Hamil - Nikmat Terindah!~~

3:30 PM

Mengandung merupakan saat dan nikmat terindah setiap wanita. Biarpun begitu, it can be challenging kalau kita tak bersedia dengan perubahan yang bakal tiba. Ahaaaa... sounds tricky! Terindah tetapi sangat mencabar. Mencabar tapi seronok. Believed me... ramai wanita menantikan saat-saat ini. Tak semua wanita diberikan peluang hebat ini. Syukur Alhamdulillah...

Apa sahaja yang berlaku pada ibu mengandung samada bentuk fizikal, perubahan hormon, malah segala benda yang kita makan/minum semuanya perlu dikaitkan dengan sikecil yang sedang membesar dalam perut.

Yang penting, jaga diri, jaga kesihatan, jaga emosi dan bergembiralah. Percaya lah, ibu yang gembira melahirkan anak yang happy go lucky!

Mengandung untuk kali yang ketiga ini sangat-sangat berbeza dengan dua pregnancy yang lalu. Banyak bezanya... nanti ada masa saya kongsikan di sini ya. Yang pasti bersama dengan supplement Shaklee saya sedang mencipta rasa gembira, rasa positif dan ingin berkongsi tips bersama-sama kawan-kawan di luar sana.

Untuk trimester pertama ini, saya mengamalkan vitamin Vita-Lea, B-Complex dan ESP setiap pagi. Ini untuk memberikan tenaga optimum kepada saya. Maklumlah, banyak urusan domestik yang perlu diselesaikan pada waktu ini. Selepas makan tengahari saya mengambil vitamin C dan sebelum tidur Ostematrix untuk tidur yang lena (tiada kaki yang cramp) dan tulang yang kuat. Nanti kita cerita panjang-panjang lagi ye!

Gambar kat bawah ni cuma sekadar hiasan. Masa ni saya 10 minggu mengandung dan masuk sukaneka dengan anak-anak. Agak gila tapi enjoy sangat. Tak sangka pula rajin nak join. Anak-anak punya pasal.. Balik umah tidur tak hengat! LOL.
Untuk yang sedang mencuba untuk mengandung, jangan rasa dukacita, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Berusahalah bersungguh-sungguh, jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat dan mintalah kepada Allah. Maaf jika entry ini menduga dan menimbulkan rasa sedih kerana belum dikurniakan rezeki. Bukan tujuan saya untuk show off, tapi untuk berkongsi rasa dan tips yang berkaitan. Pandanglah dengan mata hati. Semoga Allah kurniakan buat anda zuriat yang menjadi penyelamat dunia dan akhirat!


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments