September 2014 - CIK MIL MILA

Wednesday, September 24, 2014

Down with Fever and Flu
4:31 PM0 Comments
Lepas pergi Bagan Lalang, the next day saya dah rasa seram sejuk. Tapi masih buat-buat tak faham. Ada la mengada-ngada sikit dengan encik suami yang saya sangat rindukan masakan air tangannya. Memang betul, dah lama suami tak masuk dapur dan masak untuk kami. Huk huk. 

Sementara dia tengah masak, saya terlelap pulak. Yang sebenarnya suami saya memang kemaruk nak masak (wink ;) sebab dia teruja tengok ikan-ikan segar yang dibelinya kat Bagan Lalang hari tu. Menu spesel menanti... yippieeee.. tapi tak dapat nak snap sebab macam biasalah... lapar.

Petang tu kami ke IKEA dengan The Curve. Lama sungguh tak ke situ. Gamaknya jakun tengok perubahan di sekitarnya. Makan kat our favourite dating place- Marche, tapi seperti kenyang yang amat sebab semua orang dah membedal karipap IKEA yang sedap itu. Masa ni lah terasa sakit tekak yang amat bila pekena jus oren kat situ. Pedih tak hengat. Hilang selera nak pow encik suami. Order pun untuk anak-anak, tapi tetap mak bapak budak yang bedal sebab anak-anak teruja nak main aje.

Tujuan asal sebenarnya nak gi Sg Buloh untuk menjemput kereta Kelisa kesayangan hamba tu. Masuk bengkel. Dah 9 tahun usianya. 2 minggu kat bengkel buat kami rinduuu yang amat. Terlanjur tu menyinggah ke mall berhampiran. 

Jadi lepas aktiviti tak-selera-nak-makan-tu kami shoot la terus ke Sg Buloh lalu Kota Damansara. Makkk...awat jalan pelik-pelik. Ni sempena construction MRT la nih.. pening sungguh! Menambah kesakit kepalaan saya dan tetiba je air hidung meluncur laju... srooot srooot...sempat menidurkan diri sebelum saya terpaksa drive bawa Alza balik Puchong sementara suami bawa balik si comel Kelisa kami tu. Dalam hati...boleh ke saya drive dalam keadaan macam ni Sg Buloh-Puchong. Think positive. Sambil tu mulut asyik mengemam dan menguyah Chewable Vita-C Shaklee. Rasa ok lah elak lagi parah. Dah sampai bengkel, boleh pula saya terlelap lagi sekali bila suami bayar bil kat dalam bengkel tu. Sedar-sedar suami suruh saya tukar tempat duduk and drive back Alza. Huwaaaa... macam mimpi je. Anak-anak pun semuanya tidur juga. Doa dipanjatkan, hanya Allah yang boleh membantu.Semoga perjalanan lancar, dan saya kuat dalam pemanduan. Aamiin.

Alhamdulillah, walaupun jem sana sini sepanjang NKVE-Elite Highway, tapi atas kuasaNya, saya berjaya sampai ke rumah. Lebih awal beberapa saat dari suami. Ngeeeee. Sebab nampak tadi di tol dia terpaksa queue di lane tunai. Wahahahhaa...kalau tak saya pun dah kalah dahh...

Tu lah kisah demam saya. Malam tu saya terus tidur yang macam tak tidur pun. Sebab hidung tersumbat, kepala pun sakit kaw kaw punya. Demam terakhir tahun lepas Disember pun jatuh pada cuti sekolah jugak.Cuci dosa. Sikit je demam tu berbanding kesakitan orang lain. Bermulalah episod demam seterusnya... .

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kami dan Bagan Lalang
4:05 PM0 Comments

Allah...
(16hb September, 2014)
Kami diberi kesempatan menghadiri majlis harijadi Mikhael, anakanda Husna rakan sekerja saya dulu. Meriah sungguh, makanan yang sedap-sedap dan anak-anak dapat belon free lagi. Cuaca mendung dan hujan renyai sekali sekala memberi idea kepada saya untuk mengajak suami ke pantai berhampiran. Lagipun kami belum berkesempatan untuk membawa anak-anak bercuti sepanjang cuti sekolah ini.
Air surut
Cinta Hati Saya

Ayu Berbaju Kurung

Rumah Ketam.

Sunset yang Indah. Subhanallah

Pantang ke pantai. Memang ini lah kerja mereka. Main pasir

Anak siapalah tu kan... kusyuk main

Teruja!

Upside Down

Walaupun baju berpasir tetap cool

Selepas membawa anak-anak menyelusuri suasana di tepi pantai Bagan Lalang kami menjamu selera di restoran makanan laut berdekatan. Menunggu makanan yang dipesan di tempat yang sebegitu sudah tentulah memakan masa yang agak lama. Cuti umum dan juga cuti sekolah. Tiada apa yang mampu dibuat melainkan sabar. Suami mengambil peluang membeli ikan-ikan segar di pasar berdekatan.

Sementara menunggu, saya sudah merasakan lain macam. Eh... saya bukan menulis cerita hantu tau. Haha.. semacam tu maksudnya saya rasa seperti tidak sihat. Malas nak fikir banyak-banyak. Saya cuma minum air panas suam sambil pow sedikit air sejuk kepunyaan anak-anak. Mengelat sikit tak pe kan? Bila hidangan sampai, sungguh-sungguh kami makan. Mulanya cuma mahu berkongsi sepinggan nasi dengan anak-anak, tapi oh.. lauknya banyak, manakan cukup ye tak. Sepinggan nasi kongsi 3 orang yang kelaparan? Rasa tak sihat tu hilang tiba-tiba. Penangan betul.

Tak sempat nak snap gambar-gambar menu kerana perut sudah menyanyi kelaparan. Sedap dan berbaloi-baloi. Alhamdulillah. Rezeki kami.




Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, September 17, 2014

Story Telling - Si Ayah Katak Yang Sombong
11:16 AM0 Comments




Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Wordless Wednesday - Pertandingan Drama Muzikal,Bercerita dan Mewarna Tadika Swasta Daerah Sepang
11:16 AM0 Comments

Lokasi: IKTBN Sepang


The crowd



Juri Penilaian Pertandingan Mewarna




Permandangan Dalam Dewan

The Stage

Hehe..

Soru sebelum pertandingan

The Teachers yang Awesome

Sedang Bersiap

Teacher yang Bertanggungjawab Training Alya

Tadaaaa...Anak Katak yang Comel

Intro



After Performance

MC Menghiburkan Kanak-Kanak yang Kebosanan while waiting for the results

Yeay... No. 3 untuk Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Mentor dan Mentee. Macam sama je rupa


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Saturday, September 13, 2014

Tentang Mengidam- Kiwi
8:35 AM0 Comments
Sejak dulu-dulu, saya memang la sangat menggemari buah-buahan masam. Ketika mengandungkan Nurin, buah kegemaran saya ialah epal hijau, nanas dan mangga muda. Orang kata nanas tak elok untuk orang yang mengandung kerana ia sangat keras dan boleh menyebabkan keguguran. Tapi saya sangat-sangat hendak makan dan saya makan juga. Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Berani betul saya. Seriously buah nanas sangat juicy dan nyummm sedap. Meleleh air liur ketika menaip nih.

Ketika mengandungkan Alya, saya lebih sukakan makanan berprotein tinggi. Steak! Jenuh suami melayan keinginan saya, kerana saya sukakan lamb chop. Sudahlah jauh di Uptown Damansara tu. Sudah nya suami terpaksa belajar masak lamb chop sendiri untuk save budget dan travel jauh-jauh memandangkan Nurin ketika itu masih baby, kurang setahun umurnya.

Untuk yang ketiga ini, saya sangat menggemari buah-buah masam lagi. Bukanlah mengidam, tapi saya memang suka. Suami anggap itu mengidam yang baik. Jadi peti ais saya sentiasa dipenuhi dengan buah oren, kiwi hijau atau kiwi gold.



Slurpp...sedapnyaaaa...

Kita ni, walau sudah megandung untuk kali yang ketiga, masih perlu belajar lagi tentang kehamilan. Banyak ilmu yang sudah luput. Ada satu artikel yang menarik perhatian saya tentang mengidam.

So, jika saya amat menggemari buah-buahan citrus yang masam, maksudnya saya kekurangan vitamin C. Huhu. Saya sangat istiqamah makan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, tetapi hanya sebiji sehari. Mungkin saya perlu tambah dos, atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C. Tahukah berapa banyak vitamin C yang saya perlukan untuk dapatkan 500mg vitamin C? 

2 biji kiwi baru menghasilkan 322.6mg vitamin C. So, we need to eat at least 3 biji lebih sikit untuk mendapatkan 500mg. Harga purata sebiji kiwi ialah RM2.40 sebiji (harga promosi). Untuk dapatkan 500mg, perlu makan 3 biji kiwi yang berharga RM7.20. 30 hari berjumlah RM216 hanya untuk vitamin C. Huh... Nak tahu harga vitamin C Shaklee?
Hanya RM92.50 sebotol. Ada 180 biji. Sebiji mengandungi 500mg vitamin C yang bersifat Sustained Released. Nak tahu apa maksud Sustained Release? Jap lagi saya terangkan. Sehari minima hanya sebiji (nak lebih pun tak per sebab vitamin C larut air). Sebiji vitamin C cuma berharga RM0.50. Yessss...you heard it right. Hanya 50 sen sahaja! 

Nak tahu lanjut apa maksud Sustained Release? KLIK SINI yer.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, September 11, 2014

Confused Mana Lagi Baik-Omega Guard vs Lecithin
5:02 PM0 Comments
Mana lagi baik untuk menurunkan berat badan cara selamat dan berkesan?

Kalau pening-pening sangat, ambil aje lah dua dua. Tak ada masalah. Lagi optimum! Tak percaya. Cuba sendiri.

Kalau terpaksa membuat pilihan disebabkan kekangan budget, nah... yang lebih murah tentulah lecithin dan omega lebih mahal. Pernah dengar frasa ini? Alah membeli menang memakai. Kalau nak yang terbaik pilihlah Omega Guard

Kenapa Omega Guard?

Omega Guard dihasilkan dari sumber ikan laut dalam dan melalui 3 x proses penyulingan. Lecithin pula dihasilkan  dari soya. Jadi lihat kos sumber dan cara pembuatannya di situ. Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu dari segi penurunan berat badan pula? 

Omega Guard Shaklee mengandungi Omega 3 yang berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh supaya menggunakan lemak dalam badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan seseorang. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal nafsu dan selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengawal nafsu dan rasa lapar seseorang. Kesimpulannya, Omega Guard Shaklee mampu membakar lemak dan mengawal selera makan.



Apa bezanya dengan Lecithin?

Lecithin menyerap vitamin yang larut lemak. Ia bertindak untuk memecahkan lemak dan kolesterol. Membersih salur darah malah pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

Ia dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Sama tapi ada bezanya tau.

Bolehkah mengambil kedua-duanya sekali? Sudah tentu boleh. Gabungan kedua-dua vitamin ini membantu proses penurunan berat badan yang lebih berkesan dan lebih pantas. Jangan abaikan juga pemakanan seimbang dan senaman. Jangan pula anda makan kedua-dua vitamin ini tetapi tidak menjaga pemakanan dan senaman. Proses akan menjadi lambat. Ditakuti anda putus asa ditengah jalan. Salah sendiri la sebab ambil remeh.

Lengkapkan kedua-dua vitamin ini dengan pengambilan set kurus/set diet iaitu Herblax dan Alfalfa

Herb-Lax Shaklee - mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus. Bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.


Alfalfa Complex - Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin dan omega, ia membantu membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. 



Nak order? Call saya ye. Konsultasi disertakan dengan setiap pembelian!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Minum Petang: Goreng Pisang Cicah Sambal Kicap
4:33 PM0 Comments
Sendiri tengok gambar pun terliur. Cisss...kurang ajar betul gambar-gambar ini. Tak pasal-pasal teringin nak makan. Ni sebenarnya minggu lepas punya cerita. Nak up tak sempat-sempat.



Bukan susah pun nak buatnya, cuma tak boleh nak buat selalu sebab berminyak. Tak elok untuk saya ni yang mengandung dan ada macam-macam kisah kesihatan. Kalau sebelum mengandung saya teringin nak makan ni, saya up kan dos omega guard dan alfafa. Bila dah mengandung ni, dua vitamin ni saya stop dulu sebab tak sesuai untuk ibu mengandung. Omega baik sebenarnya, tapi untuk trimester pertama ni seeloknya jangan dulu. Tunggu bulan depan ye baby. Hehe.

Nak resepi Goreng Pisang yang sedap ni?

Sempoi je. Meh jom saya share kejap

Goreng Pisang Rangup



Pisang sesikat (ikut suka la pisang apa. Pisang nangka ok, pisang nipah ok, pisang tanduk pun ok)

Batter:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air agak-agak pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2 sudu butter (yang sudah dicairkan)

Caran-caranya

Mixed kesemuanya sehingga sebati. Celupkan pisang yang dibelah dua sehingga menyaluti kesemua pisang dan goreng dalam minyak yang sudah panas. Goreng sehingga keperangan dan angkat.


Sambal Kicap




Bahan-bahan

Segenggam cili padi
2 biji bawang putih
setengah cawan kicap manis

Cara-caranya

Masukkan kesemuanya dalam blender dan blend hingga lumat. Tuang ke dalam bekas. Hidangkan. Sebaiknya simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.


Kalau you all dah makan makanan berminyak macam ni, mesti makan omega guard dengan omega guard tau. Kalau tak... habislah kolesterol tu bermaharajelela dalam badan mengembang menjadi selulit dan bertapak kat situ lama-lama. Sedap memang la sedap. 

Kenapa omega guard? Sebab ia bertindak untuk memecahkan lemak dan kolesterol. Membersih salur darah malah pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

Ia dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran.

Alfalfa pula bertindak untuk detox. Detox adalah proses pembersihan usus, segala toksin yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah usus. Bila toksin banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrien yang diambil samada daripada supplemen atau diet harian.

Nah...tunggu apa lagi??

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, September 10, 2014

Merancang untuk Hamil tapi Budget Terhad?
9:23 AM0 Comments
Ambil asid folik sebulan sebelum hamil

Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil.

Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik?

Rahmah,
Johor Bahru, Johor

Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil
dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu me­ngambul dos lebih daripada 5mg.

Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum
hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilasidfoliksebulansebelumhamil/MA/Article/index_html

B-Complex Shaklee

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

B- Complex sangat baik untuk saraf yang memberi ketenangan kepada si pemakannya. Mereka yang mempunyai cukup dos B- complex dalam tubuh badan akan lebih tenang, terkawal dan ceria. Tidak hairanlah ia memudahkan untuk hamil. Elok diambil untuk mereka yang mengalami sakit kepala dan migrain.  Ia bertindak secara semulajadi. Pengambilan berterusan menghindarkan  episod migrain yang menjejaskan kesuburan.





Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, September 9, 2014

Early Dinner at Sushi King
9:55 PM0 Comments

Rentetan peristiwa selepas reunion. Berpenat-penat teman anak-anak main,berulang alik ke toilet-surau-toilet entah yang keberapa kalinya. Maklumlah bila minum air banyak, banyak pula yang keluarnya. Tak apa. Detox. Ramai yang tak suka effect akibat minum banyak air sebab ni ler... malas nak gi toilet. Come on.. nak sihat kena susah-susah dulu.

Bila dah penat perut rasa lapar. Lepak minum dan makan sweetcorn kat foodcourt. Baru sesuap dua terserempak lagi dengan adik ipar and family. Mereka mahu pulang ke Bandar Baru Bangi, rumah mertua.

Anak-anak kami pulak excited nak ikut. Tadinya lapar terus jadi kenyang. Mereka ikut pulang, sekaligus bagi kami chance date berdua sahaja. Haha... Bukan date apa pun, cuma makan malam di Sushi King. Early dinner sebab saya kena stop makan by 10 pm. Esonya ujian BSP.









Ini merupakan dinner yang paling sikit yang saya makan di sini berbanding sebelum ini. Bil tak sampai RM60. Selalunya lebih RM150. Oh.. sebab anak-anak tiada. Mereka tu hantu sushi. Tapi saya memang tak makan banyak pun sebab nak jaga blood profile. Sadis.

Apa pun selera pun macam tak berapa nak ada sebab anak-anak tak ada. Aduhai..

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Reunion Kuning Crew 1987 - 1992
9:54 PM0 Comments
Yang reunionnya suami dan ex-classmate sekolah rendahnya. Yang sibuk-sibuk aka busybody  pula isterinya. Muahahha. Over! Eh taklah.. saya tolong realisasikan melalui blog saja. Suami saya tu tak berapa rajin nak update.

Hari bersejarah ini berlaku pada hari Ahad, 7 September 2014. Setelah 22 tahun tidak bergather-gather. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Mereka merancang reunion ni sejak bulan puasa yang lalu. Bukan sahaja reunion, ada birthday party sekali untuk birthday girl/boy kelahiran Sept 2014. Makanan secara pot luck (menu yang sedap-sedap) dan venue yang sangat selesa iaitu Kidzoona bertempat di dalam Aeon Equine Park. Apa yang bestnya Kidzoona ni?
Sila KLIK SINI ye. Macam-macam ada ye. Sangat happening.


Tempat mainan kanak-kanak yang lengkap dengan macam-macam permainan. Banyak juga yang berbentuk education toys. Tak sempat nak snap mainan yang ada sebab kami semua busy dengan acara makan- makan. Event start sepatutnya pukul 12 tengahari. Kami gerak dari rumah pukul 11. 30 pagi. Lewat dah kot. Suami saya busy menggoreng cheese nugget pagi tu. Nyummm... menyelerakan untuk si kanak-kanak. Dah lambat, apa laaagi...merempit la encik suami. Dah half way terlupa pula nak bawak pinggan mangkuk cawan sudu garfu segala. Sebab perjanjian mereka is 'environmental friendly'. Tak digalakkan pinggan mangkuk kertas. Good thought!! And I like it.

Sampai aeon masuk dulu supermarket beli semua then zasss pergi Kidzoona. Oh leganya. Anak-anak tak sabar-sabar nak main. Bila ramai dah datang majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati Allah.











Lepas doa is makan time. Antara makanan yang dibawa oleh Kuning Crew.Sebahagian sahaja sebab photographer pun sibuk nak makan LOL.










Acara potong cake.





Games for kids yang di handle kan oleh staff kidzoona. Enjoy sangat mereka! Banyak pic yang missed.








Ada colouring juga. Dibekalkan dengan crayon free lagi. Sponsored by Shu. Thank you Shu.




Makan dan makan lagi.













Photo session.








Then slowly mereka pulang. Tapi we all tak balik lagi sebab anak-anak belum puas main. Kebetulan adik ipar satu family ada sekali. Memang menjadi - jadilah anak-anak main. Solat Zohor dan Asar pun kat sana. Sangat convenient sebab dekat dengan toilet. Dekat juga dengan surau. Dah feel like home pula.
Semoga reunion ini akan menambahkan lagi ukhuwah sesama kita. Saya ni tumpang sekaki je. Haha.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: