I am 17 weeks Pregnant!

3:45 PM

Sekejap sangat masa berlalu. Sudah 17 minggu kandungan saya. Subhanallah! Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Minggu ini saya lebih segar dan sihat berbanding minggu-minggu sebelum ini. Batuk semakin berkurangan. Kahak dan selesema beransur hilang. Perut pun dah tak cramp. Kalau sebelum ini, batuk teruk buat pergerakan terbatas. Perut saya sangat sensitif bila batuk. Sakit dan kejang. Mungkin kerana melalui 2 kali c-sect sebelum ini. Sungguhpun begitu aktiviti harian berlangsung seperti biasa. Anak-anak perlukan perhatian sewajarnya. Waktu paling perit ialah ketika malam. Alahai, dugaan kecil je. Orang lain sakit lagi teruk. Bukan selalu pun. Kafarah dosa agaknya.


Kali ini batuk saya lambat pulih. Mengikut kata Doktor Suraya, ibu mengandung sistem imunnya memang rendah kerana ibu perlu melindungi anak dalam kandungan. Kebetulan beberapa minggu sebelum ini suami saya pun kurang sihat, jadi saya tumpang sekaki ke klinik. Menurut doktor tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ubat-ubat klinik langsung saya tak sentuh, kecuali herbal drop, gula-gula sakit tekak je. Saya masih meneruskan pengambilan vitamin set hamil Shaklee saya (Vita Lea, B complex, Vita-C, Omega, Ostematrix dan ESP). Sesekali saya ambil Nutriferon dan Performance Drink. Saya juga masih meneruskan makanan sunnah (habbatus sauda, minyak zaitun dan madu) sebagai pemakanan tambahan. Untungnya, selera makan saya memang tak terjejas. Malah bertambah-tambah. Sekejap-sekejap nak western, lepas tu kemaruk nak Arab food. Kadangkala mengidam indian food. Paling suka air tangan suami sendiri. Haha.. Pengambilan air memang sangat-sangat banyak. Saya perlu sihat untuk menguruskan keluarga.

Antara yang saya teringin gila-gila nak makan. Dapat tiga kali sejak demam. Hehe. Alhamdulillah.

Capati (2 keping sekali makan) dan kari kambing. 



Kadang-kadang encik suami sibuk, saya cari sendiri. Untung tinggal dekat dengan Cyberjaya. Senang nak cari  makanan yang diidami.

Tahu tak, kalau dulu saya memang tak sabar nak sihat. Nak makan ubat doktor supaya cepat pulih.  Kali ini, saya mengambil masa sikit. Saya tak mahu ambil risiko demi bayi dalam kandungan ini. Cukup-cukuplah selama ini saya bergantung kepada ubat-ubatan. Syukurlah saya tidak bekerja. Boleh rehat secukupnya bila anak-anak ke sekolah. Suami juga sangat memahami bila rumah bersepah-sepah. Hihi. Yang penting sentiasa berfikir positif. Pasti Allah beri yang lebih baik!


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments