Check up: 20 Weeks

10:09 PM

Waaaa... dah 20 minggu saya mengandung rupanya. Alhamdulillah.. sekejap sangat masa berlalu rasanya. Saya dah mula rasa mengah-mengah ni. Ada ketika rasa muscle cramp kat perut. Ada juga morning sickness pagi-pagi. Bukan yang mabuk muntah-muntah tu, tapi rasa sleepy. Kadang-kadang tu tak mahu layan juga, tapi kalau tengah drive pun nyaris-nyaris terlelap itu petanda tidak baik.

Untung sangat saya bekerja dari rumah ni. Kalau tetiba rasa tak sihat atau mengada-ngada tak sihat tu boleh la juga saya rehat-rehat. Nap sekejap ke, atau relaks tengok tv kejap. Kalau saya bekerja kat office macam mana lah gayanya agaknya. Takkan nak MC selalu. Syukurlah Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya. Allahuakbar.

Appointment saya pukul 2 petang tadi di Klinik Kesihatan Dengkil. Saya sampai kurang lebih pukul 2:40pm. Waaa suka suki lambat. Saya busy lah siapkan Nurin. Dia sekolah agama macam biasa hari ni. Kesian pula tengok dia kelam kabut bersiap. Sampai tak mahu makan. Dia suruh saya bekalkan dia nasi dan lauk tengahari je. Sorry Nurin... love you lah.

Appointment petang memang lebih best dari biasa sebab orang tak ramai. Kejap je dah panggil. Macam biasa scan baby untuk monitor growth dia. Memang ini rutin biasa setiap bulan di KKD. Setiap bulan ok. Bahagia tak perlu keluar duit untuk scan di GP.  Saya ingat memang setiap ibu hamil dapat scan tiap-tiap bulan macam ni. Rupanya hanya orang istimewa macam saya ni. Maklumlah...high risk. Apapun sangat bersyukur, semuanya baik-baik sahaja. Jantina bayi belum dapat dipastikan lagi sebab my baby private part tersembunyi di sebalik tali pusat. Malu rupanya baby mama ni. Hihi

Untuk monitoring Hep B pula, saya dah dapat appointment ke HKL untuk jumpa dengan specialist bulan 11 nanti. Part ni yang saya paling-paling-paling nervous. Ikutkan reading LFT tu lebih baik dari sebelum ini but Allah knows best. 

Mohon doa semua ye. Hanya yang baik-baik sahaja datang kepadaku.

Jom layan wajah kesayangan hamba..




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments