Jus Calamansi

9:51 PM

Murah rezeki semalam bila dapat banyak buah limau kasturi dari teacher eka, teacher Alya. Dalam kepala dah terfikir nak buat jus, ais limau dan macam-macam lagi lah.

Bila Alya bawa masuk kereta, Nurin dah tak sabar nak makan. Uhh... masam tu macam mana nak makan? Tapi dia makan juga. Saya kopek kan dan bagi dia rasa. Oh mak aii... menjerit dia kemasaman! Saya teringat zaman kecik-kecik dulu makan limau kasturi ni dengan asam boi. Kopek kulit limau ni separuh, lepas tu letak asam masin merah (saya panggil asam kecut). Pastu hisap dan makan sampai habis. Erk...bila ingat balik macam mana lah saya boleh makan masam-masam macam tu.  Bila saya cerita dekat anak-anak,  cepat-cepat mereka suruh papa dia beli asam boi tu. Waktu tu jugak kami ke pasaraya berhampiran.

Yang ni hasil untuk hari ini.



Jus Calamansi

Untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

11 biji limau kasturi -belah dua dan buang biji
11 biji asam boi
9 sudu besar gula (ikut citarasa)
500ml air
Ais

Blend limau yang sudah dibuang biji dengan kulitnya sekali dengan sedikit air. Tapis dan asingkan.

Sementara itu, masak 500ml air, gula dan asam boi sehingga mendidih dan matikan api. Campurkan campuran air ini dengan limau yang sudah diblend dan ditapis. Masukkan ais dan kacau hingga sebati.

Mudah je. Selamat mencuba!



Thank you Teacher Eka. Semoga bertambah tambah rezekimu.

You Might Also Like

0 comments