Kisah BSP dan Check Up 13 weeks

11:53 PM

Hari ni bersantai-santai ke klinik untuk check up 13 minggu dan juga ujian BSP. Yesss... you heard it right! I have GDM. Last 2 weeks i received a call from KDPM. Baiknya mereka siap call bagi tahu result MGTT. Sebelum minum air gula was 4.4. 2 hours selepas minum air gula pula 7.9. Normal 7.8!! Beza 0.1 yang sangat menakutkan. Mula-mula frust juga. But things has happened. Terima aje la dengan redha. Bukan boleh ubah pun apa yang dah berlaku.

Appointment pertama untuk BSP hari ini.
 
Sumber: Google

Prosedurnya, kena puasa malam sebelumnya. Datang klinik, pukul 8 amik darah. Cucuk sikit je kat hujung jari. Then lepas tu dah boleh makan. Lepas makan tengok jam betul-betul. 2 jam selepas tu datang lagi untuk amik darah lagi. Begitulah seterusnya.

Lepas amik darah yang pertama saya blurr sungguh tak tahu nak sarapan apa. Ye la... belum apa-apa lagi dah 5.2. Scaryyy!! Nurse cakap kalau berpuasa tak seharusnya lebih 5.3. Waduhh..

Balik rumah cek kabinet. Oat tiada dalam simpanan. Yang ada cereal yang manis-manis untuk anak-anak. Yang paling sesuai cuma nestum. Saya bancuh 4 sudu nestum dengan 2 sudu susu dan 4 sudu air. Kacau rata-rata dan ngapppp... sedap juga. Hopefully kandungan gula dalam nestum ni tak lah tinggi. Habis makan pukul 8 pagi. Saya minum air lebih 500ml.

Sempat juga basuh kain. Pukul 9:30 pagi saya berdesup ke KDPM sekali lagi untuk normal check up dan pukul 11 untuk bacaan darah yang ke 2. Alhamdulillah. Bacaan yang normal. Saya pastikan pengambilan air yang banyak. Lebih baik air yang tinggi kandungan mineralnya kerana mineral yang tinggi punya PH yang tinggi dan beralkali. Kebanyakan makanan yang kita ambil membuatkan darah kita berasid. Jika banyak air beralkali yang kita ambil, ia boleh meneutralkan darah yang berasid itu.

Bercerita tentang KDPM (klinik kerajaan), perkhidmatan yang bagus. Walaupun perlu menunggu, saya tak kisah pun sangat sebab perkhidmatan nya percuma. Pemeriksaan yang teliti (thorough) dan nurse yang baik - baik. Sambil-sambil tu boleh lah isi masa dengan berzikir, mengaji dan yess.... update blog!!

Oh ya, gembira di hati sebab Hb saya 11.3 walaupun berpuasa. Semalam pula termiss makan sebab busy. (Alasan rak boleh pakai!!! ) Alhamdulillah alhamdulillah. Pengambilan vita lea yang sangat konsisten membantu bacaan Hb yang cantik kerana vita lea merupakan multivitamin yang di formulasikan dengan zat besi. 
 
Sumber: Google

Nak tahu rupa vita-lea. Warnanya hijau dan apabila larut ia berwarna kuning oren kerana diluarnya diselaputi alfalfa dan dalamnya kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Baca SINI untuk maklumat lanjut mengenai vita lea.

Jom review result saya.

Pukul 8 - 5.2 (agak tinggi untuk orang yang berpuasa)

Pukul 11 - 4.1 (menurun.Menurut kata Ketua Jururawat tu sebab saya aktif, kalori dibakar jadi kadar gula dalam darah pun menurun. Saya cuma makan 4 sudu nestum dengan 2 sudu susu dan 4 sudu air. Air mineral saya minum 800ml. 4 kali ke toilet. Muahahha.. but it works okeh!)

Pukul 4 - 4.4 (normal. Disebabkan tak sempat masak sebab habis semua pukul 12:10, saya menapau kebab di Kyros Kebab Cyberjaya. Chicken Kebab untuk saya tanpa sebarang dressing dan Mixed Kebab with dressing untuk Nurin. Dressing tu semua memang high calories dan pastinya sos cili banyak gula. Air mineral 500ml je kot. Tak ingat tapi lebih la segelas)
 
Sumber: Google

Pukul 8 - 4.9 (normal juga. Tapi menunya macam menu membunuh diri. Saya ajak anak-anak makan awal sedikit di Vicchuda. Suami balik lewat sebab banyak hal perlu diselesaikan. Saya pula perlu selesai makan jam 6 petang. Saya order nasi sepinggan, telur bungkus, sup cendawan, ikan kembung 3 rasa. Kami share 3 beranak. Nasi saya separuh. Nurin dan Alya masing-masing suku je. Nak bagi extra diaorang tak mahu. Air saya air kosong je. Sayang kalori wooo)

Kesimpulannya : hari ni super duper busy. 4x ulang alik klinik desa, amik anta anak (rutin biasa), COD vitamin selepas fetch Nurin dan pergi pos vitamin.

Ahamdulillah...result BSP cantik!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments