October 2014 - CIK MIL MILA

Thursday, October 30, 2014

Anak Ikan: Like Father, Like Daughter
3:51 PM0 Comments
Ni betul-betul anak papa. Banyak juga sifatnya mewarisi papanya. Masa encik suami muda dulu (sekarang dah tua-dah 34 tahun), dia sukaaa sangat ikan, pelbagai jenis ikan baik yang mahal yang murah, yang ada cip, yang ada sijil beranak pernah digilai nya. Bila dah kahwin, dah beranak, mulalah luntur minat itu sebab isteri asyik membebel (read: nasihat).

Sekarang minat itu turun kepada anak-anak terutamanya kakak Nurin. Tak perasan pula kalau minat itu dipupuk oleh suami atau datang sendiri, sebab banyak kali suami ke kedai ikan hiasan dan kami lebih senang tunggu di dalam kereta. Ker sebenarnya Nurin nak ikut tapi takut papa tak bagi. Hehe. Banyak pula menduga ye saya ni. 

Hari ini sekolah Nurin menganjurkan Hari Kantin Darjah 6. Dia minta duit lebih untuk shopping. Tak ada lebihnya kami nak bagi. RM1 lebih. Kedekut? Kalau bagi lebih, lebih pula dia akan berbelanja. Jadi total duit belanja dia hari ini ialah RM3.

Bila menjemputnya pulang, saya terkejut bila dia tunjuk ini.



Ikan? Akhirnya mimpinya jadi kenyataan. Pernah dia suarakan kepada saya tentang anak-anak ikan ini but I am against the idea. Know why? Not easy to take care okeh! Sudahlah ikan tu di packing sebegitu rupa. Mana nak dapat oksigen begitu/ Belum cerita pasal air tu. Entah ada anti klorin ataupun tidak?

Bila dah terlanjur beli, mama nak cakap apa eh? Mama bagi syarat jaga elok-elok. Tu je. Nak marah pun tak berguna kan?

Cepat-cepat balik rumah, saya tukarkan bekas ikan itu. Kebetulan ada bekas tempat letak pokok keladi simpanan saya. Saya isikan air yang sudah dirawat (read: Beyond Water). 



Kami bagi nyawa kecil ini  makan roti wholegrain. Hihi. Barulah saya rasa lega. Kalau tidak tentulah saya tidak senang hati seperi menyeksa nyawa kecil. Semoga Nurin istiqamah menjaga anak-anak ikan ini.


Kenapa perlu dua bekas? Sebab Nurin mahu menghadiahkan kepada adiknya Alya. Sayang dia ye kepada adiknya yang comel tu. Hik hik.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, October 29, 2014

Ambil Sarapan Elak Risiko Diabetis
4:35 PM0 Comments
Tahukah anda pengambilan sarapan bukan sahaja memberikan tenaga harian, malahan terdapat juga bukti menunjukkan bahawa pengambilan sarapan membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetis melitus jenis 2.

Diabetes adalah penyakit kronik yang kekal akan kekal seumur hidup. Sekiranya penyakit diabetis tidak dikawal ia akan membawa kepada komplikasi serius termasuk serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, kemusnahan buah pinggang, penyakit mata, kerosakan saraf dan ulser sehingga membawa kepada amputasi kaki.

Kajian menunjukkan seramai 2.6 juta orang dewasa di Malaysia menghidap diabetis akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Menurut Pakar Perunding Endokrinologi, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa, trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan semakin merisaukan.

“Tabiat mengambil atau meninggalkan sarapan boleh memberi kesan terhadap risiko diabetis.

“Secara asasnya pengambilan sarapan berfungsi untuk menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian.

“Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesiti,” katanya semasa menghadirkan diri dalam taklimat media anjuran Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS).

Katanya lagi, pengambilan sarapan juga memberi kesan psikologi yang positif dengan kajian yang menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai tahap rintangan insulin dan kolesterol yang lebih rendah.

“Tahap kolesterol yang rendah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Berkenaan rintangan insulin, ia merupakan keadaan di mana hormon tidak mampu untuk membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan.

“Keadaan ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa berkumpul dalam darah dan memusnah segala saluran darah .

“Jika keadaan dibiarkan berterusan lama-kelamaan insulin ini akan menyebabkan diabetis,” ujarnya.

Kata Norlaila lagi, penemuan juga menunjukkan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa yang mengambil sarapan mempunyai berat badan dan kandungan lemak yang lebih baik lantas mengurangkan risiko penyakit kardiavaskular.

“ Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan tinggi serat mempunyai rintangan insulin yang lebih rendah berbanding mereka yang mengambil jenis makanan lain,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi beberapa tip pengambilan sarapan yang sihat bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes.

“Seeloknya ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.

“Makan makanan yang tinggi protein kerana kandungan serat yang tinggi membantu kita kurang rasa lapar dalam tempoh yang lama.
“Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette. Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut dan mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar. Banyakkan juga minum air kosong setiap hari,” jelasnya.

Sementara itu, Pakar perunding Endokrinologi yang juga Pengerusi Penganjur Hari Diabetis Sedunia 2014, Datuk Dr. Mohamed Badrulnizam Long Bidin berkata, MEMS ingin menggalakkan orang ramai untuk menyahut cabaran mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk menikmati kehidupan yang bebas dari diabetes

“Ia bukanlah sukar tetapi memerlukan usaha untuk ingin berubah ke arah yang lebih baik.

“Orang ramai digalakkan untuk menyertai Larian dan Jalan Kaki Amal Hari Diabetes Sedunia yang akan diadakan pada 9 November pada jam 7.30 pagi di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.

“ Program ini merupakan larian dan jalan kaki amal kali ketiga. Kami berharap untuk menarik lebih ramai peserta tahun ini kerana acara berkenaan menjanjikan hari yang menyeronokkan kepada seluruh keluarga,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 23 Oktober 2014

Susah juga kalau saya nak konsisten makan protein yang berkualiti setiap pagi sebagai sarapan. Nak mudah saya ambil susu dan ESP sahaja lah! Not that bad. Kadang-kadang ambil juga telur dan ayam. 
Kenapa saya fanatik sangat dengan ESP? Sebenarnya tak ada lah fanatik sangat pun, cuma saya mengambilnya setiap hari sebab saya tahu, saya memang culas nak berdisiplin makan makanan yang berkhasiat setiap pagi.
Klik sini untuk tips for healthy breakfast!


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Nota Syukur
3:55 PM0 Comments
Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Hasnizar, jiran saya yang baik hati. Bagi 6 kuntum bunga telur untuk majlis khatam iqra' untuk anakanda Nurin yang akan berlangsung hari Jumaat ini. Alhamdulillah...alhamdulillah... Allah permudahkan untuk kami sekeluarga. Semoga urusan akak juga dipermudahkan. 



Saya sememangnya tidak menyimpan bunga telur atau apa sahaja door gift dari mana-mana wedding kerana tiada tempat untuk diletakkan. There is no display cabinet in my house. Bunga hiasan pun tiada ye. Suami kata tu semua perangkap habuk. Unless we have permanent maid to take care of that. True enough, ianya menyenangkan kerja saya juga. Simplicity is the best! Our house memang simple gila. Yang penting ada rasa kasih sayang dan berkat!

Banyak kali saya dengar Ustaz Ebit bagitahu tentang memakmurkan rumah tangga dengan bacaan hadith dalam rumah. Satu keluarga, ibu , ayah, dan anak-anak. Bergilir-gilir membacanya. Jika si ayah di surau atau masjid, ibu mengambil alih membacanya bersama anak-anak.

Rasa semacam bila dah mula praktikkan!

Tenang dan damai. Seolah-olah sudah tidak perlukan hiburan. Hadith-hadith itu lah hiburan sebenarnya. Kurang sikit pengaruh gadget dalam hidup kami. Syukur Allah bagi hidayah ini. Semoga hidayah ini berkekalan selamanya.

 Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
Reading Time:

Tuesday, October 28, 2014

Kita Layak untuk Diuji kerana Kita Hanya Hamba
6:55 PM0 Comments
Tangan saya injured tengah hari tadi kerana terlebih rajin mengelap table top dengan dapurnya sekali. Kalau lepas masak saya memang akan mengelap terus supaya lebih kemas dan tidak berminyak. Saya gunakan spray Basic H yang saya terima percuma kerana membeli satu set Get Clean produk. 



Syok kan? Campuran degreaser dalam botol ini saya buat sendiri. Sangat mudah! Hanya 1 1/4 tsp Basic H dan penuhkan botol itu dengan air biasa. 

Bila saya mahu mengelap minyak-minyak atau percikan masakan saya, saya cuma spray dan lap. Easy peasy lah! dan sangat murah berbanding jenama X,Y dan Z. 

Balik kepada tangan saya yang injured tu. Bila dan ada Basic degreaser ni, saya lebih excited nak kemas dapur tau. Sampai saya terlupa yang dapur itu masih panas dan lengan saya terkena tungku yang panas itu maka... terjadilah kejadian yang tidak diingini. Tangan saya melecur. Panjangnya 1 inci tau! Sob sob. Rasa tak berdaya aje nak drive.

Kesan melecur tu saya cepst-cepat sapu dengan pekatan Basic H. Basic H ni bukan sahaja sebagai alat pencuci dalam rumah ini, ia menjadi First Aid Kit juga dalam dapur rumah saya. Saya sapu dan biarkan ianya kering. Rasa lebih sejuk berbanding tadi.

Saya kan memang suka bercerita dengan anak-anak tentang aktiviti seharian saya. Begitulah juga mereka. Nurin pesan;

"Mama nanti makan Zinc. Elok untuk luka kan?"

Aduhai... kecil kecil dah pandai consult mama ye Nurin. Sweet sangat bila tengok expression dia masa tu. Hihi.

By the way, zinc memang baik untuk penyembuhan luka. Bukan luka sahaja, malah sangat baik untuk kesuburan, untuk rambut yang kuat, meningkatkan daya ingatan dan juga untuk pertumbuhan sel.



Boleh klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat zinc


Dulu Nurin pernah mengalami kemalangan kecil di sekolahnya ketika berumur 6 tahun. Kepalanya cedera dan luka agak teruk sehingga terpaksa dijahit. Dia refused makan ubat doktor dan prefer vitamin Shaklee.  Boleh baca cerita penuhnya di sini.



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Meal Shakes: Anak-anak Suka Makan Sayur-sayuran
5:19 PM0 Comments
Menu tengahari tadi ialah Sambal Udang dan Sawi Putih Masak Lemak. Ini memang favourite anakanda saya Nurin dan Alya. Sejak setia dengan Mealshake dan ESP sebagai sarapan, Nurin sudah tidak ada masalah selera makan, malah dia mula berjinak-jinak dengan sayur-sayuran. Sayur kegemarannya lebih kepada sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi putih. Kalau bayam dia lebih suka bayam masak air, kangkung goreng belacan dan sawi putih masak lemak. Kalau diubah cara masak, kemungkinan dia makan sedikit sahaja. 

Walaupun begitu, saya bersyukur sebab dia boleh makan sayur. Sebenarnya banyak lagi sayur yang dia suka seperti petola, kobis, kacang panjang, cendawan dan kobis bunga. Ulaman yang saya perasan dia lebih kepada salad.  Alya pula lebih mengikut-ngikut selera kakaknya. Sejak akhir-akhir ini, Nurin sudah mencuba terung. Sedap katanya. Ada satu jenis sayur yang memang kami sekat pengambilannya! Petai!!!

Dia sangat suka petai. Saya di rumah jarang membeli dan memasak petai. Adakalanya suami beli juga, tapi menu saya untuk itu agak terhad. Mama mertua saya pula suka masak petai, dan bila kami ke sana ada menu itu, tentulah Nurin yang melompat riang! Dia sangat suka petai!



Mengapa saya kata sejak konsisten minum Mealshakes Nurin dan Alya sudah mula suka kepada sayur-sayuran? 

Kerana mereka sudah mendapat nutrisi yang lengkap daripada Mealshakes jadi mereka tidak mengalami masalah selera makan.  Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, iaitu buah-buaha, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mealshakes yang hebat ini jemput baca di bawah ini


Rasanya sangat lazat, tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula triuan. Ianya hanya mengandungi 120 kalori untuk setiap hidangan. Terpulang kepada anda untuk menikmatinya



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
What We Love, Must Be Parallel to What Allah Loves
11:27 AM0 Comments
Sudah 2 hari saya tak berblogging. Banyak yang saya nak share tapi masa dan tahap emosi tidak mengizinkan. He he. Emosi? Sebenarnya saya ada banyak list azam tahun baru hijrah 1436. Hmmm...tarik nafas dulu. Semoga Allah memberi  kekuatan supaya saya terus istiqamah. Yang penting Allah meredhai apa yang saya niat dan lakukan. Allahumma Aamiin.

Hari ini hari ke 4 dalam tahun baru. Hopefully belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436 buat semua. Semoga amalan kita tahun lepas diterima Allah, dan tahun ini kita menambah ilmu, iman dan amal, malah ianya lebih berkualiti dari yang tahun lepas. Banyakkan menuntut ilmu. Langkah pertama untuk menjadi baik ialah dengan menuntut ilmu. Betapa ilmu itu penting dalam kehidupan setiap orang Islam.


 
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Saturday, October 25, 2014

ESP untuk Kulit yang Lebih Berseri
11:55 PM0 Comments
Bagaimana ESP boleh menjadikan kulit kita berseri? Sebenarnya sel manusia terbentuk dari protein. Sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat. Penghasilan sel baru yang sihat akan dapat membantu menggantikan sel mati pada wajah. Tompok hitam, bekas jerawat, jeragat dan warna kulit yang tidak sekata merupakan sel mati dan ia sukar untuk dihilangkan kerana tiada sel baru untuk menggantikan sel yang lama. Pengambilan protein yang berkualiti tinggi sebagai makanan wajib harian kita, pasti dapat mengantikan sel-sel baru dalam tubuh badan kita.



Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten membolehkan tompok hitam, kesan jerawat dan jeragat hilang secara beransur-ansur. Bergantung kepada individu. Kesan lama memerlukan sedikit masa.

Jadikan ESP sebagai minuman harian anda. Badan sihat dan kulit pun ternyata cantik dan berseri. Selamat mencuba!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Nutriferon: Perlu ada Dalam First Aid Kit
11:37 PM0 Comments
Nutriferon seumpama antibiotik dalam rumah saya. Pantang ada sesiapa yang selesema, sakit tekak atau batuk memang saya bagi je Nutriferon.



Nurin suka makan begitu sahaja sebab dia tak suka bancuh dgn air atau Performance Drink.  Tapi dia perlu minum air yang banyak. Rasanya manis kerana antara bahannya ialah honey suckle safflower. 

Alya pula sudah pandai membancuh sendiri Nutriferon + Performance Drink + air sejuk. Sedap katanya.

Biasanya selepas minum/makan selesema cepat kering dan sakit tekak cepat pulih. Syukurlah!



Saya pula memang mengamalkan nya setiap hari sejak mengetahui bahawa saya dijangkiti virus Hepatitis B. Nutriferon ialah interferon yang di formulasikan secara semulajadi. Ini untuk membantu memperkasakan imun sistem saya. Doktor kata tiada ubat untuk virus ini tapi saya boleh mengurangkan simptom-simptomnya.



Apabila stok Nutriferon mula kehabisan di seluruh Malaysia saya terpaksa catu pengambilan nya. Haha. Yang penting vitamin asas untuk ibu hamil wajib saya ambil.  Doakan saya kuat ya!



Reading Time:
Berbasikal di Putrajaya
10:52 PM0 Comments
Saya agak sibuk sejak pagi dengan anak-anak.  Kalau weekend memang lebih sibuk dari biasa. Menerima kunjungan adik bongsu tersayang, Aisyah dan anaknya Marissa.  Ibu mertua Aisyah agak tenat di Hospital Tuanku Jaafar. Sama-sama kita doakan agak urusan mereka dipermudahkan.

Tahukah di mana saya sekarang ini? Haaa... saya sedang bersiaran dari Putrajaya. Bawa anak-anak main basikal di depan bangunan mahkamah.


Di tengah-tengah jalan besar ni. Patutnya nak ke depan Masjid Putra tapi jalan agak sesak. Kat area ni pun ok. Kurang sesak. Orang pun tak ramai. Manyak syiokkk...



Encik suami pula sibuk mengasah kemahiran mengambil gambar sambil monitor anak-anak bermain. Mama pula duduk dalam kereta sebab lupa nak bawa bangku duduk. Tak larat nak berdiri lama-lama.



Seronok beriadah malam-malam. Tak panas dan view pun menarik!
Reading Time:

Friday, October 24, 2014

Surirumah Menjana Pendapatan dari Rumah?
11:36 PM0 Comments
Walaupun surirumah memang tugasnya menjaga anak, membasuh, mengemas, memasak, melipat, jadu guru tuisyen anak (macam saya) dan baaaaaanyak lagi kerja rumah, tapi ini tidak menghalang golongan ini untuk menambah pendapatan seisi keluarga.

Walaupun sibuk tapi tak sukar yang penting perlu bahagikan waktu dengan bijak. Perlu ada masa untuk rutin dengan anak-anak, kerja rumah dan bisnes Shaklee. Work smart. Perlu ada jadual harian dan patuh pada jadual itu. Seronoknya diri sendiri jadi bos, diri sendiri jadi kuli. Setiap yang datang itu adalah rezeki walaupun mencabar fikiran dan menguji kesabaran.

Sekarang sudah pun masuk ke tahun baru 1436 Hijrah. Semoga lebih ramai surirumah yang berjaya mendidik anak mengikut landasan syariat sambil menjana pendapatan membangunkan diri, keluarga dan seisi ummah.

**********************************************************************************

Best bila ada side income ni. Walaupun cuma RM50 sebulan (tu belum cerita RM500, RM5000 etc etc), siapa yang nak bagi ye tak? Cuba macam ni, ada ke siapa siapa tiba-tiba je bagi kita RM50? Ada tak? Ada?

Bagi duit sebenarnya tak berapa nak best (SUPER BEST kalau bagi untuk zakat/waqaf/infak/sedekah), tapi untuk anda lagi best kalau saya bagi peluang. Saya nak tunjuk peluang dan cara. Sudi-sudikanlah PM.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
 Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Reading Time:
Mahukan Pendapatan Sambilan/Tetap Dari Rumah?
4:33 PM0 Comments

ANDA RISAU:
========================================
# Belanja bulanan tak cukup
# Dah graduate tapi masih tak dapat kerja
# Dah dapat kerja tapi gaji cukup makan
# Kawan-kawan dah dapat kerja best-best tapi ANDA kerja biasa-biasa je

# Bakal suami/isteri bising bila nak kawin…


JOM SERTAI KAMI:
========================================
# Peluang menjana EXTRA INCOME sehingga 6 angka!
# Tak perlu datang meeting waktu malam setiap minggu. Bimbingan secara online dan On The Go
# Peluang memilih sendiri KERETA IDAMAN anda!
# Peluang BERCUTI di dalam dan luar negara/Umrah KELAS 5 BINTANG!
# Bisnes secara ONLINE (marketing, order, delivery) – jimat kos petrol , tol dan lain-lain!
# Bisnes dengan PRODUK BERKUALITI, MESRA ALAM, SELAMAT DAN BERKESAN!
# Syarikat yang KEKAL bertahan sejak hampir 60 tahun!
# Repeat order yang mudah, PERMINTAAN selalu ada.
# USAHA LEBIH, DAPAT LEBIH!
# Dibimbing oleh mentor-mentor hebat secara offline dan online (WHATSAPP, TELEGRAM, FACEBOOK, WEBINAR)

JOM HADIR KE BOM (Business Opportunity Meeting) secara PERCUMA!!!
========================================
Tempat: MPWS Training Centre, Bandar Baru Bangi
Waktu: Ahad 26/10/14
Masa: 9 pagi – 12 tengahari

=======================================
TEMPAT TERHAD!!!
TEMPAH SEKARANG!!!
SILA HUBUNGI/SMS/WHATSAPP NAMA ANDA KE 019 2250752
~~~~~~~~~~~



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Jeruk Mangga
4:17 PM0 Comments
Dah viral sungguh-sungguh dalam FB dan ramai kenalan FB buat dan update. Memandangkan ada beberapa biji mangga atas pokok depan rumah, saya pun nak cuba buat sendiri.  Senang je pon. Sedap atau tak belakang kira. Apa yang pasti hasil pokok yang ditanam sendiri semestinya lebih sedap. Wink wink! Haha

Resepinya kalian boleh Google sendiri. Kat FB pun banyak kan. Yang ni version saya.

Jeruk Mangga (untuk satu balang kecil)



3 biji mangga chukonan - petik depan rumah - suami tanam 
7 biji asam boi - saya memang suka nombor ganjil.
3 biji cili padi - ikut suka lah. tak suka pedas-pedas sangat. Yang penting ada rasa pedas sikit
3 sudu gula - GDM mother kena kurangkan gula
1 sudu kecil garam bukit - bagi kick sikit

Cara-cara

Bila dah petik mangga seeloknya biarkan lebih sehari semalam untuk hilangkan getah mangga tu. Jangan buat terus. Nanti getah tu makan mulut kang! Suami yang ajar la. Saya pun tak tahu sebenarnya. 

Agak-agak getah tu dah tak ada, basuh mangga tu. Mulakan kopek kulit mangga dengan peeler. Senang.


 Rendam dalam air garam supaya tak ter-oksidan. 



Then hiris la ikut kreativiti masing-masing. Saya suka potong macam ni. Nipis tapi crunchy!



Dah siap hiris, rendam lagi dengan air garam untuk beberapa ketika. Kemudian tapis dan masukkan dalam balang. Masukkan bahan selebihnya, asam boi, gula, garam, cili padi. Saya nak bagi dia sebati saya somersault kan balang tu. Ikut style anda lah ye.



Simpan dalam peti sejuk. Ikut la nak berapa lama. Saya 2-3 jam dah mula makan. Hihi. Kena ditekak saya. Alhamdulillah...

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, October 23, 2014

Tips Memiliki Kediaman yang Sihat
10:44 PM0 Comments
Jemput baca artikel yang menarik ini.

Saya pun dah mencuba kesemuanya. Puas hati!



Harus ada satu set untuk setiap rumah.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
B Complex: Baik untuk Menstabilkan Emosi
4:47 PM0 Comments
Tahukah anda kekurangan B complex dalam badan boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang sensitif, mudah melenting (marah), runsing tak tentu pasal, terlalu defensive, keletihan, kuat merajuk dan emosi yang tidak stabil.

Sumber: Google

Saya adalah live evidence nya. Kadang-kadang bila bangun pagi, saya saja melengahkan breakfast, buat kerja-kerja rumah yang lain dahulu baru makan. Bila dah delay nak breakfast tentulah saya delay juga nak makan vitamin pagi saya iaitu Vita-Lea dan B-Complex. Kadang-kadang terus terlupa nak ambil. Perkara ni biasanya berlaku pada hujung minggu je. Sebab waktu tu saya tak perlu rushing untuk hantar anak-anak ke sekolah. Light and easy. Rutin pun lari dari biasa. Tapi pada waktu itu lah saya mudah sangat nak marah over small things. Seriously its a small thing!

Nurin, baru 7 tahun, tapi she is very frank and straightforward. Just like me. Tak puas hati cakap, ada isu terus jujur cakap. She simply tell me this once when I scolded her and her sister.

"Mama ni, benda kecik je kot nak marah-marah!"

Saya lupa apa isunya, tapi I was like .... how could she said that to me. Lagi marah saya dibuatnya.

Bila semua dah cool down, saya teringat kata-kata Nurin tu. Sebenarnya memang isu kecil je. Tak perlulah saya tinggikan suara dan marah-marah. Menyesal saya. Suami pula kalau saya marah, dia memang tak suka campur tangan. Begitulah sebaliknya. Nanti dia senyum-senyum tengok saya, suruh saya beristighfar dan usap-usap saya gaya memujuk lah gitu. He knows me so well!

Sebagai ibu, kita bukan sahaja peru mengawal emosi, kita juga perlu tunjukkan contoh yang baik buat anak-anak. Saya bukanlah seorang yang penyabar dan selayaknya dijadikan contoh, but trying to improve things. Yes, experience is the best teacher.

Marah-marah buat saya lebih stress dan lebih penat. Untuk mengelakkan peristiwa ini sentiasa berulang, saya sentiasa pastikan pengambilan B-Complex yang konsisten. Bukan itu sahaja, sambil buat kerja, sambil-sambil berzikir. Bukan hanya di bibir, tapi di hati juga. Ia lebih menenangkan dan mendamaikan.

B complex adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, berjemur di bawah matahari yang terik, berpanas dan bila banyak minum air ia akan keluar melalui urin. Ia juga vitamin yang dikenali sebagi vitamin 'starter plug' yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila kekurangan vitamin B Complex berlaku, makanan ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku. 

Sembelit, mudah panik, darah gemuruh, dan kurang selera makan adalah antara simptom kekurangan vitamin B Complex. Saya anggap vitamin B Complex ini sangat-sangat penting untuk semua! 
Boleh baca penuh apa yang istimewanya dengan vitamin B Complex Shaklee di sini.
http://www.mamanurins.blogspot.com/search/label/B%20Complex

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:
Puding Roti Wholegrain
3:58 PM0 Comments
Ni semua salah upline saya Jannatul Fadilah.  Dia up kat Facebook gambar puding roti yang dia buat. Saya pun teringin nak buat. Haha. Lagipun ada separuh buku roti di rumah. Wholegrain pula tu. Tak tahulah apa hasilnya.  Saya Google resepi dan cari yang paling sesuai dengan saya sebab saya cari yang simple dan yang bahan-bahan sudah tersedia di rumah. 

Anda boleh cek link resepi puding roti cik mat gebu. Saya derhakakan resepi ini ikut bahan yang saya ada.


Puding Roti Wholegrain


9 keping roti - dah itu je yang ada
Satu tin susu cair
3 biji telur
200ml susu low fat Dutch Lady
2 sudu cream cheese - sepatutnya double cream
100gm Coklat masakan yang dicincang - patutnya coklat cip
60gm gula perang
Sedikit garam
Gula pasir untuk ditabur

Cara-cara

Cincang coklat masakan. Ganti coklat cip. Kalau dah guna coklat cip tak perlu cincang



Bakar dulu roti guna toaster. Sekejap je. Jangan bakar sampai rentung.  :p 





Kemudian sapu loyang dengan butter. Saya malas jadi guna minyak zaitun je. Susun roti yang dipotong kecil-kecil berselang seli dengan coklat tang dicincang.  Ketepikan.



Dalam mangkuk besar, masukkan susu cair, susu low fat, cream cheese, cream cheese, gula perang dan telur. Kacau hingga gula hancur dan sebati. 


Masukkan campuran susu ke dalam roti yang disusun. Tekan-tekan sehingga roti tenggelam dan taburkan gula pasir dan biarkan 20 minit.



Setelah itu bakar selama 40 minit atau hingga masak. Suhu 170 celcius. Pastikan oven dipanaskan dahulu.

Potong bila sejuk.

It turns out black sebab pakai wholegrain plus coklat tu cair. Banyak pula tu letak coklat. Ngeee. Biar buruk rupa tapi rasanya memang sedap. Kalau nak cantik, pakai roti putih dan coklat cip.




Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki Perkasa!
11:58 PM0 Comments

Lelaki perkasa ialah lelaki yang celik mata hati iaitu lelaki yang melihat hidup dengan penuh kesedaran. Wah..mentang-mentanglah baru dengar slot Islam itu Indah oleh Ustaz Pahrol, saya juga jadi puitis macam dia. Benar... dia antara penulis kegemaran saya!

Untuk menjadi lelaki perkasa, seorang lelaki perlu sihat barulah boleh berbakti pada keluarga dan agama. Bagaimana Shaklee boleh membantu untuk menjadi lelaki perkasa?

Mari saya perkenalkan anda semua dengan Set Vitamin untuk Lelaki

Sebelum itu, inilah lelaki perkasa saya. ehemm..


Vita E-Complex
  • Vitamin larut lemak yang berfungsi sebagai anti-oksida-menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas.
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan sel.
  • Sangat membantu kesihatan prostat.
  • Suami lebih bertenaga (hebat sebagai vitamin seks)
  • Sebagai agen anti penuan yang membantu mengurangkan garis-garis halus. 
  • Merangsang kelembapan kulit semulajadi dan membantu mencegah kanser kulit.
Performance Drink
  • Menyediakan tenaga karbohidrat bagi tubuh badan
  • Mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan
ESP
  • Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung
  • Memulihkan fungsi prostat lelaki
  • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi
  • Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya
Zinc Complex
  • Menghalang rambut gugur Untuk kesihatan prostat
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menolong penyembuhan luka, masalah jeragat, saya seksual dan pertumbuhan organ
  • Menguatkan sperma 
Omega Guard
  • Ia sangat baik untuk jantung dan kardiovaskular. Baik untuk membakar lemak dan bagus untuk memori dan daya ingatan yang kuat. Bertindak sebagai  anti inflammation (bengkak dan radang). Sangat sesuai diambil jika punya masalah gout.
  • Omega baik untuk paru-paru terutamanya bagi suami yang banyak merokok dan mengalami asma atau sesak nafas. Apabila omega diambil  secara konsisten ia membantu paru-paru 'warm' atau hangat. Ia mengurangkan simptom-simptom asma atau lelah.
  • Omega membantu memecahkan kolesterol dalam darah.
CoQ Health Plus
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Tips Memilih Vitamin
11:34 PM0 Comments
Iklan memainkan emosi. Kadang-kadang iklan itu tak kisahlah di televisyen, radio atau di FB sekalipun, rasanya macam tak logik tapi apabila kita sentiasa di momok momokkan, akhirnya kita terikut-ikut dan terpedaya juga.

Sumber: www.shaklee.com.my

Jika itu baik untuk kita, iman kita, dan tubuh badan kita, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya kita buat ikut landasan yang diredhai. Kalau mengikut emosi ke arah yang tak betul, apa nk jawab kat akhirat nanti. Iklan sebenarnya bermain dengan minda segar kita. Ia seperti lagu di corong-corong radio. Mula-mula bila lagu baru keluar rasa macam janggal dan kurang sedap di dengar. Bila DJ asyik mainkan lama-lama ia jadi siulan kita.

Apa kaitan iklan dengan tips memilih vitamin. Mengapa vitamin yang bagus dan baik jarang sekali diiklankan, sebaliknya yang kurang baik sentiasa diiklankan? Ia seperti kereta mahal. Tak perlu diiklankan tapi permintaan tetap ada! Shaklee tidak mahu membayar kos pengiklanan yang banyak kepada media. Daripada dia membayar kepada advertiser, eloklah dia bayar bonus besar kepada pengedar-pengedarnya.

Berhati-hati dengan kata-kata manis si penjual. Buatlah kajian serba sedikit yang penting pastikan sumbernya dan ketulenan produk.Selamat dan mematuhi undang-undang. Jangan mudah terpedaya dengan testimoni tanpa ada merasainya sendiri. Sebab itulah saya sarankan Shaklee. Mengapa?

Sumber: www.shaklee.com.my

Kerana produk itu kami uji sendiri pada tubuh badan sendiri dan pada keluarga kami. Setelah merasai keberkesannya barulah kami berani berkongsi segala kebaikannya kepada orang-orang di luar sana. Masakan berani kami hendak berkongsi kalau ianya berbahaya dan tidak selamat untuk diambil!

Kenapa ambil supplement? Saya dah pernah cerita panjang lebar dulu. Boleh cek link di bawah ini.

http://www.mamanurins.blogspot.com/2013/03/mengapa-kita-perlu-supplemenvitamin.html

Kenapa dulu-dulu mak mak kita, nenek kita tak perlu makan supplement tapi usia mereka tetap panjang tanpa penyakit? Sedia maklum, dulu-dulu tanah atau soil kita sangat tinggi nutrisi. Tiada pestisid, tiada baja kimia dan sangat organik. Sebab tu orang dulu-dulu makanlah apa sahaja yang ditanam. Ulam-ulaman menjadi amalan. Even, ayam, itik, lembu semuanya makan daun-daun, rumput-rumput yang asli. Tiada makanan haiwan ini yang diproses. Sebab tu daging mereka berkhasiat dan hasil tenusu mereka segar tanpa kimia.

Sekarang bagaimana? Bila dah moden, tanah sudah tidak ada banyak nutrisi. Sayur-sayurn, buah-buahan pula mengandungi banyak bahan kimia yang kita tak sedar.

Untuk memilih vitamin, pastikan ianya punya kajian saintifik dan efektif komponen. Shaklee sangat jelas dengan hal ini. Boleh ke link ini untuk maklumat lanjut

http://www.shaklee.com.my/ms/about/

Dan sebenarnya saya pernah juga menulis Tips Memilih Vitamin di sini

http://www.mamanurins.blogspot.com/search/label/tips%20memilih%20vitamin

Cari saya jika anda perlukan pengedar yang boleh dipercayait

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Jus Calamansi
9:51 PM0 Comments
Murah rezeki semalam bila dapat banyak buah limau kasturi dari teacher eka, teacher Alya. Dalam kepala dah terfikir nak buat jus, ais limau dan macam-macam lagi lah.

Bila Alya bawa masuk kereta, Nurin dah tak sabar nak makan. Uhh... masam tu macam mana nak makan? Tapi dia makan juga. Saya kopek kan dan bagi dia rasa. Oh mak aii... menjerit dia kemasaman! Saya teringat zaman kecik-kecik dulu makan limau kasturi ni dengan asam boi. Kopek kulit limau ni separuh, lepas tu letak asam masin merah (saya panggil asam kecut). Pastu hisap dan makan sampai habis. Erk...bila ingat balik macam mana lah saya boleh makan masam-masam macam tu.  Bila saya cerita dekat anak-anak,  cepat-cepat mereka suruh papa dia beli asam boi tu. Waktu tu jugak kami ke pasaraya berhampiran.

Yang ni hasil untuk hari ini.



Jus Calamansi

Untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

11 biji limau kasturi -belah dua dan buang biji
11 biji asam boi
9 sudu besar gula (ikut citarasa)
500ml air
Ais

Blend limau yang sudah dibuang biji dengan kulitnya sekali dengan sedikit air. Tapis dan asingkan.

Sementara itu, masak 500ml air, gula dan asam boi sehingga mendidih dan matikan api. Campurkan campuran air ini dengan limau yang sudah diblend dan ditapis. Masukkan ais dan kacau hingga sebati.

Mudah je. Selamat mencuba!



Thank you Teacher Eka. Semoga bertambah tambah rezekimu.
Reading Time:
Kereta ada Meter untuk Penyelenggaraan.Manusia???
12:00 AM0 Comments
Bukan kenderaan sahaja perlu diservis, manusia lagi- lagilah perlu. Kereta misalnya, mudah sahaja untuk diselenggara, kerana setiap kereta sudah tersedia meter untuk panduan. Pada kilometer tertentu kita perlu menukar  minyak hitam atau pun servis yang lain. Jika tiada kepakaran, hantar sajalah ke bengkel dan bayar harganya. Jika kita tidak mengikut 'user manual' yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta, prestasi kereta kita pastilah terganggu. Apa jadi pula jika kita langsung tidak servis? Silap haribulan memang perlu overhaul. Berapa pula kosnya? Sudah pasti kos penyelenggaraan berjadual lebih murah daripada kos overhaul. Belum cerita lagi tentang pembaziran masa dan kesusahan yang dialami jika kerosakan terjadi dalam perjalanan.

Sumber: Google

Bagaimana dengan manusia? Hebatnya ciptaan Allah ini, tidak setanding kuasa manusia. Tubuh badan kita adalah amanah dari Allah. Wajib kita menjaga kesihatan untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Oleh yang demikian janganlah kita ambil remeh tentang isu kesihatan. Makan yang baik-baik, buat perkara-perkara baik, doa yang baik-baik. Semuanya kerana Allah. Sebab bila kita sihat, tiada masalah untuk kita ke sana sini menhadiri  majlis ilmu dan memperelokkan lagi amalan dan pengabdian kita kepada yang Esa

Untuk tujuan itu, bukan mudah untuk kita makan makanan yang berkhasiat sepenuhnya sekarang ini. Dengan banyaknya pencemaran, tumbuh-tumbuhan yang sudah diubah genetiknya dan pelbagai isu lagi. Apakah solusinya? Cubalah sebaik mungkin mencari makanan yang berkhasiat dan tambahkan supplement untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.

Saya selalu sebut rasanya tentang perkara ini. Untuk permulaan, eloklah kita mulakan dengan men detox usus kita dulu dengan Herb-Lax. Mengapa kita perlukan ini dahulu sebelum yang lain-lain?

Secara umumnya, nutrien diserap dalam tubuh kita di bahagian usus kecil. Sebelum sampai ke usus kecil, ia dicerna dan diuraikan kepada bentuk ringkas agar dapat diserap oleh tubuh. Kita seringkali mengambil ubat, makan terlalu banyak makanan yang diproses dan pengambilan daging, hasil tenusu dan ayam yang bukan organik (terlalu banyak antibiotik dicucuk) menyebabkan badan kita menjadi bermukus. Ini menganggu fungsi sistem pencernaan dan organ penyingkiran seperti usus, hati dan buah pinggang.

Herb-Lax paling bagus dan selamat untuk menyingkirkan permasalahan ini. Bagaimana Herb-Lax membantu? Ia berfungsi sebagai detoksifikasi. Detox adalah proses pembersihan usus, segala toksin yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Mungkin ada yang makan vitamin tapi tak nampak kesan atau manfaatnya. Puncanya mungkin masalah usus.

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Apakah Manfaat Utama Herb-Lax
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
Selepas proses detox ini bolehlah amalkan supplement yang asas untuk kesihatan optimum. Anda boleh klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

http://www.mamanurins.blogspot.com/2014/02/set-family-wellness-shaklee.html
Untuk konsultasi sila hubungi no di bawah ini ya.



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, October 21, 2014

Hb rendah Ketika Hamil?
11:31 PM0 Comments
Bila check up kat klinik untuk check perut dan cek mengandung ni kan, saya biasanya suka borak-borak dengan kawan-kawan seangkatan. Ye la, daripada menunggu tak de buat apa, ada baiknya kita berkawan-kawan. 

Tahu tak setiap buku merah untuk ibu mengandung ni ada label yang tertentu tau. Kalau hijau, maksudnya tiada risiko, kuning risiko tinggi dan kalau merah memang lagi tingggi lah risikonya. Setiap kali nak update blog, nak ambil pic buku merah saya tu, setiap kali tu lah buku tu duduk diam-diam dalam kereta. Tak pernah bawa keluar sebab takut tercicir dan lupa nak bawak ketika check up.

Cuba teka saya punya warna apa? Uhukk...kuning tau. Hanya Ketua Jururawat atau Doktor yang boleh attend appointment saya. Tapi kalau perlu perlu ambil darah, memang Jururawat Masyarakat pun boleh. Extra precaution juga sebab mereka perlu pakai double glove. Darah bervirus memang macam ni. Redha.

Sumber: Google

Banyak antara ibu-ibu mengandung mengalami masalah Hemoglobin (Hb). Walaupun sudah makan makanan yang disarankan, makan tablet iron yang dibekalkan pun masih di bawah paras rendah. In fact, I was one of them during my first dan second pregnancy. Syukurlah kali ini tiada masalah macam tu. Kali pertama check up 13+, kali kedua 11+ dan kali ketiga 13+. Apa yang saya buat, saya makan banyak, dan makan set hamil Shaklee. Yang paling penting Vita-Lea tu jangan miss sehari pun sebab Vita Lea tu memang do wonders.

Apa itu Vita-Lea?

Vita-Lea® with Iron Formula merupaka Multivitamin & Multimineral yang mempunyai kepelbagaian yang menakjubkan.

Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Tapi... bila dah makan Vita-Lea ni jangan pula skip makan berkhasiat ye. Saya pasti ibu-ibu hamil sangat risau kalau Hb rendah sebab nanti nurse dengan doktor bising. Diaorang pun bising bukan sebab apa pun. Mereka risaukan kesihatan kita. Risiko tinggi kalau Hb rendah. Ia boleh menyebabkan anemia kepada ibu hamil.

Tentang anemia tu kita cerita di lain entry. Till then tatata...


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Check up: 20 Weeks
10:09 PM0 Comments
Waaaa... dah 20 minggu saya mengandung rupanya. Alhamdulillah.. sekejap sangat masa berlalu rasanya. Saya dah mula rasa mengah-mengah ni. Ada ketika rasa muscle cramp kat perut. Ada juga morning sickness pagi-pagi. Bukan yang mabuk muntah-muntah tu, tapi rasa sleepy. Kadang-kadang tu tak mahu layan juga, tapi kalau tengah drive pun nyaris-nyaris terlelap itu petanda tidak baik.

Untung sangat saya bekerja dari rumah ni. Kalau tetiba rasa tak sihat atau mengada-ngada tak sihat tu boleh la juga saya rehat-rehat. Nap sekejap ke, atau relaks tengok tv kejap. Kalau saya bekerja kat office macam mana lah gayanya agaknya. Takkan nak MC selalu. Syukurlah Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya. Allahuakbar.

Appointment saya pukul 2 petang tadi di Klinik Kesihatan Dengkil. Saya sampai kurang lebih pukul 2:40pm. Waaa suka suki lambat. Saya busy lah siapkan Nurin. Dia sekolah agama macam biasa hari ni. Kesian pula tengok dia kelam kabut bersiap. Sampai tak mahu makan. Dia suruh saya bekalkan dia nasi dan lauk tengahari je. Sorry Nurin... love you lah.

Appointment petang memang lebih best dari biasa sebab orang tak ramai. Kejap je dah panggil. Macam biasa scan baby untuk monitor growth dia. Memang ini rutin biasa setiap bulan di KKD. Setiap bulan ok. Bahagia tak perlu keluar duit untuk scan di GP.  Saya ingat memang setiap ibu hamil dapat scan tiap-tiap bulan macam ni. Rupanya hanya orang istimewa macam saya ni. Maklumlah...high risk. Apapun sangat bersyukur, semuanya baik-baik sahaja. Jantina bayi belum dapat dipastikan lagi sebab my baby private part tersembunyi di sebalik tali pusat. Malu rupanya baby mama ni. Hihi

Untuk monitoring Hep B pula, saya dah dapat appointment ke HKL untuk jumpa dengan specialist bulan 11 nanti. Part ni yang saya paling-paling-paling nervous. Ikutkan reading LFT tu lebih baik dari sebelum ini but Allah knows best. 

Mohon doa semua ye. Hanya yang baik-baik sahaja datang kepadaku.

Jom layan wajah kesayangan hamba..




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: