Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca dan Sirap Bandung

2:34 PM

Cerita semalam di FB

Jumaat yang barakah. Hehe... menggila di dapur dengan nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan sirap bandung. Nak merempit ambik anakanda pula. Fuhh... nasib baik consume set hamil Shaklee. Gagah perkasa laksanakan tanggungjawab! Kalau dulu2 (without supplement Shaklee) time gini dah melepek dah...Alhamdulillah alhamdulillah...

Pagi-pagi saya scroll newsfeed kat FB, kakak saya Norliza Muhamad share resepi Nasi Tomato. Tengok gambar je dah menyelerakan. Beriyalah saya baca  dan plan nak buat. Tiba masa nak buat, selongkar peti ais, tomato sebiji pun tak ada. Malas nak ke kedai, saya guna apa aje lah yang ada. Yang ada cuma sos tomato. Haha... suami selalu pesan, kreatif kan diri masa masak. Tak yah by the book sangat. Okeh abang.. I take the challenge!



Resepi Nasi Tomato (my very own style)-untuk 4 orang. 2 budak kecik, 2 dewasa yang tak makan banyak

1.5 pot  beras (saya pakai beras biasa, nak sedap guna beras Basmathi)
Air bertapis (saya sukat mengikut bacaan dalam rice cooker. 2.5)
suku biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
halia 5mm (memang ciput gila)*
1 pc bunga lawang 
3 pcs buah pelaga
1 pc kayu manis yang paling kecik
sos tomato 2 sudu besar
sedikit minyak untuk menumis
secubit saffron
sehelai daun pandan (tak letak sebab malas nak ambik kat luar)
garam secukup rasa

Cara-caranya

Blend bahan* hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan yang sudah diblend dalam kuali/saucepan. Bila sudah naik bau, masukkan rempah tumis (bunga lawang,buah pelaga & kayu manis). Kacau kacau bagi sebati kemudian masukkan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.

Beras yang sudah dibasuh bersih dimasukkan ke dalam rice cooker diikuti  dengan air sehingga paras 2.5. Kemudian bahan tumisan dimasukkan juga dan dikacau rata dengan senduk kayu. Taburkan saffron. Turn on rice cooker. Tutup. Jangan dikacau sehingga masak. Bila sudah masak biarkan kering. Hanya kacau bila nasi sudah kering sepenuhnya. Ini untuk mengelakkan nasi hancur dan jelatah. Itu tips suami saya. Kalau basmathi lain style sikit sebab kurang kanjinya.

Ok done.

Resepi Ayam Masak Merah



Bahan-bahan untuk 4 orang makan. Kami memang makan tak banyak.

1/4 ayam saiz sederhana. Saya ambil bahagian dada. Memang sedikit sebab cuma makan untuk 4 orang.
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
sebiji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 cm halia*
Cili giling - 3 sudu (ikut kepedasan yang disukai)
1 cm lengkuas - diketuk
1 batang serai - diketuk
1pc bunga lawang
3 pc buah pelaga
1 batang kayu manis
tomato puree - 1 sudu
sedikit gula merah
garam secukup rasa
santan - 1 sudu
minyak untuk menumis

Cara-caranya

Perap ayam dengan kunyit dan garam untuk seketika dan goreng separuh masak. Blend bahan bertanda *. Panaskan  minyak dan masukkan bahan yang sudah diblend hingga naik bau kemudian masukkan rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga & kayu manis). Kacau sehingga sebati dan tambahkan cili giling hingga garing.

Apabila sudah pecah minyak masukkan tomato puri, serai dan lengkuas yang sudah diketuk. Masukkan gula, garam dan santan. Kacau sehingga sebati dan siap!!

Resepi Dalca 



Leher ayam - optional. Saya masukkan sebab ada lebihan ayam.
setengah biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
sedikit halia*
sedikit kunyit*
3 sudu rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu cili giling
1 pc bunga lawang
3 pc buah pelaga
1 batang kayu manis

1 biji terung
1 biji lobak merah
2 batang kacang panjang
Setengah cawan kacang dal yang sudah direndam
1 biji kentang
1 biji lada merah
santan (saya guna santan kotak M&S yang kecil-setengah je)
minyak untuk menumis
air bertapis

 Cara-caranya

Blend bahan yang bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bahan blenddan cili giling  hingga naik bau. Masukkan rempah kari, bunga lawang, buah pelaga & kayu  manis. Kacau sehingga pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan leher ayam dan kacang dal. Masukkan sedikit air sehingga paras kacang dal. Biar sehingga kacang dal empuk. Bila empuk, masukkan kentang, terung dan lobak merah. Bila kentang lembut, masukkan pula kacang panjang. Kacau rata-rata.

Apabila semua sayur masak, masukkan santan dan perlahan api. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Masukkan lada merah dan tutup api. Hidangkan!

Hidangan ini saya matchkan dengan sirap bandung. Saya cuma bancuh sirap+air+susu sejat+gula sedikit+ais. Tak berani buat manis-manis. Elakkan risiko GDM!






Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments