Fadil. Tentunya ada hikmah dan rahmat yang Allah kurniakan kepada saya. Yang pasti, hari ulang tahun kelahiran saya mengingatkan saya kepada kematian.
Kami juga punya masalah kesihatan yang sama. We are the chosen one. Abang Fadil dijangkiti virus Hepatitis B. Begitu juga saya. Saya dapat merasai kesakitan dan ujian yang dialami. Umpama melihat cermin, saya lihat kesakitan dia, saya membayangkan kesakitan yang bakal saya alami.
Allahuakbar. We plan, Allah is the BEST planner! Saya cuba bersikap positif. Saya masih ada peluang untuk menjaga kesihatan saya. Ubah cara saya berfikir, dan cara hidup ke arah yang lebih baik. Syukur saya dikelilingi dengan suami yang sangat positif, keluarga dan kawan-kawan memberi semangat.
Saya akan jaga diri dan anak dalam kandungan ini sebaik-baiknya. Doakan saya semoga saya tidak menjangkiti anak dalam kandungan ini. Allahumma Aamiin.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, August 27, 2014

Ulangtahun ke- 34,  19 Ogos 2014
4:10 PM0 Comments
Alhamdulillah...syukur kehadrat Illahi, saya masih lagi bernyawa dan sihat hingga ke saat ini. 19 Ogos yang lepas adalah hari jadi saya yang ke 34 tahun. Menyedari pertambahan usia ini, adalah gambaran bahawa ajal saya semakin hampir. Tidak diketahui bila tapi ia pasti tiba.
Subhanallah... hingga ke hari ini, saya masih boleh bangun dari tidur dalam keadaan sempurna. Sihat dan ceria. Kita perhati sekitar masyarakat kita, ada yang bila bangun tidur sahaja, tidak boleh bangun akibat stroke, malah ada juga yang tidak bangun-bangun dari tidurnya. Berapa ramai lagi insan yang tidak dapat menikmati pagi mereka kerana bermacam-macam masalah kesihatan dan kehidupan. Syukurlah.
Banyak betul ucapan kelahiran.Baik di inbox message, whatsapp, FB. Terima kasih atas ingatan semua. Semoga Allah kabulkan doa kalian semua. Aamiin ya  rabb.
Pagi yang indah ini, suami saya sengaja mengambil cuti untuk menghantar saya ke Klinik Kesihatan untuk check up. Check up kali ini luar biasa kerana saya dijadualkan minum air gula. Mengikut pengalaman-pengalaman lepas, saya memang tidak bermaya dan lesu gila-gila bila minum air gula. Perlu berpuasa malam sebelumnya, jadi tenaga tak berapa nak ada. Yewwwwww... boleh dibayangkan betapa seksanya saya minum air gula yang amat manis tak berperisa itu. Appointment pukul 8. Saya datang awal dan menunggu giliran. Ingatkan awal sangat,rupanya masih ramai yang lebih awal dari saya. Haha... darah diambil dan tibalah masanya minum air gula
Teringat pesanan adik ipar saya, minum jangan berhenti! Kalau tidak memang seksa nak habiskan
Seingat saya mungkin cuma 3 teguk je saya minum. Berjaya habiskan dengan selamat. Walaupun tekak perit seperti hendak demam. Allah... sendawa pun rasa air gula. Nak minum air masak pun tak dibenarkan. Mahukan result yang benar-benar pure katanya. Saya diminta tunggu 2 jam sebelum mengambil darah untuk kali yang kedua. Ini untuk membezakan bacaan gula dalam darah sebelum dah selepas minum air gula.
2 jam saya habiskan masa duduk diam-diam dalam ruang menunggu di klinik. Suami tersayang bersarapan di restoran berhampiran. Ingatkan nak join sekali, tapi apalah ertinya kalau saya hanya boleh tengok aje. Baiklah saya duduk dan membaca apa yang patut.
Akhirnya, 2 jam pun berlalu. Darah diambil sekali lagi dan saya dibenarkan pulang Yahoooooooo....appointment seterusnya bulan hadapan.
Balik dari klinik suami tanya nak makan apa-apa yang special tak? Upah sempena minum air gula dan sempena birthday saya. Dalam kepala nak macam-macam ni, tapi tak sedap hati pula bila anak-anak tak ada. Postpone malam nanti bila korum dah cukup.
Disebabkan masih awal lagi nak ambil Nurin dari sekolah, saya menemani suami 'shopping' dari satu kedai ke satu kedai. Bila dah penat saya tunggu dalam kereta je. Biasanya kalau suami yang shopping, mahu berejam-rejam mengalahkan orang pompuan. Tidur dalam kereta lagi best! Hehe..
Memang dah agak dia shopping memang lama sangat. Hujan turun lebat sewaktu on the way ambil Nurin. Mujurlah suami ada sekali. Boleh la berhenti sekejap betul-betul depan ruang menunggu kat sekolah tu. Oleh kerana tak sempat masak, kami pun makan kat kedai makan berhampiran rumah.
Sedang sibuk-sibuk  makan, tiba-tiba suami ucap Inalillahiwainna ilaihi roojiuun. Saya tengok muka suami. Suami masih lagi menatap handphone nya dan saya dah dapat mengagak dah siapa yang meninggal. Terkedu. Sukarnya hendak menghabiskan butir-butir nasi yang tak sampai 3 suapan itu. Hilang selera saya. Suami kata, habiskan nasi tu. rezeki. Yang pergi tetap pergi, kalau tak makan nanti saya tak bertenaga. Rasanya saya telan je nasi tu. Nurin tanya macam-macam soalan. Suami tolong jawabkan.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Friday, August 8, 2014

Kisah Labu dan Telur
2:14 PM0 Comments
Saya memang suka makan sayur labu masak lemak. Apatah lagi bila digandingkan dengan ayam goreng rempah dan sambal belacan. Kalau dalam sayur labu tu ada pucuk labu lagi arghh... menjilat jari youuu.. Maaf la saya memang suka masak, makan dan makan. 

Yang menguatkan selera saya ni, tentang kisah Nabi Muhammad SAW. Saya tengok tazkirah Fattabiouni dalam TV Al Hijrah. Kata hos rancangan itu, AL-HABIB MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN AS-SAGGAF, labu ialah antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, pasti banyak khasiatnya kan. Jom kita check apa khasiat sayur labu ni atau nama english nya pumpkin.


Antaranya ialah

1. Rendah kalori tapi mengenyangkan. Sedap jika dibuat sup, kek, roti atau manisan

2. Kaya dengan nutrisi- Lemak yang sihat. Sangat kaya dengan nutrisi. Antioksidan dan kaya dengan serat. Bukan tu aje, ia ialah sumber beta karotene yang baik untuk mata, kulit yang cantik dan penguat sistem imun.

3. Anti radang - baik jika ada radang sendi atau kebengkakan. 

4. Jangan dilupakan bijinya. Biji nya mengandungi lebih banyak khasiat. Antara bahan penting dalam Nutriferon ialah biji labu. Memang terbaik untuk sistem imun kita

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (NutriFeron). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. 

Aduhh...sebenarnya nak cerita pasal kisah labu dan telur. 

Satu pagi tu, saya plan nak masak lemak labu. Pergilah kedai runcit terdekat dengan sekolah Alya. Saya memang suka beli barang basah di situ kalau ad-hoc (selalu suami beli stok di pasar borong). Bila masuk kedai tu saya ambil terus sebiji labu saiz sederhana dan beberapa barang lagi. Tak ingat apa sebab kisah ni dah berlaku agak lama. Baru teringat nak cerita. Yang saya ni agak malas juga nak ambil bakul jadi pegang je semua dengan tangan. Sebenanrnya susah jugak nak pegang labu dengan barang-barang lain ni. Entah macamana, masa tengah queue nak bayar, labu yang saya pegang jatuh dan bergolek ke bawah kaunter. Elok-elok je labu tu jatuh atas susunan telur ayam yang tersusun 'sistematik' di tepi kaunter. Boleh imagine tak??

Tahu apa jadi? Labu tu kan keras dan berat, telur tu pulak fragile. Sudahnya 2 biji telur pecah. Aduhh...malu betul. Masa bayar tu terpaksa add in telur 2 biji yang pecah tu. Kesian pula diaorang perlu cuci telur tu. Hehe... sorry!!~~

Tengahari tu masa fetch anak-anak balik sekolah, saya pun cerita lah kisah sadis ni, anak-anak gelak sakan kat saya. So, bila saya masak labu je, mesti mereka akan sebut kisah ni. Nampak gaya sampai bercucu la kisah ni disebut-sebut.



Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Rendang Rembau dan Implikasinya
10:15 AM0 Comments
Sejak semalam tekak dah rasa-rasa nak  makan rendang. Rendang rembau. Mak kepada biras saya memang pakar buat rendang pure ni. Kalau saya dan suami buat rendang dah jadi fusion punya. Hehe.. bukan tak sedap (perasan) tapi berbeza la dengan style asli orang rembau ni.

Saya memang hantu rembau mak dia. Hehe

Ni sedang menunggu daging empuk


Nak tahu resepinya. Simple sangat. Saya share sini ye

Rendang Daging Rembau
Utk sekilo daging,

5 biji bawang merah,
5 biji bawang putih,
5 batang serai,
Halia, lengkuas, kunyit besar ibu jari,
Rempah rendang 3 tb spoon apa apa brand,
Cili kering mesin 2-3 cawan - ikut kepedasan yang digemari,
Rempah 4 beradik 1 setiap jenis,
Kerisik 3 tb spoon,
Minyak masak setengah cawan,
Santan 3/4 kg.

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai bahagian atas blend sampai lumat

Bahagian bawah serai 2-3 batang diketuk-ketuk

Tak tumis. Terus lebur bahan blend, daging dengan minyak sekali.

Dah kering baru masuk santan

Santan dekat-dekat kering masuk kerisik

Garam gula secukup rasa

Kena kacau selalu.

Siap!


Apa implikasinya kepada saya dan pemakannya

1. Kolesterol tinggi
2. Lemak tinggi

Haaaaa... sebab tu la lepas makan sedap-sedap ni sila makan Omega Guard atau lecithin dan Alfalfa untuk menyingkirkan kolesterol dan lemak jahat.

Kenapa yang di atas ni baik untuk detox?

Memecahkan Lemak
Supplemen yang sesuai untuk tujuan ini ialah Lecithin atau Omega Guard. Lecithin menyerap vitamin yang larut lemak. Ia bertindak untuk memecahkan lemak dan kolesterol. Membersih salur darah malah pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

Ia dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Detoksifikasi atau dikenali dengan DETOX sahaja.
Apa itu detox? Detox adalah proses pembersihan usus, segala toksin yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah usus. Bila toksin banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrien yang diambil samada daripada supplemen atau diet harian. Kami cadangkan supplemen herb lax dan alfalfa untuk tujuan ini.

Nak cuba Shaklee?
Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, August 7, 2014

New Journey Begins - Part 5
4:42 PM0 Comments
Hari Isnin, saya ke Klinik Suraya. Agak lambat juga kami pergi dengan andaian ramai orang kalau pergi pagi. Maklumlah, klinik baru dibuka setelah cuti panjang dan ramai juga yang mula bekerja (ramai juga yang kurang sihat. Kami ke sana pukul 11 pagi. Phew!~~ sangkaan saya meleset bila tengok manusia terlalu ramai di klinik. Sampai melimpah-limpah keluar. Aduhai... rasa macam pergi klinik kerajaan pula dah. Tak pe tak per. Persediaan mental sebelum buat buku merah ni.

Lama juga menanti. Harap-harap selesai sebelum pukul 12:30 kerana Nurin pulang dari sekolah pukul 12:50 noon. Akhirnya dapat jumpa sebelum pukul 12:30. Doktor decide untuk scan je sebab memang dah positif kan. Scan punya scan... doktor cakap dah ada heart beat. Subhanallah. Ikut measurement, kandungan sudah berusia 8 minggu. Ya Allah...syukurlah baby sihat walaupun mama tak sedar dia membesar dalam rahim mama. Kalau ikut scan due date 10hb March 2015. Ikut 1st day period (sebelum last period) 6th June 2014, EDD 13hb March 2015. Match date tu. Tak kisahlah janji baby sihat. Mama sihat.


Jadi semuanya sudah jelas. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya oleh Allah. Next step buat buku merah. Petang tu juga kami ke Klinik Desa Pulau Meranti. Memang plan nak bersalin di hospital kerajaan. Hospital Serdang. Kes saya memang di situ sejak anak pertama.

Bila ke sana, dapat tarikh appointment. Minggu depan. Yang bestnya, hampir semua nurse kat situ masih kenal saya. Teruja gitu. Sebab dulu saya lah yang paling rajin gi klinik. Dua tahun berturut-turut. Dah ler kene MGTT. Kwang kwang...

Oklah. Setakat ini tentang perjalanan tentang awal kehamilan saya. Untuk sharing seterusnya, saya akan ceritakan pengalaman-pengalaman indah hamil saya, in shaa Allah.

Oh.. saya dah mula dengan Set Kehamilan. Terpaksa say goodbye to Vivix, Alfalfa, Omega Guard dan vitamin E. Selamat enjoy dengan vitamin Set Kehamilan.

Nak tahu apa ada dalam vitamin Set Kehamilan, dan apa faedahnya? Jom jom baca...

Set Kehamilan Shaklee untuk sepanjang kehamilan.


Vita Lea - Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sekiranya ibu mengambil Vita Lea, obimin ataupun iron tablet tidak diperlukan lagi. Sebiji Vita Lea memadai untuk dos sehari.

B-complex - Mengandungi 8 kumpulan lengkap vitamin B termasuklah asid folik. Asid folik dan vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Ostematrix - Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Mulai trimester kedua bayi akan menarik kalsium ibu untuk pertumbuhannya. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah Magnesium dan Vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan Ostematrix juga untuk menguatkan dalam pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau kekejangan ibu hamil.

ESP - Ia adalah protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh, untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein adalah makanan sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat. Memberikan tenaga segera kepada ibu, mencantikkan kulit ibu dan bayi dalam kandungan.

Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi. Penting juga untuk antibodi bayi sejak dalam alam rahim lagi.

*Omega guard tidak digalakkan untuk trimester pertama.

 Nak tahu lanjut. Hubungi saya ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
New Journey Begins - Part 4
4:04 PM0 Comments
Apabila kakak, kakak-kakak ipar dan adik confirm yang saya mengandung walaupun UPT tu samar-samar, saya rasa teruja benar!

Balik bercuti hari raya kami ke Klinik Suraya, klinik panel suami. Tapi malangnya...mereka masih bercuti raya. Saya yang degil ni, ajak suami pergi beli lagi pregnancy test tapi kali ni yang mahal dan digital. Pergilah Guardian. Mak aihh...mahal betul. Rasanya tengok dulu-dulu macam cuma RM23 je. Sekali RM31.50. Cess.. disebabkan desperate, belilah jugak. Lagipun en suami belanja. Hihi

Esok paginya..sebelum subuh..melompat-lompat tak sabar gi toilet. Inilah hasilnya. Alhamdulillah..


Apa maksud 3 plus tu ye.. Menurut pembacaan, kandungan saya sudah 5 mingggu. Tapi saya silap laaa...sebenarnya ianya lebih dari 5 minggu... tak caya kan...meh baca sini..


Sebenarnya berapa minggu ni. Jadi confused di situ. Sebab my last period dated 29th June 2014. Ikut 1st day period tu patutnya around 5 weeks la. Kalau more than 5 weeks,adakah ikut period sebelum itu yang bertarikh 6h June 2014? Lagipon period sebelum puasa tu cuma staining je. Oleh yang demikian, ada baiknya saya pergi ke klinik untuk dapatkan kepastian. Stay tuned!!

Nak vitamin Shaklee?

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
New Journey Begins - Part 3
3:34 PM0 Comments
Jom kita flashback cerita silam saya. :)

Selepas melahirkan Alya pada Januari 2008, saya dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil perancangan keluarga kerana kelahiran secara C-Sect dua tahun berturut-turut. Risikonya tinggi jika saya mengandung dalam jangka masa yang terdekat. Saya dan suami membuat keputusan untuk mengambil Implanon. Kami buat di Klinik Suraya, Putra Perdana, Puchong. Saya sangat selesa dengan Doktor Suraya. Walaupun alat untuk memasukkan implanon itu sangat besar, tapi saya tak rasa apa pun sebab dibius. Selepas 3 tahun lebih, implanon dibuka dan kami suami isteri sudah mula  bersedia untuk menimang cahaya mata seterusnya.

Kisah membuka implanon tu panjang juga tu. Tak ingat pula kalau saya pernah share dalam blog. Yang pasti dah share kat FB. Ini kad pengenalan Implanon tu. Memang perlu kad ni, macam lesen jugak ada tarikh expirednya. Kot-kot terlupa karang sampai tua duduk dalam kulit lengan tu. Ahakssss


Sejak buka tu memang saya nekad berusaha nak mengandung lagi. Tapi apakan daya. Dengan period yang segan-segan nak datang. Kadang ada kadang tak de. Kalau ada terlalu sedikit. Lama juga la situasi ni berlaku. Setahun lebih juga rasanya. Masa ni la saya kenal Shaklee. Saya makan GLA Complex. Masuk botol kedua, saya mula datang period yang kaw kaw punya. 16 hari berturut-turut. Banyak, merah dan lama. Subhanallah. Kuasa Allah, GLA Complex tu sangat serasi dan berkesan dengan saya. Sejak itu period saya kembali dengan cycle yang tetap dan meriah! Alhamdulillah...

Bagi yang ada masalah sama macam saya, atau period yang tidak teratur, terlalu banyak, terlalu sedikit, yang macam biskut, yang hampir menapous, yang mahu subur untuk mengandung, saya sarankan ambillah GLA Complex. Sebotol tak sampai RM100 pun. Bukan sahaja boleh menstabilkan hormon, malah buat kulit lebih cantik kerana ia dibuat oleh borage oil diperkaya dengan sunflower oil dan vitamin E. Jangan risau, selamat, sumbernya dari sumber semulajadi, tulen dan berkesan.

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut. Boleh saya sharekan apa yang saya tahu dan pengalaman peribadi sendiri dan kawan-kawan.

Oh ya, jangan lepaskan peluang keemasan bulan ini. Shaklee membuat promosi beli GLA Complex 6 botol percuma 1 botol GLA Complex. Murah sangat tau! Berbaloi. Boleh share dengan adik beradik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja.



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
New Journey Begins - Part 2
2:54 PM 2 Comments
Relaks sikit. Dah settle amik anak. Dah settle lunch. Dah solat. Tarik nafas panjang-panjang nak sambung cerita ni.

Lepas first test tu, tunggu en suami balik, excited nak cerita. Oleh kerana line yang kedua tu terlalu samar, makanya suami tak lah menunjukkan reaksi pelik-pelik. Reaksi yang sangat plain. Dia kata apa pun keputusan dia tak kisah. Kalau ada dia sangat happy, tak ada pun tak apa. Tu memang jawapan biasa dulu. Dalam hati nekad nak buat second test esok pagi. First urine! Haha... memang tak putus asa kan?

Bukannya desperate sangat, tapi saya ni pengamal vitamin Shaklee yang tegar. Tak semua vitamin Shaklee sesuai untuk wanita mengandung. Antaranya Vivix. Saya mengamalkan vivix untuk masalah virus hepatitis B dan juga untuk kesihatan secara amnya. Alhamdulillah, saya rasa sihat dengan Vivix. Memang saya ambil secara konsisten. Yang pelik bin ajaibnya, bulan puasa ni tekak saya langsung tak berselera nak makan Vivix. Walaupun dah buka botol yang baru, saya biarkan saja dalam peti ais. Entahlah... tu yang rasa badan tak berapa sihat dan lembik sebab saya dah tak makan tonik ajaib. 

Jika saya confirm mengandung, bolehlah saya ambil langkah seterusnya. Stop vitamin yang tak sesuai untuk wanita mengandung dan mula menimba ilmu tentang kehamilan dan penyusuan secara serius. Walaupun bukanlah pengalaman pertama, saya rasa macam terlupa skill semua tu. Apatah lagi saya tidak berjaya menyusukan kedua orang anak saya dahulu.


Keesokkan paginya, bangun je dari tidur cepat-cepat saya ke bilik air. Excited nak buat another UPT. Tuhan saja yang tahu betapa bedebar-debarnya rasa hati. Gerak hati yakin keputusannya positif. Wallahuaklam.


Ini UPT yang kedua. Apa macam... hmm...bagi saya ia masih meragukan. Tapi 2 line tuuuuuuuuuuu....kalau ikut kata packaging dia memang positif. Cepat-cepat tunjuk kat en suami. Hehe.. Senyum senyum aje. Dia kata lepas raya baru kita gi klinik untuk confirmkan. Ya Allah... Subhanallah...


Bila saya consult adik beradik saya masa raya hari tu, mereka kata memang confirm. Cuma berapa usia kandungan, perlu cek dengan doktor. Huhu... confused ni.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
New Journey Begins - Part 1
11:04 AM0 Comments
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana atas rahmatnya, saya diberikan kesempatan dan peluang untuk mengandung lagi. Setelah hampir 3 tahun saya berdoa, berusaha dan tawakkal, akhirnya Allah memakbulkan doa saya, doa suami, doa keluarga, doa orang-orang baik seperti anda semua. 

Tak perasan pula yang saya sebenarnya berbadan dua. Period saya datang seperti biasa sebelum puasa.  Cuma lebih kepada staining. Badan memang agak lemah berbanding sebelum ini. Saya fikir mungkin ini antara simptom virus Hepatitis B. Loya dan pening-pening. Entah kenapa saya boleh fikir ini antara simptomnya. Mungkin saya terlalu banyak membaca tentang virus ini. Jadi saya teruskan berpuasa macam biasa. Ada kalanya lemah tak bermaya macam nak pitam. Memang terpaksa batalkan puasa kalau tidak saya memang tak larat. Mahu ambil dan hantar anak sekolah lagi. 

Bila bulan puasa hampir ke penghujungnya, saya rasa sepatutnya saya sudah period semula kerana cycle period saya cuma 21 hari. Sudah terlewat dan biasanya cycle saya memang tepat. Maklumlah sejak saya makan vitamin-vitamin Shaklee, period saya memang cantik dan lancar sekali. 

Banyak kali saya desak suami beli pregnancy test, tapi suami saya sibuk lain macam sikit bulan puasa ni. Haha.. asyik terlupa. tak mengapalah. Saya pergi cari sendiri. Beli 2 pula tu. Yang RM8 satu set. Haha....murah sangat. Tak sempat nak tunggu first urine in the morning. Balik amik Nurin saya tengahari tu saya terus check. Ni yang keluar...




Kalau zoom kat situ, line lagi satu tu memang ada. tapi very thin and samar-samar sangat. But there is a line. Hmm.. terasa menyesal pulak buat test tengahari buta. Haha.. Kecewa pula sebab macam tak lekat je. Banyak kali tengok ni. Pregnant ke tak ni?

Eh! dah pukul 11 ni. Nak masak dulu nanti saya sambung cerita.

Nak vitamin Shaklee?


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Satu Hari di Hari Raya 1435
10:18 AM0 Comments
Saat nak menaip ni, kepala pening. Bukan sakit kepala tau, lain tu. Pening tu macam berpusing. Cuba pejam mata dan bayangkan... haha..

Setakat pening-pening sikit tu apa lah sangat kan. Ada orang yang lagi kuat sakitnya, Sakit kepala, migrain yang sampai hendak hentak-hentak kepala kat dinding pun ada. Bersyukurlah... Alhamdulillah.

Dua hari lepas saya warm up menulis ringkas tentang Ramadhan. Kali ini nak tulis ringkas juga tentang Syawal.

Raya ini adalah raya yang paling sederhana sekali tapi raya yang cukup meriah. Tahun ini turn saya beraya dengan keluarga saya di Felda Semenchu, Kota Tinggi. Masa kami dipenuhi dengan menziarah saudara mara saya. Syukur...masih dapat merasai nikmat bersilatulrahim.
Raya kami sederhana kerana saya tak beli kuih raya. Saya tak beli baju raya sedondon dengan suami dan anak-anak. Saya tak de mood raya sangat. Saya cuma nak jumpa keluarga dan saudara mara je. Kebetulan abang saya masih lagi di hospital. Kasihan dia.

Ini sajalah gambar keluarga pada raya pertama. Muka saya agak kelat di situ kerana tidak berapa sihat. sakit perut yang amat. Cirit birit sejak malam raya tu. Huwaaa...haru biru sangat pagi raya bila semua orang tunggu saya untuk bersalam-salaman dan seisi mengambil gambar. 


Sementara menunggu mama siap.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Nak order vitamin Shaklee?

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, August 5, 2014

Throwback July-Ramadhan
5:12 PM0 Comments

Lama betul saya tak blogging. Mood bulan 7 ke laut. In fact too many things happened at that month. Good and bad. Somehow, I am back on track. Jangan ingat saya hilang pula ye. Hehe


Bulan Ramadhan yang lepas, bukanlah bulan Ramadhan terbaik saya. Kesihatan sangat kurang memuaskan. Puasa pun tak berapa sempurna. Ada beberapa hari saya terlalu lemah dan hampir pitam. 7 hari saya tak puasa. 2 hari terawal kerana period. Bukanlah period sangat sebenarnya, lebih kepada staining. Hari selebihnya kerana keadaan lemah longlai tak bermaya. Jenuh saya nak menggantikannya. Semoga Allah beri saya kekuatan.

Solat tarawikh banyak ponteng. Tak dapat ke surau setiap hari. Tak sedap hati tapi apalah daya saya. Nurin tidur seawal pukul 9. Kalau tidur lewat, dia susah nak bangun sahur. Jawabnya lewat ke  sekolah pula. Sebenarnya, saya yang terlalu letih dan tak bermaya untuk bertahan. Anak pula jadi alasan. LOL

Abang kandung saya (anak yang ke 5), sakit dan dimasukkan ke hospital. Keadaannya tenat dan menyedihkan. Sepanjang saya di sana, dia tidak sedarkan diri. Keadaannya stabil. Doa saya semoga dia kuat dan tabah melalui hari-hari seterusnya. 

Dalam pada saya lemah-lemah tu, saya dapat juga menyiapkan tempahan Almond London untuk customer. Suami saya beriya-iya sungguh buat marketing untuk saya. Kebanyakannya customer tetap. Saya tidak berhajat nak extend marketing kepada kawan-kawan saya, sebab saya tahu kemampuan fizikal saya kalau order banyak nanti. Syukurlah, walaupun cuma 50 botol, tapi saya puas hati. Dapat deliver on time dan cover balik modal. Untung boleh tahan juga. Harga jualan saya murah je. RM23 untuk satu jar 50pcs.Terkejut juga bila saya survey harga pasaran RM28-RM30 sebekas. Less than 50pcs pula tu. Mungkin banyak tangan kot. 

Almond London

 Oh... yang bestnya, saya dapat join group tadarus di surau kawasan Taman Amanputra. Pertama kali saya join dengan diaorang.  At first, memang janggal sebab saya tak pernah bercampur gaul dengan mereka. Dup dap dup dap. Suami saya excited bila saya kata saya nak join. Dia yang contact Ketua Tadarus tu. Hihi. Alhamdulillah... Banyak yang saya belajar. Sungguh pun saya ni berpendidikan Sekolah Agama Johor, (Darjah Khas pula tu), arwah emak dan abah pula mengajar al Quran masa saya kecil-kecil dulu... tapi bila dah besar-besar ni ilmu tajwid nampaknya ada yang menyusut dari ingatan. Alhamdulillah, Al Quran boleh baca dengan lancar tapi syok sendiri. Tahu apa maksud syok sendiri? Faham faham je laaa


Photo Credit: Datin Hasiah Kadir

Bila kita bertadarus, kita baca kawan-kawan yang lain tolong semak bacaan kita terutamanya bab-bab tajwid. Kita rasa macam dah betul, rupanya...eh! ada yang salah. Tu la selama ni baca syok sendiri. Jangan tak baca langsung sudah!!


Ok. I stop dulu. Nak fetch anakanda pulang.

Nak order vitamin Shaklee?

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: