Berbasikal di Putrajaya

10:52 PM

Saya agak sibuk sejak pagi dengan anak-anak.  Kalau weekend memang lebih sibuk dari biasa. Menerima kunjungan adik bongsu tersayang, Aisyah dan anaknya Marissa.  Ibu mertua Aisyah agak tenat di Hospital Tuanku Jaafar. Sama-sama kita doakan agak urusan mereka dipermudahkan.

Tahukah di mana saya sekarang ini? Haaa... saya sedang bersiaran dari Putrajaya. Bawa anak-anak main basikal di depan bangunan mahkamah.


Di tengah-tengah jalan besar ni. Patutnya nak ke depan Masjid Putra tapi jalan agak sesak. Kat area ni pun ok. Kurang sesak. Orang pun tak ramai. Manyak syiokkk...



Encik suami pula sibuk mengasah kemahiran mengambil gambar sambil monitor anak-anak bermain. Mama pula duduk dalam kereta sebab lupa nak bawa bangku duduk. Tak larat nak berdiri lama-lama.



Seronok beriadah malam-malam. Tak panas dan view pun menarik!

You Might Also Like

0 comments