Minum Petang: Goreng Pisang Cicah Sambal Kicap

4:33 PM

Sendiri tengok gambar pun terliur. Cisss...kurang ajar betul gambar-gambar ini. Tak pasal-pasal teringin nak makan. Ni sebenarnya minggu lepas punya cerita. Nak up tak sempat-sempat.



Bukan susah pun nak buatnya, cuma tak boleh nak buat selalu sebab berminyak. Tak elok untuk saya ni yang mengandung dan ada macam-macam kisah kesihatan. Kalau sebelum mengandung saya teringin nak makan ni, saya up kan dos omega guard dan alfafa. Bila dah mengandung ni, dua vitamin ni saya stop dulu sebab tak sesuai untuk ibu mengandung. Omega baik sebenarnya, tapi untuk trimester pertama ni seeloknya jangan dulu. Tunggu bulan depan ye baby. Hehe.

Nak resepi Goreng Pisang yang sedap ni?

Sempoi je. Meh jom saya share kejap

Goreng Pisang Rangup



Pisang sesikat (ikut suka la pisang apa. Pisang nangka ok, pisang nipah ok, pisang tanduk pun ok)

Batter:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air agak-agak pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2 sudu butter (yang sudah dicairkan)

Caran-caranya

Mixed kesemuanya sehingga sebati. Celupkan pisang yang dibelah dua sehingga menyaluti kesemua pisang dan goreng dalam minyak yang sudah panas. Goreng sehingga keperangan dan angkat.


Sambal Kicap




Bahan-bahan

Segenggam cili padi
2 biji bawang putih
setengah cawan kicap manis

Cara-caranya

Masukkan kesemuanya dalam blender dan blend hingga lumat. Tuang ke dalam bekas. Hidangkan. Sebaiknya simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.


Kalau you all dah makan makanan berminyak macam ni, mesti makan omega guard dengan omega guard tau. Kalau tak... habislah kolesterol tu bermaharajelela dalam badan mengembang menjadi selulit dan bertapak kat situ lama-lama. Sedap memang la sedap. 

Kenapa omega guard? Sebab ia bertindak untuk memecahkan lemak dan kolesterol. Membersih salur darah malah pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

Ia dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran.

Alfalfa pula bertindak untuk detox. Detox adalah proses pembersihan usus, segala toksin yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah usus. Bila toksin banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrien yang diambil samada daripada supplemen atau diet harian.

Nah...tunggu apa lagi??

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments