Jom Sental Baju dengan Fresh Laundry Concentrate (Get Clean Shaklee)

11:41 AM

Hari ni cuaca sangat baik. Saya ada mood baik jugak nak menyental baju-baju yang ya ampun...melekat kotoran degil. Dengan sabun apa?? sabun favourite saya lah--->Fresh Laundry Concentrate. Baju-baju sudah direndam semalaman. Tinggal nak sental sikit-sikit je.



Saya memang basuh baju sekolah anak-anak dan baju kerja suami dengan tangan. Lebih bersih dan meyakinkan. Sebab tu saya perlukan sabun basuh yang power gilaaa macam Shaklee punya sabun basuh ni. Bukannya tak percaya basuh pakai mesin basuh, tapi  terasa lebih best sebab dapat transfer kasih sayang melalui sentalan hikmat. Muahahaha..melalut je pagi ni eh?

Best nya sabun basuh ni pekat. Guna sikit je, tapi perghh...



Jom kita baca apa yang bestnya Fresh Laundry Concentrate. Jangan tak tahu President US (Obama) pon rumahnya sepenuhnya guna produk Get Clean Shaklee tau! Selamat untuk alam sekitar.

Fresh Laundry Concentrate

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih

Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
Hipoalergenik
Tanpa Klorin
Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

Berkepekatan tinggi
1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri

Mesra Alam

Ramun Semulajadi yang mesra alam
Surfaktan bersifat biorosot
Tanpa fosfat, borat dan nitrat
Tanpa bahan perwarna
Bungkusan yang boleh kitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments